Persembahan Seribu Tahun di Panggung Jiuzhai yang Meruntun Hati 2017-05-15 Menonton persembahan kebudayaan di pentas panggung ketika melancong adalah satu pergembaraan menyusur masa lalu bagi mengenali sejarah sesuatu bangsa dan wilayahnya. Persembahan dalam bentuk lagu, tarian dan teater ini adalah suatu proses penceritaan visual yang lebih menarik, pendek dan mudah difahami berbanding dengan teknik penceritaan lisan atau bertulis. |
Pengajaran Lawatan Di Sichuan 2017 2017-05-15 Perjalanan pengembaraan saya dalam siri Lawatan Laluan Sutera 2017 di provinsi Sichuan memberi banyak kenangan dan pengalaman indah. Antara yang dapat saya lontar dalam cacatan pendek ini ialah: Projek perairan Duajiangyan yang sudah berusia lebih dua ribu tahun itu masih memberi khidmat kepada warga Sichuan. Teknologi lama jangan terus diubah. |
Salji dan pemeliharaan taman negara 2017-05-15 Berada dalam kawasan pergunungan dengan oksigen yang kurang bukan halangan kepada saya untuk menikmati salji di puncak gunung daerah Jiangyuan yang ketinggiannya lebih 4,000 meter dari aras laut. Perasaan saya bertambah teruja apabila pulang selepas melawat Kolam Lima Warna di Taman Negara Huang Long. |
Keunikan luar biasa Tasik Lima Warna 2017-05-15 BEGITU unik dan menakjubkan. Itu ekspresi pertama saya sebaik melihat Tasik Lima Warna yang begitu jernih airnya sehingga menampakkan dengan jelas batang pokok yang tenggelam di dasar tasik tersebut. Sebelum ini, saya hanya membuat carian di internet dan melihat gambar-gambar indah yang dipaparkan, namun melihat sendiri keajaiban tasik tersebut di depan mata. |
Air Sebuah Kehidupan: Tasik Lima Warna 2017-05-15 Tasik Lima Warna, Taman Negara Jiuzhaigou, damai memandang di sini, pada air tasik yang jernih, hingga sumur dasarnya, tampak jelas dan tenang, dengan takwa kejernihanmu. |
Sahabat 2017-05-15 Kembara Sutera, pengikat kasih, satu jalur satu laluan, kita akan tetap bersama dari dulu, kini, dan selama-lamanya |
Kolam Lima Warna di Lembah Huanglong 2017-05-12 Sebelum ini saya pernah pergi ke Kawah Putih, Ciwidey dan pastinya kunjungan ke Kolam Lima Warna di Lembah Huanglong, Chengdu akan menambah rekod destinasi keajaiban dunia saya. Jika Kawah Putih dikatakan sebagai "syurga yang tercicir", Kolam Lima Warna pula dikatakan sebagai "tanah pari-pari di bumi", sebenarnya menggambarkan rahsia keajaiban alam yang tersimpan sejak ribuan tahun lalu |
Taman Negara Huang Long yang Menakjubkan 2017-05-12 Penat memang penat tetapi apabila sampai ke tasik dengan lima warna di kemuncak perjalanan Taman Negara Hua Long, penat hilang serta merta. Terletak di kaki Gunung Minshan di Aba, tasik dengan lima warna memang menakjubkan. Air dalam tasik itu adalah refleksi daripada warna langit, persekitaran dan bakteria juga tumbuhan yang tumbuh di setiap satu kolam. Ia menghasilkan warna hijau, biru, kuning dan putih |
Momen indah nikmati salji di Huanglong 2017-05-12 MELIHAT salji turun di kawasan pergunungan Huanglong merupakan satu pengalaman berharga yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang lawatan ini. Udara nyaman di bawah suhu lapan darjah celsius tidak menjadi penghalang untuk saya bermain salji dan bergambar kenangan berlatarbelakang Gunung Xuebao, puncak ketiga tertinggi di provinsi Sichuan yang berketinggian 5,588 meter |
Panda simbolik persahabatan Malaysia-China 2017-05-12 Lawatan Laluan Sutera 2017 saya untuk tahun ketiga diteruskan ke Provinci Sichuan, China pada 8 hingga 14 Mei. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, panorama yang dapat dilihat di merata-rata tempat ialah beruang gergasi panda. Kalau dahulu hanya melihat gambar dan menonton National Geographic, kini melihatnya secara berdepan mata di Pusat Konservasi Panda, Chengdu |
Menziarahi Kampung Halaman Panda Fu Wa dan Feng Yi 2017-05-12 Pertama kali mengenali panda adalah melalui logo Tabung Perlindungan Hidupan Liar (WWF). Berbeza dengan spesies beruang lain yang mengerunkan, panda sangat comel seperti 'teddy bear'. Haiwan berwarna hitam dan putih ini mengingatkan saya dengan tapir Malaya di Malaysia, juga dengan warna yang sama dan dalam kategori spesies terancam |
Manfaat luar biasa Duajiangyan 2017-05-10 Sebaik menjejak kaki di Chengdu yang terletak di wilayah Sichuan, mata penulis nyata kagum dengan gaya hidup dan pemikiran 'luar biasa' masyarakat di sini. Bukan hanya pembangunan semata-mata yang didambakan, sebaliknya lawatan ke Duajiangyan yang merupakan sebuah projek tali air bersejarah lama mengubah pemikiran penulis mengenai pemimpin sejarah terdahulu |
Dujiangyan, Tapak Warisan Dunia UNESCO 2017-05-10 Dua ribu tahun dan projek perairan Duajiangyan masih bertahan adalah luar biasa. Melawat Duajiangyan bukan hanya memahami sejarah pembangunan China tetapi meneroka sistem pemikiran generasi terdahulu. |
Terukir Namamu Terakam Sejarah 2017-05-10 Patung-patung tua, berdiri megah; terukir di batu sejarah, sudah berusia 2000 tahun sejarahnya; Li Bing, Wen Weng, Zhuge Liang,Ding Baozhen, dan pemimpin agung, meresami dinasti ke satu dinasti; pemimpin dan rakyat membanting tulang, mengasah minda mengorban segala-galanya, demi nusa tidak ternoda |
Persembahan Opera Sichuan Mengagumkan 2017-05-10 Terpukau! Itulah pandangan saya pada babak akhir persembahan teater Opera Sichuan yang terkenal itu. Bagaimana pantas teknik yang digunakan untuk menukar topeng bersilih ganti dengan warna dan corak yang berlainan. Pasti ada caranya... Tetapi persoalannya bagaimana? |
Jalan Jinli untuk Sang Pembeli 2017-05-10 Papan tanda 'Jalan Jinli' di pintu gerbang daripada batu-batu ubin hijau menyambut kedatangan saya ke sebuah pasar kraftangan dan seni tradisi. Menyusuri 'Jalan Pertama Negeri Shu' ini seperti melalui masa lalu. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |