Cari:
• Jenazah MH17 Kumpulan Keempat Dibawa Balik ke Malaysia
Jenazah MH17 kumpulan keempat diangkut ke Kuala Lumpur semalam. Antara lima jenazah yang dibawa balik kali ini termasuk sepasang suami isteri.
• 5 Lagi Jenazah MH17 Tiba di KL Hari Ini
Menurut laporan Utusan Malaysia, lima lagi jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan tiba di Malaysia esok dari Amsterdam Belanda.
• MH17: Identiti 26 Mangsa Dikenal Pasti
Kementerian Keselamatan dan Kehakiman Belanda menyatakan, 26 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berjaya dikenal pasti minggu ini, menjadikan jumlah keseluruhannya mereka yang sudah dikenal pasti 251 daripada 298 penumpang.
• MH17: Najib Runding dengan Pemisah Ukraine
Malaysia mesti membawa keluar jasad mangsa dan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 secepat mungkin melalui saluran yang luar biasa berikutan kerajaan Ukranie tidak mampu memastikan keselamatan penyiasat antarabangsa serta bukti dan jasad di lokasi nahas tidak dirosakkan.
• 22 Ogos, Hari Rakyat Malaysia Berkabung
Hari ini merupakan Hari Berkabung Negara Malaysia, satu perisytiharan bagi memberi penghormatan terhadap mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17, memahat satu peristiwa dalam sejarah negara rakyat Malaysia berkabung menzahirkan kedukaan.
• 20 Jenazah MH17 Dibawa Tiba di KLIA
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH6129 yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
• 20 Jenazah Mangsa MH17 Akan Dibawa Balik ke Malaysia
20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine akan dibawa balik ke Malaysia pada 22 Ogos.
• Hari Berkabung 22 Ogos Peringati Mangsa MH17
Jabatan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenyataan semalam, 22 Ogos ditetapkan sebagai Hari Berkabung Negara bagi memperingati tragedi pesawat MH17. Pada hari itu, semua aktiviti hiburan dihentikan.
• Kerajaan Malaysia akan Usut Tanggungjawab Insiden Pesawat MH17
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan semalam, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar negara itu sedang berbincang untuk membawa insiden pesawat MH17 ke mahkamah antarabangsa atau mahkamah.
• Penghormatan Negara Malaysia terhadap Jenazah Mangsa MH17
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak menyatakan dalam facebooknya semalam, pihak berkuasa akan mengadakan upacara penghormatan negara untuk menyambut ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17.
• 16 Jenazah Mangsa MH17 Akan Dihantar ke Malaysia
Menurut kerajaan Malaysia, 16 jenazah mangsa tragedi MH17 akan dihantar ke negara itu pada 22 Ogos. Kerajaan Malaysia juga menetapkan hari itu sebagai Hari Berkabung Kebangsaan.
• Ukraine Izin Kemasukan Pakar Malaysia untuk Siasat Tragedi MH17

Parlimen Ukraine semalam meluluskan perjanjian antara kerajaan Ukraine dengan Malaysia untuk mengizinkan pakar Malaysia memasuki negara tersebut bagi menjalankan kerja siasatan nahas MH17.

• Kerja Kumpul Bukti MH17 Dihentikan Sementara
Pegawai dari Malaysia dan Belanda menyatakan bahawa sebahagian kerja mengumpul bukti-bukti di tempat nahas MH17 dengan kerjasama anggota kumpulan penyiasat antarabangsa telah selesai, namun kerja tersebut dihentikan sementara ekoran faktor keselamatan.
• Penyiasat Belanda, Australia Tiba di Lokasi MH17 Terhempas
Empat orang anggota penyiasat dari Belanda dan Australia tiba di lokasi MH17 terhempas di timur Ukraine pada 31 Julai. Dalam pada itu, pertempuran sengit masih berlaku antara tentera kerajaan Ukraine dengan kumpulan militan di kawasan berhampiran lokasi nahas.
• Ban Kin-moon Gesa Izin Siasatan di Lokasi Nahas MH17
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam satu kenyataan melalui jurucakapnya semalam melahirkan kebimbangan terhadap usaha siasatan nahas udara MH17 yang kini terbantut akibat pertempuran yang sengit di timur Ukraine.
• Mayat Terakhir Mangsa MH17 Dibawa Tiba di Belanda
Menurut maklumat terkini, mayat mangsa Malaysia Airlines, MH17 kumpulan terakhir dibawa tiba di Belanda semalam. Kerja pengenalpastian indentiti mayat-mayat turut mencapai kemajuan.
• MAS Anjur Majlis Bacaan Doa untuk Mangsa Tragedi MH17
Malaysia Airlines (MAS) malam semalam menganjurkan majlis khas bacaan doa untuk memperingati mangsa-mangsa tragedi pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.Majlis doa kali ini turut dihadiri oleh ratusan orang termasuk Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pegawai-pegawai tempatan, anggota keluarga mangsa.
• Kotak Hitam MH17 Dibawa Tiba Britain
Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain semalam mengesahkan bahawa dua kotak hitam MH17 telah dibawa ke ibu pejabatnya oleh Jawatankuasa Keselamatan Belanda. Pakar penerbangan antarabangsa akan memuat turun, membaca dan menganalisis data-data di dalam kotak hitam tersebut.
• Britain akan Kaji Kotak Hitam MH17
Perdana Menteri Britain, David Cameron‎ semalam menyatakan bahawa kerajaannya bersetuju menerima permohonan dari kerajaan Belanda supaya kotak hitam MH17 dikaji oleh  Britain
• Malaysia Tuntut Keadilan Untuk Mangsa Nahas MH17
Seramai 500 orang anggota gabungan pertubuhan Pemuda Barisan Nasional mengadakan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Besar Rusia, Ukraine dan perwakilan PBB di Kuala Lumpur semalam. Mereka menuntut supaya mereka yang menyebabkan tragedi MH17 dikenakan tindakan sewajarnya.
• Pakar Malaysia Siasat Lokasi Nahas
Sekumpulan pakar Malaysia yang terdiri daripada seorang pegawai teknik Malaysia Airlines (MAS) dan dua orang penyiasat masuk ke kawasan pesawat MH17 terhempas dengan ditemani oleh pegawai Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE).
• Kotak Hitam MH17 Diserahkan Kepada Malaysia
Pemimpin kumpulan militan di timur Ukraine, Perdana Menteri "Republik Rakyat Donetsk", Alexander Borodai menyerahkan kotak hitam MH17 kepada pihak Malaysia awal pagi tadi.
• Rusia Umumkan Gambar Satelit Nahas MH17
Kementerian Pertahanan Rusia semalam mengadakan sidang media mengenai nahas udara MH17. Pihak itu mengumumkan beberapa gambar satelit tentang penempatan senjata pertahanan udara di kawasan tenggara Ukraine termasuk Sistem Peluru Berpandu Buk.
• Mayat Mangsa MH17 Dibawa ke Belanda
Perdana Menteri negara tersebut, Mark Rutte mendedahkan bahawa kereta api yang membawa mayat mangsa MH17 sudah berlepas dari kawasan yang dikawal oleh kumpulan militan tempatan ke Tolez.
• China: ICAO Harus berperanan Utama
Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi berkata semalam, China menyokong siasatan yang bebas, adil dan objektif terhadap tragedi MH17. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) patut memainkan peranan utama dalam siasatan itu.
• Wang Yi: Resolusi UNSC Patut Dilaksanakan Menyeluruh
Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan semalam, resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tentang tragedi MH17 patut dijalankan secara menyeluruh.
• Kumpulan Militan Digesa Jangan Ganggu Siasatan MH17
Presiden AS, Barack Obama semalam dalam ucapan mengenai nahas MH17, menyeru Rusia agar terus memberi tekanan kepada kumpulan militan di timur Ukraine supaya tidak mengganggu kerja kumpulan siasatan antarabangsa.
• UNSC Gesa Pelbagai Pihak Bekerjasama Dalam Siasatan Nahas MH17
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) meluluskan resolusi mengecam nahas MH17, dan menggesa pelbagai pihak yang terlibat supaya bekerjasama dalam usaha siasatan antarabangsa terhadap tragedi tersebut.
• Kumpulan Siasatan Antarabangsa MH17 Ditubuhkan
Kumpulan siasatan antarabangsa mengenai kejadian MH17 sudah ditubuhkan. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pihak-pihak terlibat supaya membenarkan kumpulan siasatan masuk ke kawasan lokasi untuk menjalankan siasatan.
• Penerbangan MAS KL-Amsterdam Ditukar Jadi MH19
MAS menyatakan bahawa penggunaan nombor pesawat MH17 dihentikan sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan krew pesawat tersebut. Walaupun nombor penerbangan berkenaan ditukar, namun perkhidmatan MAS antara Kuala Lumpur dengan Amsterdam dikekalkan.
1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China