Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

(3): Menggalakkan Pembangunan Pertanian dan Peningkatan Pendapatan Petani

Dalam proses pengindustrian dan pembandaran, modenisasi pertanian patut diberi perhatian. Untuk itu, penyelesaian masalah "pertanian, kaum tani dan kawasan luar bandar" menjadi tugas yang paling utama.

Menstabilkan pengeluaran pertanian dan menambah pendapatan petani. Kerajaan akan terus berusaha mewujudkan pertumbuhan jumlah pengeluaran bahan makanan yang stabil, memelihara keluasan tanah pertanian dan meningkatkan produktiviti. Membantu kaum tani mengubahsuai penanaman, meningkatkan penanaman hasil pertanian yang kurang bekalan dan yang bermutu tinggi, dan menyokong pengeluaran sayur-sayuran, daging, telur, susu dan hasil air. Sementara itu, subsidi pertanian perlu ditambah lagi, dengan lingkungannya yang lebih besar dan sistem berkenaan terus disempurnakan. Menaikkan harga minimum pembelian bahan makanan. Melaksanakan rancangan pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar untuk jangka masa 10 tahun akan datang.

Mempercepat kemajuan sains dan teknologi pertanian. Pembangunan pertanian berasakan kemajuan sains dan teknologi. Kerajaan akan menyokong penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi penting dalam membiak biji baik, mencegah penyakit dan menjamin kualiti hasil pertanian.

Meningkat pembinaan infrastruktur pertanian dan kawasan luar bandar. Kerajaan pusat akan memperuntukkan sebanyak RMB 1.23 trilion ke dalam sektor pertanian, petani dan kawasan luar bandar, angka ini meningkat RMB 186.8 bilion berbanding tahun lalu. Selain itu, persekitaran ekologi di kawasan luar bandar juga akan terus diperbaiki, pengeluaran dan kehidupan, terutamanya perumahan petani akan dibaiki.

Memangkin pembaharuan kawasan luar bandar. Sistem pengurusan asas di kawasan luar bandar akan terus dilaksanakan. Hak penggunaan tanah pertanian dan perumahan serta pembahagian keuntungan kolektif tidak boleh dicabuli kerana hak petani itu terpelihara di sisi undang-undang. Memangkin pembaharuan bersepadu di kawasan luar bandar.

(4): Mempercepat Pengubahan Kaedah Pertumbuhan Ekonomi

Kerajaan akan mempercepat pengubahan kaedah pertumbuhan ekonomi dan penyusunan semula struktur, demi menangani masalah pembangunan yang tidak seimbang, tidak selaras dan tidak berterusan. Ini merupakan tugas yang dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang, dan juga merupakan tugas yang mendesak yang perlu dilakukan sekarang ini.

Mendorong penaiktarafan struktur perindustrian. Menggalakkan perindustrian strategik yang baharu membangun dengan sihat. Membentuk sistem untuk mendorong penggunaan sumber alternatif, meningkatkan pembinaan infrastruktur internet, membangunkan teknologi maklumat yang tinggi, serta menggalakkan pembangunan industri pengeluaran kelengkapan, penjimatan sumber tenaga, perlindungan alam sekitar, bioperubatan, kenderaan alternatif dan bahan baharu. Kerajaan akan menambah peruntukkan dalam penyusunan semula struktur industri tradisional, menggalakan perkembangan industri kecil dan meringankan beban bagi mereka.

Mendorong penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan bahan sisa, melindungi alam sekitar. Kerajaan akan meningkatkan penjimatan dan pengawalan sumber tenaga, menyempurnakan struktur sumber tenaga, di samping meningkatkan efisiensi penggunaan sumber tanaga tradisional, menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif dan sumber yang boleh diperbaharui. Kerajaan akan terus menyempurkan pengawasan dan pengawalan terhadap logo penjimatan sumber tenaga, menggalakan perkembangan ekonomi kitaran semula, menangani masalah pencemaran air, udara, tanah, laut dan pertanian, memperluas liputan pengawasan dan penyeliaan PM 2.5 ke seluruh negara menjelang tahun 2015, dan memperhebat kemampuan untuk mencegah bencana dan menghadapi cuaca yang buruk. Berdasarkan prinsip saksama dan bersama-sama memikul tanggungjawab yang berbeza, China menggalakkan proses rundingan di peringkat antarabangsa mengenai perubahan iklim. Kerajaan akan menunjukkan kepada seluruh dunia, iaitu China tidak mahu membangunkan ekonomi dengan menjejaskan ekologi alam sekitar dan kesihatan rakyatnya.

Mendorong pertumbuhan ekonomi yang seimbang di pelbagai kawasan. Kerajaan akan menggalakkan pembangunan yang seimbang antara bandar dengan desa, pelbagai kawasan dan lapisan masyarakat. Kerajaan akan meningkatkan dan menyempurnakan mekanisme kerjasama yang melibatkan pelbagai kawasan, membimbing pemindahan syarikat yang teratur.

Mendorong urbanisasi. Bertitik tolak daripada keadaan setempat yang sebenar, kerajaan akan mendorong pembangunan bandar besar, sederhana dan kecil serta kawasan luar bandar yang seimbang. Memperbaiki produktiviti di seluruh negara berdasarkan taburan sumber dan penduduk, membentuk sistem perbandaran yang rasional yang selaras dengan skop tanah, sumber dan potensi pembangunan. Memberikan perhatian kepada pekerja dari desa dan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka, seperti pekerjaan, jaminan sosial, masalah bersekolah anak mereka, dan sewa rumah, supapa mereka dapat menikmati perkhidmatan awam di bandar.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China