Sekarang saya mewakili Dewan Negara, membuat laporan kerajaan untuk dibahaskan para perwakilan persidangan. Para anggota CPPCC juga dialu-alukan memberikan pandangan dan syor masing-masing.
1. Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan Tahun 2011:
Pada tahun lalu, berdepan dengan situasi politik dan ekonomi antarabangsa yang rumit, dan tugas pembaharuan dan pembangunan domestik yang berat, rakyat pelbagai kaum di bawah pimpinan Parti Komunis China, bersatu padu dan mencapai kejayaan yang besar dalam melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat RMB 47.2 trilion, meningkat 9.2% berbanding dengan tahun 2010; pendapatan kewangan kerajaan meningkat 24.8%, iaitu sebanyak RMB 10.37 trilion. Jumlah pengeluaran bahan makanan mencipta rekod terbaharu dalam sejarah, dengan angka 570 bilion kg. Selain itu, seramai 12.21 juta penduduk di bandar dan pekan mendapat peluang pekerjaan, pendapatan boleh guna per kapita penduduk di bandar dan pekan meningkat 8.4%, manakala pendapatan bersih per kapita petani meningkat 11.4%. Negara kita telah berjaya mengatasi kesan negatif ekoran krisis kewangan antarabangsa dan memastikan permulaan yang baik bagi pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12.
(1): Meningkatkan dan Memperbaiki Kawalan Makro, Mengekang Kenaikan Harga Barangan yang Terlalu Cepat, dan Mewujudkan Pembangunan Ekonomi yang Stabil dan Pesat
Kerajaan telah melaksanakan dasar fiskal yang proaktif dan dasar kewangan yang stabil, mengambil tindakan untuk memastikan pembangunan ekonomi yang pesat dan stabil di samping menyusun semula struktur ekonomi dan berusaha mengawal inflasi. Kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha menstabilkan harga barangan. Bermula pada Ogos tahun 2010, Indeks Harga Pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluarn Industri menurun sebulan demi sebulan, dan berjaya mengubah trend kenaikan kedua-dua indeks yang drastik sebelum itu. Pada setengah tahun kedua tahun lalu, unsur yang tidak menentu dalam ekonomi global terus meningkat dan ekonomi domestik menghadapi masalah yang baharu. Kerajaan terus mengekalkan pelaksanaan dasar kawalan makro dan mengekang inflasi. Di samping itu, mengubahsuai dasar berkenaan, meningkatkan koordinasi dasar pinjaman dan dasar perindustian, memperhebat usaha pengurangan cukai, memberikan sokongan kepada syarikat kecil dan mikro, menyokong pembinaan projek kebajikan rakyat seperti pembinaan rumah kos rendah serta memenuhi keperluan dana bagi projek peringkat kebangsaan yang dalam pembinaan. Kerajaan meningkatkan kawalan terhadap pasaran hartanah supaya pelaksanaan dasar itu berkesan dan berhasil. Kerajaan mengambi berat usaha mencegah dan mengatasi risiko yang tersembunyi dalam bidang fiskal dan kewangan. Sekarang, hutang kerajaan China pada tahap yang selamat dan terkawal. Ekonomi China sedang berkembang terus ke arah penentuan ekonomi makro, dan keupayaan mengatasi risiko terus meningkat.
(2): Mempercepat Perubahan Kaedah Pembangunan Ekonomi, Meningkatkan Keseimbangan Pembangunan dan Daya Saing Perindustrian.
Kerajaan telah melaksanakan dasar sokongan dan kawalan terhadap perindustrian yang berbeza, di samping mendorong penyusunan semula struktur dan menggalakkan pembangunan berterusan.
Memperkukuh dan meningkatkan asas pertanian. Perbelanjaan kerajaan pusat demi pembangunan pertanian, desa dan pertanian pada tahun 2011 melebihi RMB 1 trilion, meningkat RMB 183.9 bilion berbanding dengan tahun 2010. Pengeluaran bahan makanan melebihi 500 bilion kg selama lima tahun berturut-turut.
Mempercepat perbaikan struktur perindustri. Menggalakkan pembangunan industri strategik yang baru muncul. Industri tenaga alternatif, bahan baharu, perubatan biologi, industri pembuatan pemesinan yang menggunakan teknologi tinggi, dan industri kereta yang menggunakan tenaga alternatif berkembang pesat. Sementara itu, projek percubaan penggabungan "tiga jaringan" (iaitu jaringan telekomunikasi, jaringan TV dan radio, dan jaringan internet), pembangunan dan penggunaan "Pengiraan Awan" dan jaringan internet barangan dipercepat. Pengambilalihan dan penggabungan syarikat mencapai kemajuan. Selain itu, kerajaan pusat memperuntukkan RMB 15 bilion untuk penjanaan dan peningkatan teknologi perindustrian utama, yang melibatkan lebih 4,000 projek dengan pelaburan sekeluruhan RMB 300 bilion.
Menggalakkan penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan bahan sisa, serta meningkatkan perlindungan ekologi alam sekitar. Kerajaan telah memperkenalkan pelan bersepadu penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan bahan sisa dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12, rancangan pengawalan pelesapan gas rumah hijau, dan cadangan untuk meningkatkan kerja perlindungan alam sekitar.
Menggalakkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara pelbagai kawasan. Kerajaan telah memperkenalkan dasar keutamaan untuk mendorong pembangunan pesat di wilayah Tibet dan Xinjiang, menyusun dan melaksanakan program panduan pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar bagi tempoh 10 tahun akan datang, dan memperkenalkan pelan tindakan pembangunan kawasan sempadan. Pembangunan antara pelbagai kawasan semakin seimbang. Pada tahun lalu, kadar urbanisasi di seluruh negara melebihi 50%, ini merupakan perubahan yang bersifat sejarah dalam struktur sosial China. Pembangunan semula pasca bencana gempa bumi Wenchuan Sichuan berjaya diselesaikan pada tahun lalu, sementara usaha menyelamat dan pembangunan semula pasca bencana di Yushu Qinghai, Zhouqu Gansu dan Yingjiang Yunnan sedang berjalan lancar.