Cari:
Petikan Laporan Kerajaan yang Dibentangkan Oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada Majlis Perasmian NPC, 5 Mac 2012
2012-03-05 11:14:49 CRI Cetak

(5): Memangkin Pelaksanaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka, Menyuntik Kedinamikan dan Tenaga yang Baharu kepada Pembangunan Sosioekonomi.

Menurut Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12, kerajaan berusaha menggalakkan pembaharuan dalam bidang utama.

Kerajaan mengambil berat perdagangan import dan eksport, menggalakkan penggunaan pelaburan asing di samping berusaha memperluas pelaburan di negara luar, berusaha meningkatkan tahap keterbukaan ekonomi. Kerajaan berusaha memperbaiki struktur perdagangan. Pada sepanjang tahun 2011, jumlah import eksport barangan mencatat USD 3.64 trilion, meningkat 22.5%, antaranya eksport meningkat 20.3% dan import meningkat 24.9%, lebihan dagangan terus menurun. Penggunaan pelaburan langsung asing (FDI) mencatat USD 116 bilion. China dengan aktif menyertai kerjasama ekonomi antarabangsa dan serantau, hubungan ekonomi dan perdagangan bileteral dan multilateral terus berkembang maju.

Pada masa yang sama, pembinaan sistem demokrasi dan perundangan, pertahanan dan tentera, urusan Hong Kong, Macau dan Taiwan serta diplomasi juga telah mencapai kemajuan yang ketara.

(6): Kesukaran dan Cabaran dalam Pembangunan Ekonomi.

Kita mengetahui bahawa pembangunan sosioekonomi negara kita masih menghadapi banyak kesukaran dan cabaran. Di lingkungan sejagat, ekonomi global agak lembap, krisis kewangan antarabangsa masih merebak di seluruh dunia, krisis hutang yang dialami oleh beberapa negara tidak dapat diselesaikan dalam masa yang pendek. Perlindungan perdagangan di pasaran antarabangsa semakin meningkat. Memandangkan situasi dalam negeri pula, banyak masalah yang serius wujud dalam proses pembangunan ekonomi. Antaranya termasuk pertumbuhan ekonomi menghadapi tekanan besar, harga barangan pada tahap yang tinggi, pelaksanaan dasar kawalan terhadap pasaran hartanah memasuki peringkat yang amat penting, kesukaran bagi menstabilkan pembangunan pertanian dan terus menambah pendapatan petani amat besar, pengoperasian syarikat-syarikat kecil menghadapi kesukaran yang semakin banyak, produktiviti dalam beberapa industri lebih banyak daripada permintaan, jumlah penggunaan sumber tenaga meningkat dengan terlalu pesat. Selain itu, kawalan makro menghadapi keadaan yang lebih rumit ekoran isu bersifat struktur campur dengan isu yang muncul berulang, masalah domestik dikaitan dengan masalah antarabangsa. Sementara, kerajaan juga mempunyai kekurangan dan kelemahan. Antaranya termasuk, sasaran dalam bidang menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta kawalan harga barangan tidak dicapai, masalah-masalah yang berkaitan dengan pengambilan tanah, keselamatan kerja, pemeliharaan makanan dan ubat-ubatan yang selamat dan pembahagian pendapatan masih belum diselesaikan. Selain itu, taraf pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan, serta pentadbiran bersih perlu ditingkatkan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China