Cari:
• Putin Telefon Pemimpin Empat Negara Terlibat MH17
Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menghubungi pemimpin Britain, Australia, Belanda dan Jerman tentang tragedi pesawat MH17. Beliau berkata, Rusia bersedia untuk menyediakan bantuan dalam penyiasatan nahas itu. Beliau menegaskan, kenyataan politik perlu dielakkan sebelum siasatan tamat.
• Wakil OSCE Masuk Tempat Nahas MH17
Jurucakap delegasi Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw semalam menyatakan bahawa peninjaunya dapat memasuki lokasi pesawat MH17 terhempas.
• Menteri Luar China Sampaikan Simpati Atas Tragedi MH17
Menteri Luar China, Wang Yi hari ini menelefon kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Seri Anifah Aman dan Belanda, Frans Timmermans untuk menyampaikan simpati atas tragedi pesawat MH17.
• Pemimpin China Sampaikan Ucapan Takziah kepada Pemimpin Malaysia dan Belanda
Presiden China, Xi Jinping yang sedang melawat Argentina mengutus kawat kepada Yang di-Pertuan Agung Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Belanda, Willem-Alexander berhubung insiden pesawat penumpang Malaysia Airlines terhempas di Ukraine.
• Mayat Mangsa MH17 Dibawa Keluar Tempat Nahas
Pelbagai pihak terus mengadakan perbincangan tentang tragedi pesawat MH17 semalam, di samping itu mayat mangsa kemalangan ini mulai dibawa keluar dari tempat nahas tersebut.
• Masyarakat Antarabangsa Seru Cari Kebenaran Tragedi MH17
Masyarakat antarabangsa semalam menyeru untuk mengadakan siasatan yang berkecuali dan adil terhadap nahas pesawat MH17 untuk mencari kebenarannya.
• Najib: Putin Jamin Bantu Penyiasat ke Tapak Nahas MH17
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memberi jaminan untuk menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 bagi memulakan siasatan dan menjamin keselamatan pegawai penyiasat tersebut.
• Kumpulan Bersenjata Ukraine Sedia Kerjasama Atas Siasatan Nahas MH17
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam menyatakan bahawa kerajaan Ukraine akan mengetuai penyiasatan nahas pesawat MH17 menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
• Presiden China Prihatin Tragedi MH17
Presiden China, Xi Jinping semasa melawat di Argentina semalam menyatakan rasa terkejut terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines(MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine.
• Mereka yang Terselamat dari Tragedi MH17
Menurut Akhbar The Daily Telegraph Britain, sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dari Britain merancang menumpang pesawat MH17. Mereka terselamat dari tragedi berkenaan kerana memilih pesawat penerbangan lain setelah diberitahu tiada tempat duduk yang mencukupi di MH17.
• Kumpulan Bersenjata di Timur Ukraine Bantu Siasat Nahas Udara MH17
Kumpulan bersenjata di Donetsk akan membantu mengasingkan tempat kejadian, mengangkut mayat mangsa dan menyiasat punca tragedi itu, sekali gus menjamin wakil OSCE dan pakar antarabangsa boleh masuk ke tempat kejadian itu dengan selamat.
• MH17: 121 Mayat Ditemui
Jurucakap Kementerian Kecemasan Ukraine hari ini mengesahkan 121 mayat ditemui di sekitar lokasi nahas pesawat MH17.
• Najib: Pesalah Harus Dibawa ke Pengadilan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Kuala Lumpur awal pagi ini berkata, sekiranya benar pesawat MH17 ditembak, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.
• MAS Betulkan Jumlah Penumpang kepada 298 Orang dalam MH17
Menurut Utusan Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
• Kumpulan Bersenjata Ukraine Tidak Terlibat dalam Tragedi MH17
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko telah mengarahkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa penyiasatan nahas udara dan menyeru agar pertubuhan antarabangsa berkenaan menyertai siasatan berkenaan.
• Ban Ki-moon Seru Siasat Tragedi MH17
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semasa berucap kepada media di ibu pejabat PBB di New York semalam menyampaikan rasa dukacita dan simpati kepada mangsa serta ahli keluarga penumpang dan anak kapal tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine dan menyeru agar siasatan antarabangsa yang menyeluruh dilakukan terhadap insiden berkenaan.
• Tempat Kejadian Pesawat MH17 yang Terhempas
Antara penumpang di pesawat tersebut termasuk 71 warga Belanda, 23 warga Amerika Syarikat, 9 dari Britain dan 4 lagi Perancis. Kerajaan Ukraine sedang mengadakan rundingan gencatan senjata kemanusiaan dengan kumpulan bersenjata untuk memastikan siasatan tragedi berkenaan dilaksanakan.
• Najib: Laluan Penerbangan Pesawat MH17 Diisytiharkan Selamat ICAO
Laluan penerbangan MAS MH17 yang terhempas di timur Ukraine itu pada mulanya diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO dan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.
• Pengantin Baharu Australia Terlepas dari Nahas MH17
Menurut laporan ABC, sepasang pengantin baharu Australia terlepas daripada tregedi pesawat MH17 yang terhempas pada 17 Julai lalu. Pasangan pengantin baharu itu baru menyelesaikan bulan madu mereka di Eropah dan akan pulang ke tanah air. Mereka menukar penerbangan sehari lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu.
• Penumpang Ambil Gambar MH17
Menurut laporan media Britain, seorang penumpang Belanda yang bernama Cor Pan mengambil gambar pesawat MH17 ketika beliau menunggu di lapangan terbang Amsterdam. Beliau menghantar gambar itu dalam laman Facebooknya yang bertulis: "kalau ia hilang, inilah rupanya".
• Sidang Akhbar Berhubung Tragedi MH17 Diadakan di Lapangan Terbang Amsterdam
Sidang akhbar berhubung insiden MH17 terhempas di timur Ukraine diadakan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, Belanda semalam.
• Pesawat MH17 Terbakar Ditembak Peluru Berpandu
Pesawat MH17 terbakar selepas ditembak oleh peluru berpandu sebelum terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia pada malam 17 Julai 2014.
• China Prihatin Tragedi MH17 yang Terhempas di Ukraine
China menyatakan rasa terkejut dengan laporan pesawat Malaysia Airlines(MAS) MH17 yang terhempas di bahagian timur Ukraine. China menyampaikan rasa dukacita dan simpati yang mendalam terhadap mangsa dan ahli keluarga mangsa serta berharap punca insiden itu disiasat dengan secepat mungkin.
• Pesawat MAS Terhempas di Ukraine
Sebuah pesawat MAS, MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan Ukraine yang berdekatan dengan Rusia pada lewat petang 17 Julai waktu tempatan.
• MH17: 295 Penumpang dan Anak Kapal Terbunuh
Utusan Malaysia melaporkan, sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur terhempas, yang dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur Ukraine lewat petang semalam.
• Pesawat MAS Terhempas di Ukraine 298 Orang Korban
Menurut media Rusia, sebuah pesawat MAS, MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan Ukraine yang berdekatan dengan Rusia pada petang 17 Julai waktu tempatan. Pihak MAS mengumumkan kesemua 298 orang penumpang dan krew dalam pesawat tersebut terkorban.
1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China