Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada tahun ini, kerja diplomasi perlu berkhidmat lebih baik untuk pembaharuan dan pintu terbuka, serta pembangunan modenisasi sosialis, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sejagat dan kestabilan dunia. Kita akan mempererat hubungan dengan negara-negara jiran, giat menyertai mekanisme kerjasama di rantau ini, mendorong perkembangkan kerjasama serantau, bersama-sama menyediakan suasana serantau yang aman dan damai, saksama dan saling percaya serta muafakat bestari. China akan meningkatkan perpaduan dan kerjasama dengan negara-negara membangun, mempererat hubungan persahabatan yang sedia terjalin, memperluas kerjasama yang saling menguntungkan, mendorong tercapainya Matlamat Milenium PBB, memelihara hak dan kepentingan negara-negara membangun serta kepentingan bersama. China akan mengadakan dialog strategik dengan kuasa-kuasa besar, meningkatkan rasa saling mempercayai, meneroka bidang kerjasama yang baharu, mendorong perkembangan hubungan yang stabil dan sihat dalam jangka masa yang panjang. China akan giat menyertai hal-ehwal multilateral dan pengurusan sejagat, menggalakkan tatatertib antarabangsa ke arah yang lebih adil dan rasional. China dengan teguh mengamalkan dasar pembangunan yang damai, melaksanakan dasar luar yang bebas dan berkecuali, menjalankan strategi terbuka yang saling menguntungkan demi kebaikan bersama. China akan berganding bahu dengan rakyat pelbagai negara, berusaha untuk mendorong kemajuan tamadun manusia, dan membina dunia yang aman, makmur dan harmoni.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Mengimbas kembali masa dahulu, kita telah berusaha bersama dan mencapai hasil yang membanggakan; memandang ke masa depan, kita masih menghadapi tugas yang berat dan perlu berusaha bersungguh-sungguh lagi. Mari kita bersatu padu di sekeliling Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diterajui oleh Hu Jintao, membuka minda, berjuang dan bekerja keras untuk mencipta prospek pembangunan modenisasi sosialis yang baharu!


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China