v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

• Obor Utama Dinyalakan di Sarang Burung 2008-08-09
Bekas juara gimnastik dunia, Li Ning menjadi pembawa obor yang paling bertuah untuk menyalakan obor utama dalam majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008 yang diadakan di Sarang Burung malam tadi.
• Larian Obor Sukan Olimpik Diadakan di Beijing 2008-08-06
Api suci Sukan Olimpik Beijing 2008 dibawa ke Beijing, ibu negara China hari ini selepas aktiviti penghantarannya diadakan di 19 buah bandar di lima benua di luar negara, 30 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pimpinan pusat China serta Hong Kong dan Makau.
• Larian Obor Sukan Olimpik Semarakkan Semangat Olimpik 2008-08-06
Setelah larian obor Sukan Olimpik diadakan dengan jayanya di 19 buah bandar di lima benua serta lebih 100 buah bandar dalam negara, akhirnya, obor Sukan Olimpik tiba di Beijing pagi tadi. Melalui aktiviti itu, semangat Olimpik telah disemarakkan, dan komunikasi serta persefahaman antara China dengan pelbagai negara di dunia telah dipertingkat.
• Marco Torres: "Saya Pembawa Obor Sukan Olimpik Beijing." 2008-07-30
Beliau merupakan seorang warga Filipina yang pertama terlibat dalam aktiviti larian obor Sukan Olimpik Beijing. Ini bukan sahaja menjadi impiannya, tetapi juga harapan keluarganya. Peluang yang diperolehnya bukan sahaja membanggakan anggota keluarganya, malah menyalakan api keghairahan rakyat Fipilina terhadap Olimpik.
• Pembawa Obor Olimpik --- Shi Bin, Penternak Panda 2008-05-14
Jing Jing, salah satu daripada lima Fuwa iaitu maskot Sukan Olimpik Beijing ialah seekor panda yang comel. Penternak Jing Jing, Shi Bin telah diberikan penghormatan apabila dipilih pula sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Beijing.
• Obor Sukan Olimpik Bernyala di Puncak Gunung Qomolangma 2008-05-08
Pada pagi tadi waktu Beijing, pasukan pendaki China yang membawa obor Sukan Olimpik Beijing telah berjaya tiba di puncak banjaran Himalaya, puncak tertinggi di dunia. Ini merupakan kali pertama obor Sukan Olimpik tiba di puncak gunung Qomolangma yang tingginya 8844.43 meter itu.
• Pasukan Pendaki China Berazam Membawa Obor Olimpik ke Puncak Gunung Qomolangma 2008-05-07
Ketua pasukan pendaki Qomolangma, Encik Wang Yongfeng memaklumkan bahawa semua anggota pasukannya ditetapkan melalui pemilihan yang ketat. Antara mereka, terdapat dua pertiga yang pernah berjaya menakluki puncak Qomolangma.
• Kuala Lumpur Bersedia Menyambut Obor Sukan Olimpik Beijing 2008-04-18
Untuk mengetahui lebih awal bagaimanakah laluan dan butir acaranya larian obor Olimpik di Kuala Lumpur, wartawan CRI telah mengadakan wawancara khas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi.
• Wawancana Khas dengan Datuk Bandar London, Encik Ken Livingston 2008-04-07
London menjadi destinasi keempat bagi larian obor temasya sukan itu di luar Tanah Besar China. Datuk Bandar London, Encik Ken Livingston berkata, London sebagai pihak penganjur Sukan Olimpik ke-30 menganggap larian obor ini menunjukkan persahabatan dan semangat kerjasama Olimpik.
• Temu Ramah dengan Pembawa Obor Sukan Olimpik Beijing dari Kazakhstan 2008-04-02
Bermula hari ini, obor itu akan memulakan perjalanannya sejauh 97,000 kilometer, melintasi lima benua serta 19 buah bandar di seluruh dunia dalam tempoh 33 hari. Almaty, bandar terbesar di Kazakhstan, menjadi destinasi pertama bagi larian obor temasya sukan itu di luar negeri.
• Upacara Perasmian Larian Obor Sukan Olimpik Beijing Diadakan 2008-03-31
Api suci yang dinyalakan di Olympia, Greece telah dibawa ke Beijing. Majlis Sambutan Api Suci yang juga Upacara Perasmian Larian Obor Sukan Olimpik Beijing telah diadakan di Lapangan Tian'anmen Beijing pagi tadi.
 
SearchYYMMDD  
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |