(5): Melaksanakan Strategi Membangunkan Negara Berdasarkan Sains dan Pendidikan serta Strategi Menguatkan Negara dengan Pembangunan Tenaga Insan
Sains dan teknologi, pendidikan dan tenaga insan merupakan asas bagi pembangunan negara.
Mengutamakan pembangunan pendidikan. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pendidikan yang menduduki 4% dalam KDNK China. Menggalakkan perkembangan pendidikan wajib, mengambil berat terhadap pendidikan di kawasan tengah dan barat, luar bandar, dan kawasan mundur. Selain itu, kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah memilih sekolah dan masuk tadika yang menjadi perhatian orang ramai di bandar, memastikan kanak-kanak di kawasan luar bandar dapat memasuki sekolah berdekatan dengan rumah mereka dan pelaksanaan projek makanan berkhasiat bagi pelajar terjamin, serta meningkatkan pengawalan terhadap bas sekolah supaya menjamin keselamatan pelajar.
Mendorong inovasi sains dan teknologi. Kerajaan akan terus mengintensifkan pembaharuan sistem sains dan teknologi, menggalakkan korporat memainkan peranan utama dalam inovasi, dan mendorong pembangunan bersama sains dan teknologi dengan ekonomi, serta mengamalkan strategi harta intelek negara.
Memajukan usaha pendidikan tenaga insan. Kerajaan akan berusaha mendidik tenaga profesional yang bermutu tinggi dalam bidang sains dan teknologi, supaya mereka memberikan sumbangan untuk pembangunan negara.
(6): Menjamin dan Memperbaiki Kehidupan Rakyat
Kerajaan perlu mengutamakan keperluan rakyat, menjadikan usaha menjamin dan memperbaiki kehidupan rakyat sebagai titik tolak dan matlamat semua kerja.
Menambah peluang kerja. Kerajaan akan berusaha untuk menyediakan peluang kerja kepada rakyat, terus melaksanakan dasar pekerjaan yang proaktif. Memberikan bantuan dan sokongan kepada perusahaan yang dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, dan menggalakkan pembukaan syarikat demi menyediakan lebih banyak peluang kerja. Kerajaan akan berusaha melindungi hak dan kepentingan sah pekerja dan membina hubungan kerja yang harmoni.
Mempercepat pembinaan sistem jaminan sosial. Kerajaan akan memperluas insurans pencen yang baharu di kawasan desa serta insuras pencen di bandar ke seluruh negara menjelang penghujung tahun ini, menambah jumlah tabung jaminan sosial dan meningkatkan penyeliaan terhadapnya.
Mendorong pembaharuan sektor perubatan dan kesihatan. Kerajaan akan mempercepat pembinaan sistem perubatan asas secara menyeluruh, memantapkan dan meningkatkan kadar penglibatan pekerja dan penduduk bandar dan luar bandar dalam insurans perubatan, meningkatkan tahap perkhidmatan perubatan asas. Subsidi bagi penduduk di bandar dan pekan meningkat kepada RMB 240 seorang setahun. Kerajaan juga akan berusaha membina hubungan antara doktor dengan pesakit yang harnomi, meningkatkan kesihatan awam dan mencegah penyebaran penyakit berjangkit yang serius, meningkatkan penyeliaan terhadap keselamatan ubat-ubatan dan menggalakkan pembangunan perubatan tradisional China.
Mendorong pelaksanaan dasar populasi dan perancangan keluarga. Kerajaan akan memelihara kadar kelahiran pada tahap yang rendah, melindungi hak dan kepentingan kaum wanita dan kanak-kanak, mempercepat pembinaan sistem perkhidmatan orang tua, dan meningkatkan pembinaan rumah orang tua. Kerajaan akan memperluas pemeriksaan kesihatan ibu mengandung ke 60% kaunti di seluruh negara.
Menjalankan kawalan terhadap pasaran hartanah dan pembinaan rumah kos rendah. Kereajaan akan terus melaksanakan dan menyempurnakan dasar kawalan terhadap pasaran hartanah, mengawal kenaikan harga rumah yang terlalu pesat di beberapa bandar, dan membina rumah kos rendah yang bermutu tinggi. Kerajaan akan terus memperbaiki sistem pembahagian dan pengawalan rumah kos rendah.
Meningkatkan dan membaharui sistem pentadbiran masyarakat. Kerajaan akan berusaha menyelesaikan masalah yang paling diberi perhatian oleh rakyat, membaharui sistem pentadbiran, memberkesankan pentadbiran kerajaan, menyempurnakan sistem tindak balas kecemasan dan meningkatkan kemampuan masyarakat untuk menangani risiko. Kerajaan akan terus meningkatkan penyeliaan keselamatan pekerjaan dan mencegah berlakunya kemalangan yang serius, membanteras kegiatan mencabuli hak harta intelek, mengeluarkan atau menjual produk palsu. Kerajaan juga mengambil berat terhadap keselamatan makanan.