Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

Tuan-tuan dan puan-puan,

Negara kita merupakan negara yang berbilang kaum, rakyat pelbagai kaum bersatu padu dan membangun bersama, supaya menjadikan tanah air kita negara yang makmur. Kita perlu mengamalkan dan menyempurnakan sistem autonomi kaum minoriti, melaksanakan dasar untuk menyokong pembangunan kaum minoriti dan kawasan kaum minoriti, menyokong kaum minoriti yang bilangannya amat kecil untuk terus membangun. Memperkukuh dan mengembangkan hubungan pelbagai kaum yang saksama, bersatu padu, saling membantu dan harmoni.

Kita perlu melaksanakan dasar kerajaan dan parti mengenai keagamaan. Menjaga hak dan kepentingan pertubuhan dan tokoh keagamaan serta penganut agama, menggalakkan mereka memberikan sumbangan dalam mendorong pembangunan ekonomi, kemakmuran kebudayaan dan keharmonian masyarakat.

Kita perlu mengamalkan dasar kerajaan dan parti terhadap orang keturunan Cina dan perantau China di dalam dan luar negara. Memelihara hak dan kepentingan mereka serta menyokong mereka giat menyertai pembangunan modenisasi serta penyatuan semula secara damai tanah air.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China