Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

(3): Mengembangkan Kebajikan Sosial dan Menggalakkan Pembangunan Sosioekonomi yang Seimbang.

Kerajaan pelbagai peringkat menambah peruntukan dalam bidang sains dan teknologi, pendidikan, kebudayaan, kesihatan dan sukan, jumlah peruntukan itu mencapai RMB 2.82 trilion.

Meningkatkan terus daya inovatif sains dan teknologi. Beberapa projek penyelidikan sains dan teknologi yang penting mencapai kejayaan yang besar. Modul angkasa lepas "Tiangong-1" dan kapal angkasa lepas "Shenhou VIII" berjaya dilancarkan dan kedua-duanya bercantum dengan jayanya. Kejayaan ini merupakan batu tanda dalam sejarah penyelidikan penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan China.

Mendorong kesaksamaan pendidikan. Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan supaya semua kanak-kanak pada umur bersekolahan dapat menikmati pendidikan wajib. Mengembangkan pendidikan vokasional, meningkatkan peruntukan dalam pembinaan tenaga pengajar.

Membangunan kebudayaan. Kerajaan pusat telah meningkatkan peruntukan dalam sektor kebudayaan. Usaha kebudayaan yang bersifat kebajikan awam di pelbagai tempat turut ditingkatkan. Kemudahan kebudayaan awam terus dibuka secara percuma kepada orang awam. Perlindungan warisan budaya dan pewarisan budaya bukan kebendaan mencapai kemajuan yang besar.

Menggalakkan pembaharuan dan pembangunan perubatan dan kesihatan. Semakin ramai penduduk menikmati perkhidmatan insurans perubatan asas, sekarang kesemua 1.3 bilion penduduk bandar dan luar bandar menikmati insurans perubatan itu.

(4): Menjamin dan Memperbaiki Kehidupan Rakyat, Menyelesaikan Masalah Kepentingan Asas Rakyat.

Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat, memastikan hasil pembangunan negara dinikmati oleh semua rakyat, dan mendorong keadilan masyarakat.

Melaksanakan dasar pekerjaan yang lebih proaktif. Kerajaan telah meneroka peluang pekerjaan melalui pelbagai saluran, menggalakkan rakyat membuka syarikat untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan latihan vokasional dan sistem perkhidmatan awam berkenaan. Menambah sokongan fiskal, percukaian dan kewangan. Dengan langkah-langkah tersebut, sebanyak 77.8% lulusan universiti mendapat kerja, kadar ini meningkat 1.2% berbanding dengan tahun 2010.

Memperbaiki sistem pembahagian pendapatan. Kerajaan menumpukan tenaga untuk meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah. Dengan usaha ini, pendapatan bersih per kapita kaum tani meningkat dengan kadar yang paling tinggi sejak tahun 1985 dan angka itu lebih tinggi daripada peningkatan pendapatan penduduk di bandar dan pekan. Selain itu, tahap gaji minimum ditingkatkan dengan besar. Pada masa yang sama, piawaian bantuan dan jaminan sosial diubahsuai selaras dengan perubahan harga barangan. Tahap kutipan cukai pendapatan individu bulanan ditingkatkan ke RMB 3500 yuan daripada RMB 2000 yuan sebelum itu. Selain itu, kerajaan pusat menetapkan piawaian bantuan yang baharu kepada golongan miskin kepada RMB 2300, bersamaan dengan pendapatan per kapita petani. Dengan langkah-langkah sedemikian, lebih ramai petani yang berpendapatan rendah mendapat bantuan kerajaan.

Meningkatkan pembinaan sistem jamian sosial. Dengan usaha ini, jaminan sosial semakin diperluas di seluruh negara, semakin ramai menikmati perkhidmatan insurans pencen, insurans pengangguran, insurans kecederaan waktu bekerja dan insurans kelahiran.

Menggalakkan projek pembinaan rumah kos rendah. Untuk menjayakan usaha itu, kerajaan telah memperkenalkan panduan pembinaan dan kawalan projek berkenaan, menyempurnakan dasar yang sedia ada termasuk peruntukan kewangan, penggunaan tanah, sokongan pinjaman dan pengurangan cukai, menumpukan usaha membuat rancangan pembinaan dan meningkatkan kualiti projek serta menggubal sistem dan panduan tentang pengambilan, pengawalan dan pembatalan rumah kos rendah. Untuk menjamin projek pembinaan rumah kos rendah, kerajaan pusat telah memperuntukkan RMB 171.3 bilion pada tahun 2011, iaitu 2.2 kali ganda berbanding tahun 2010. Pada tahun lalu, sebanyak 4.32 juta unit rumah kos rendah siap dibina dan 10.43 juta unit sedang dibina.

Memelihara keselamatan awam masyarakat. Kerajaan telah meningkatkan penyeliaan dan pengawalan terhadap keselamatan kerja, menyempurnakan sistem pemantauan keselamatan makanan. Kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan orang awam dan berkhidmat kepada rakyat, serta menjalankan inovasi dalam pentadbiran sosial.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China