2: Rancangan Umum Kerja Kerajaan Tahun 2012
Tahun 2012 ialah masa yang penting bagi pelaksanaan "Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-12", dan juga tahun terakhir bagi penggal perkhidmatan kerajaan ini.
Kini, pembangunan negara China menghadapi banyak peluang. Juteru, China mempunyai banyak kelebihan bagi memperkukuh pembangunan ekonomi dengan mapan dan cepat. Pengindustrian, pembandaran dan pemodenan pertanian dipercepat dan keperluan dalam penaiktarafan struktur penggunaan dan perindustrian dapat ditingkatkan lagi. Dalam tempoh 30 tahun sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, China telah mempunyai asas kebendaan dan sistem yang baik, dan banyak berpengalaman dalam kawalan makro, daya saing dan daya menghadapi risiko syarikat-syarikat China banyak meningkat. China mempunyai pendapatan kewangan yang mantap, sistem kewangan berjalan stabil dan modal masyarakat mencukupi. Walaupun situasi ekonomi dan politik dunia menyaksikan perubahan yang besar, namun kedamaian, pembangunan dan kerjasama tetap dianggap sebagai arah aliran pada masa ini. Ini bermanfaat bagi pembangunan China.
Oleh itu, kita perlu dengan teguh melaksanakan sistem sosialis yang bercirikan China, mengamalkan teori Deng Xiaoping dan "Tiga Mewakili" (Parti Komunis China mewakili pengeluaran masyarakat, mewakili budaya maju dan mewakili kepentingan rakyat), dan berpegang teguh pada konsep pembangunan saintifik untuk membaiki kawalan makro, mengekalkan pembangunan ekonomi yang mapan dan pesat, menyusun semula stuktur ekonomi, dan mengekang inflasi, di samping mendorong perubahan kaedah pembangunan ekonomi, dan memelihara keharmonian dan ketenteraman masyarakat agar menyambut Persidangan Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China dengan prestasi yang cukup cemerlang.
Matlamat pembangunan sosioekonomi pada tahun ini ialah: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)meningkat sebanyak 7.5%; lebih 9 juta orang di bandar dan pekan mendapat pekerjaan, kadar pengangguran di bandar dan pekan di bawah 4.6%; kadar peningkatan Indeks Harga Pengguna (CPI) di sekitar 4%; jumlah import dan ekport meningkat kira-kira 10%. Saya ingin menjelaskan bahawa kadar peningkatan KDNK diturunkan sedikit supaya sejajar dengan matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12. Ia melibatkan usaha mengalihkan tumpuan kepada pengubahan cara pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti dan kecekapan pembangunan ekonomi dengan tujuan pembangunan berterusan, bertaraf tinggi dan berkualiti. Peningkatan CPI pada 4% pula, kerana kerajaan telah membuat penimbangan terhadap unsur inflasi luar, kenaikan kos dan daya tahan penduduk. Ini juga memberi ruang kepada pembaharuan harga barangan.
Sementara itu, dengan memandangkan keadaan tersebut, kerajaan pusat akan terus mengamalkan dasar fiskal yang proaktif dan dasar kewangan yang stabil, sekali gus menyusun dasar berkenaan berikutn perubahan situasi semasa untuk menjadikan dasar itu bertambah pertinent, fleksibel dan prospektif.
Terus melaksanakan dasar fiskal yang proaktif. Kerajaan akan memelihara defisit kewangan dan hutang negara pada skala yang tertentu. Secara konkrit, defisit kewangan pada tahun ini dijangka berjumlah RMB 800 bilion. Ini bertujuan untuk membaiki struktur pembayaran, menumpu pada kehidupan rakyat dan menambah peruntukan dalam sektor pendidikan, kebudayaan, perubatan, kesihatan, pekerjaan, jaminan sosial dan perumahan. Selain itu, bidang yang amat lemah juga diberi perhatian dan sokongan yang istimewa, antaranya termasuk pertanian, kaum tani dan kawasan luar bandar, kawasan kurang maju, inovasi sains dan teknologi, penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, tali air, dan pencarigalian perlombongan. Di samping itu, dasar pengurangan cukai dilaksanakan khusus untuk syarikat kecil dan mikro serta syarikat swasta. Untuk itu, dasar keutamaan mengenai kutipan cukai perlu dilaksanakan dan disempurnakan secara bersungguh-sungguh.
Terus melaksanakan dasar kewangan yang stabil. Kerajaan akan membangunkan ekonomi, menstabilkan harga barangan dan mencegah risiko kewangan berdasarkan prinsip berhati-hati dan fleksibel. Ini bermakna bahawa China akan menggunakan dasar kewangan secara bersepadu untuk membaiki stuktur pinjaman dalam usaha menyokong projek pembinaan rumah kos rendah dan meningkatkan bantuan pinjaman kepada syarikat kecil yang memenuhi peraturan berkenaan dan mempunyai keperluan di pasaran, agar mengurangkan kos pembiayaan bagi ekonomi sebenar. Di samping itu, mengawal secara ketat pinjaman kepada industri yang menggunakan tenaga berlebihan dan melepaskan bahan sisa yang berjumlah besar. Kerajaan akan menyempurnakan sistem pembentukan kadar tukaran Renminbi agar memastikan nilai mata wang ini pada paras yang rasional dan seimbang. Selain itu, pasaran mata wang asing juga perlu dibangunkan supaya lebih banyak opsyen disediakan bagi mencegah risiko dan rizab mata wang asing diuruskan dan digunakan dengan bijak.
Untuk menjayakan kerja pada tahun ini, kerajaan patut mengekalkan pertumbuhan ekonomi, mengawal harga barangan, menyusun semula strukur ekonomi, mementingkan kebajian awam, meningkatkan pembaharuan dan menggalakkan keharmonian masyarakat.