Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

(9): Meningkatkan Kecekapan dan Tahap Pintu Terbuka

Usaha pintu terbuka negara China sudah memasuki fasa yang baharu. Peranan dan status import-eksport serta saling melabur turut banyak berubah. Kita perlu menghadapi situasi baharu, mengubah kaedah pembangunan ekonomi luar, meningkatkan tahap keterbukaan ekonomi serta mewujudkan model ekonomi terbuka yang baharu.

Memelihara pembangunan perdagangan luar yang stabil. Kerajaan memberikan tumpuan untuk memperluas permintaan dalam negeri, namun kita tidak boleh mengabaikan peranan permintaan luar terhadap pembangunan ekonomi negara kita. Kerajaan perlu memelihara kestabilan dasar perdagangan luar, mempercepat perubahan cara pembangunan perdagangan luar. Melaksanakan strategi menjana perdagangan berdasarkan sains dan teknologi, mengutamakan kualiti dan pasaran, menyokong syarikat membina jenama sendiri, memperluas rangkaian penjualan serta mendirikan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D). Membimbing syarikat pemproses meneroka produk sendiri dan berpindah ke kawasan barat. Memperkukuh pasaran yang sedia ada di Amerika, Jepun dan Eropah, di samping itu meneroka pasaran baharu.

Meningkatkan kecekapan penggunaan pelaburan asing. Kerajaan akan terus mengamalkan prinsip menggunakan pelaburan asing dengan cekap dan berkesan, memperbaiki struktur dan meningkatkan kualiti penggunaannya. Memandu pelabur asing melabur dalam sektor-sektor tertentu mengikut katalog panduan pelaburan firma asing yang baru disusun semula, membimbing pelaburan asing ke dalam bidang perkilangan moden, perindustrian teknologi tinggi, perindustrian yang menjimatkan sumber tenaga, perindustrian perkhidmatan moden, serta di kawasan tengah dan barat.

Melaksanakan strategik "keluar". Pelaburan negara kita ke luar negara meningkat dengan pesat. Kita perlu menggalakkan perusahaan domestik melabur dan bekerjasama dengan negara luar dalam bidang sumber tenaga, sumber asli, pertanian, perkilangan, perkhidmatan dan kemudahan asas serta menjalankan pengambilalihan syarikat transnasional. Melonggarkan sekatan pelaburan rakyat ke luar negara, memberkesankan pengawalan risiko pelaburan ke luar negara untuk menjaga keselamatan kakitangan dan aset negara.

Menyertai pengolahan ekonomi global dan kerjasama serantau. Memelihara perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara-negara maju yang stabil, di samping mengembangkan hubungan yang saling menguntungkan dengan negara-negara membangun. Mendorong pembinaan kawasan perdagangan bebas serta integrasi ekonomi serantau. Giat menyertai pembinaan mekanisme pengurusan ekonomi global seperti G20, meningkatkan koordinasi dasar ekonomi makro dengan kuasa-kuasa ekonomi utama, menentang perlindungan perdagangan dalam apa jua bentuk. Terus memainkan peranan yang konstruktif dalam rundingan pusingan Doha, pembaharuan sistem kewangan antarabangsa dan lain-lain.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China