Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

(7): Mendorong Pembangunan dan Kemakmuran Kebudayaan

Kerajaan perlu menawarkan produk kebudayaan yang baik serta beragam jenis untuk memenuhi permintaan rakyat, mendorong perkembangan kebudayaan untuk kebaikan awam, meningkatkan pembinaan infrastruktur kebudayaan, terutamanya di kawasan barat dan kawasan luar bandar. Kerajaan akan meningkatkan perlindungan terhadap warisan budaya, mengembangkan kebudayaan etnik minoriti, mempertingkat pembaharuan sistem kebudayaan, memperluas skop perindustrian kebudayaan dan meningkatkan taraf profesionalnya. Menggalakkan pertukaran kebudayaan dengan luar negara supaya saling melengkapi.

(8): Memangkin Pembaharuan dalam Sektor-sektor Utama

Pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka merupakan pilihan yang bijak yang menentukan nasib negara China. Kerajaan mesti mematuhi konsep pembangunan saintifik, menghormati kehendak rakyat, mendorong pembaharuan sistem ekonomi dan politik, mengatasi kesukaran dalam pembangunan. Kerajaan akan mendorong pembangunan ekonomi dengan masyarakat yang seimbang, mendorong pembaharuan pentadbiran dan pengurusan sosial, menangani hubungan kerajaan dengan penduduk serta pertubuhan rakyat dengan bijak. Membina kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bertanggungjawab dan bersih.

Fokus pembaharuan pada tahun ini ialah:

Mempertingkat pembaharuan sistem kewangan, percukaian dan fiskal. Kerajaan akan menyempurnakan sistem jaminan kewangan peringkat kaunti, mewujudkan ketelusan belanjawan dan kewangan tempatan secara berperingkat-peringkat. Memperkenalkan piawaian penyeliaan dan pengawalan perbankan yang baharu, membina sistem insurans wang simpanan, mempertingkat pembaharuan institusi kewangan, menyempurnakan sistem penerbitan salam baharu dan sistem penarikan balik, melindungi keuntungan dan kepentingan pelabur. Mengembangkan pasaran sekuriti, mendorong pembaharuan sektor insurans, memperluas penggunaan mata wang Renminbi dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Mendorong pembangunan bersama ekonomi pelbagai jenis. Kerajaan akan mengukuhkan dan mengembangkan ekonomi milik kerajaan, di samping menggalakkan, menyokong dan membimbing pembangunan ekonomi swasta. Meningkatkan penyusunan strategik ekonomi nasional, menyempurnakan sistem aliran modal kerajaan yang rasional. Mengkaji dan mendorong pembaharuan sektor kereta api dan tenaga elektrik. Menyediakan suasana yang baik untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara pelbagai jenis ekonomi serta memangkin pembangunan bersama.

Meningkatkan pembaharuan harga. Mendorong pembaharuan harga tenaga elektrik, melaksanakan pelan harga elektrik kegunaan awam mengikut jumlah penggunaan, menyempurnakan mekanisme penentuan harga elektrik hidro, elektrik tenaga nuklear dan elektrik penjanaan sumber yang boleh diperbaharui, mendorong pembaharuan harga petroleum dan harga gas asli. Melaksanakan sistem pengurusan dan penggunaan sumber air yang paling ketat, menentukan dan mengubahsuai piawaian kutipan pembayaran penggunaan sumber air di pelbagai tempat, mendorong pembaharuan bersepadu harga air kegunaan pertanian. Melaksanakan secara percubaan urus niaga pelepasan karbon dan pelepasan bahan sisa. Mempercepat pembinaan mekanisme pemuliharaan ekologi.

Mempertingkat pembaharuan sistem pengagihan pendapatan. Menyusun pelan induk pembaharuan sistem pengagihan pendapatan, meningkatkan kuota pendapatan penduduk dalam pendapatan nasional, meningkatkan kuota gaji dalam pengagihan peringkat awal. Menyempurnakan sistem gaji, membentuk sistem peningkatan gaji, dan menaikkan tahap gaji minimum. Menyediakan syarat yang baik bagi penambahan nilai harta penduduk. Menstandardkan peraturan pengagihan pendapatan, melindungi pendapatan yang sah, mengharamkan pendapatan yang tidak sah, mengurangkan jurang berbezaan pendapatan.

Mendorong pembaharuan terhadap kategori badan kerajaan. Menentukan kategori badan kerajaan secara saintifik, mempertingkat sistem pengurusan, personel, pendapatan dan jaminan sosial bagi badan kerajaan.

Mempercepat pembaharuan kerajaan. Mempertingkat demokrasi sosialis, melaksanakan pengundian, pentadbiran dan penyeliaan demokratik, menjamin hak untuk mengetahui, hak menyertai, hak bersuara dan hak menyelia bagi golongan rakyat. Meningkatkan pembinaan kerajaan bersih, memperhebat tindakan antirasuah, menyelesaikan masalah yang paling diberi perhatian rakyat.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China