Siri Persidangan Pemimpin Asia Timur yang Amat Bermanfaat dan Berhasil 2007-11-23 Siri Persidangan Pemimpin Asia Timur telah ditutup di Singapura semalam. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selaku pemimpin kerajaan tuan rumah telah mengadakan sidang akhbar dan membuat kesimpulan tentang persidangan tersebut. Beliau berpendapat bahawa siri persidangan pemimpin Asia Timur kali ini amat bermanfaat dan berhasil.
|
Perdana Menteri China Wen Jiabao Menyatakan, China Akan Memikul Tanggungjawab yang Sewajar tentang Masalah Perubahan Iklim 2007-11-22 Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-3 di Singapura semalam telah menyampaikan ucapan yang bertajuk, Bekerjasama untuk Mewujudkan Pembangunan yang Berterusan. Wen Jiabao dalam ucapan tersebut telah membentangkan pandangan China tentang masalah perubahan iklim di dunia. Beliau telah berjanji bahawa pihak China akan memikul tanggungjawab yang sewajar dalam bidang tersebut.
|
Yang Jiechi: Lawatan Wen Jiabao ke Singapura Tingkatkan Kepercayaan dan Kerjasama China-ASEAN 2007-11-22 Menteri Luar China, Yang Jiechi yang mengiringi lawatan Wen Jiabao ke Singapura telah memaklumkan bahawa lawatan Wen Jiabao kali ini telah meningkatkan kepercayaan dan kerjasama China-ASEAN bagi mewujudkan suasana yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak
|
Pemimpin 10 Negara Anggota ASEAN Memeterai Piagam ASEAN 2007-11-21 Pemimpin 10 negara anggota ASEAN telah memeterai Piagam ASEAN dalam Sidang Kemuncak ke-13 ASEAN yang diadakan di Singapura petang semalam. Piagam tersebut merupakan dokumen undang-undang pertama yang mempunyai kuasa mengikat bagi negara anggota ASEAN sejak pertubuhan itu ditubuhkan pada 40 tahun yang lalu.
|
Wen Jiabao Kemukakan Cadangan Baru untuk Tingkatkan Kerjasama China-ASEAN 2007-11-21 Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-11 di Singapura semalam. Wen Jiabao dalam sidang tersebut telah mengemukakan siri cadangan baru untuk meningkatkan kerjasama China-ASEAN, dan menegaskan lagi bahawa pihak China menyokong usaha integrasi ASEAN, serta menyokong ASEAN memaikan peranan pengetua dalam kerjasama serantau.
|
Wen Jiabao Menyampaikan Ucapan di Universiti Nasional Singapura 2007-11-20 Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Hanya dengan Laksanakan Dasar Buka Pintu dan Keserasian, Negara Baru Dapat Makmur dan Kuat" di Universiti Nasional Singapura petang semalam. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa China akan dengan teguh tak berganjak melaksanakan dasar buka pintu dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam proses pelaksanaan dasar buka pintu
|
Perdana Menteri China-Singapura Mengadakan Rundingan 2007-11-19 Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari China Wen Jiabao yang sedang melawat Singapura petang semalam. Dalam rundingan itu, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bagi terus meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara dan menandatangani rangka perjanjian tentang kerjasama tentang pembinaan bandar ekologi di Tianjin China.
|
Giat Membangunkan "Satu ASEAN di Pusat Asia yang Dinamik" 2007-11-19 Siri Persidangan pemimpin Asia Timur termasuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13, Sidang Pemimpin ASEAN+3 Ke-11, Sidang Pemimpin ASEAN+1 Ke-11 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-3 mula diadakan di Singapura hari ini. Tema siri persidangan kali ini ialah "Satu ASEAN di Pusat Asia yang Dinamik".
|
Perdana Menteri China Wen Jiabao akan Hadiri Siri Persidangan Pemimpin Asia Timur untuk Tingkatkan Kerjasama Rantau Asia Timur 2007-11-16 Perdana Menteri China Wen Jiabao akan bertolak ke Singapura pada 18 November nanti untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara itu dan menghadiri siri persidangan pemimpin Asia Timur. Pihak rasmi China menyatakan baru-baru ini bahawa lawatan Wen Jiabao tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama rantau Asia Timur dan mendorong pembangunan negara-negara Asia Timur secara harmoni, bersama dan berterusan.
|
|