Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

3. Tugas Utama Kerajaan Tahun 2012

(1): Mendorong Pertumbuhan Ekonomi yang Pesat dan Mapan

Memperluas permintaan domestik merupakan tonggak bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi secara pesat dan mapan dalam jangka masa yang panjang. Ini juga menjadi tugas utama kerja kerajaan pada tahun ini.

Memperluas permintaan berbelanja. Kerajaan akan mempercepat pembentukan mekanisme yang berkesan untuk jangka masa panjang demi merangsang penggunaan, menambah pendapatan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah, serta meningkatkan daya belanja pengguna. Menyempurnakan dasar berkenaan bagi merangsang penggunaan, membaiki suasana dan memelihara hak dan kepentingan pengguna.

Membaiki struktur pelaburan. Kerajaan akan memelihara pertumbuhan pelaburan yang stabil di samping merangsang perbelanjaan. Mengetatkan pengesahan dan pemeriksaan yang berkaitan dengan tanah, pinjaman, penjimatan sumber tenaga, perlindungan alam sekitar, keselamatan dan kualiti, memperhebat penyeliaan dan pengawalan terhadap projek kerajaan dan perusahaan milik negara.

(2): Memelihara Kestabilan Harga Barangan

Menstabilkan harga barangan merupakan tugas yang berkait rapat dengan kepentingn rakyat dan pembangunan sosioekonomi.

Meningkatkan pengeluaran dan menjamin pembekalan. Kerajaan akan terus menumpukan usaha mengawal peningkatan harga makan yang terlalu pesat. Keluasan kebun sayur-sayuran patut terjamin di bandar besar dan sederhana bagi meningkatkan bekalan kendiri, di samping bekerjasama dengan kawasan sekeliling dalam pembangunan pangkalan berkenaan.

Mendorong logistik dan menurunkan kos. Kerajaan akan melaksanakan dasar laluan hijau bagi pengangkutan hasil pertanian, memudahkan prosedur pemeriksaan, menambah tempat jualan runcit, dan menurunkan kos supaya memberi manfaat kepada pengeluar dan pengguna.

Meningkatkan penyeliaan dan pengawalan, menstandardkan tatatertib. Kerajaan akan meningkatkan penyeliaan dan pemeriksaan terhadap harga makanan, perubatan, telekomunikasi dan pendidikan. Di samping itu, langkah juga akan diambil bagi mengharamkan pembayaran dan denda yang tidak munasabah dalam pengangkutan. Membetulkan tindakan yang tidak sah syarikat peruncit yang mengenakan pembayaran berlebihan kepada pengguna, di samping menghukum mereka yang menyiarkan maklumat yang tidak benar, memanipulasikan harga barangan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China