Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Kerja-kerja utama dan ciri-cirinya dalam tempoh lima tahun yang lalu:

Pertama: berjaya menangani tempias krisis kewangan global, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pesat.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kita telah menempuh ujian krisis kewangan global. Dalam usaha menangani tempias ini, kita menyusun dasar kawalan makro, memperkenalkan sepuluh tindakan untuk merangsang permintaan domestik bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pesat. Dana sebanyak 4 trilion yuan, antaranya 1.26 trilion daripada kewangan pusat, diperuntukkan untuk projek rumah kos rendah, projek kesejahteraan di kawasan luar bandar, pembinaan kemudahan asas, kebajikan awam, perlindungan ekologi alam sekitar, inovasi dan pembinaan pasca bencana alam.

Pada tahun 2012, kebanyakan kuasa ekonomi utama di dunia mengalami kemerosotan ekonomi dan pelbagai risiko turut meningkat. Dalam konteks ini, KDNK negara kita tetap mencapai peningkatan sebanyak 7.8%, seramai 12.66 juta orang mendapat kerja di kawasan bandar dan pekan, peningkatkan Indeks Harga Pengguna pun menurun ke tahap 2.6%. Ini telah menyediakan asas yang cukup baik bagi pembangunan ekonomi pada tahun ini.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, ekonomi makro negara kita mencapai pertumbuhan yang pesat dan mapan, tahap harga barangan stabil, jumlah peluang kerja kian bertambah, pembayaran antarabangsa semakin seimbang, purata pertumbuhan KDNK tahunan mencapai 9.3%, iaitu lebih tinggi berbanding dengan tahap global dan entiti ekonomi baru muncul yang lain, kadar inflasi pula jauh lebih rendah daripada entiti ekonomi tersebut. Ekonomi negara kita stabil dan penuh dinamik.

Kedua: mempercepat penstrukturan semula ekonomi, meningkatkan mutu dan keefisienan pertumbuhan ekonomi.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kita terus melaksanakan strategi memperluas permintaan domestik, sumbangan permintaan domestik terhadap pertumbuhan ekonomi semakin besar manakala nisbah lebihan projek semasa dalam KDNK menurun daripada 10.1% kepada 2.6%.

Ketiga: mempergiat kerja-kerja berkaitan pertanian, kawasan luar bandar dan petani, memperkukuh dan memperhebat kedudukan asas sektor pertanian.

Di samping mendorong pembangunan perindustrian, maklumat dan urbanisasi, kita juga giat menggalakkan pemodenan pertanian, dan berjaya melaksanakan beberapa projek yang memberi manfaat kepada golongan petani. Kerajaan telah menambah peruntukan dalam sektor pertanian. Jumlah peruntukan kewangan pusat dalam kerja-kerja berkaitan pertanian, kawasan luar bandar dan petani mencecah 4.47 trilion yuan, dengan purata peningkatan tahunannya sebanyak 23.5%.

Keempat: mengekalkan strategi menjana pembangunan negara berdasarkan sains dan pendidikan, memperhebat daya sokongannya terhadap pembangunan sosioekonomi.

Kita telah mempercepat pelaksanaan skim pembangunan sains dan teknologi negara jangka sederhana dan panjang, menyusun dan melaksanakan skim pembaharuan dan pembangunan pendidikan negara jangka sederhana dan panjang.

Mengutamakan pembangunan pendidikan. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, jumlah perbelanjaan kerajaan dalam bidang pendidikan mencecah 7.79 trilion yuan, iaitu meningkat secara purata 21.58% setahun. Dalam pada itu, peruntukan pendidikan menempati 4% dalam KDNK pada tahun 2012. Kawasan luar bandar, kawasan yang terpencil, petempatan kaum minoriti, serta kawasan yang mundur diberi keutamaan dalam agihan sumber pendidikan.

Mempergiat inovasi. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kewangan pusat telah memperuntukkan dana sebanyak 872.9 bilion yuan dalam bidang sains dan teknologi. Purata peningkatan tahunannya mencapai 18%.

Melaksanakan strategi membangunkan negara melalui modal insan. Usaha telah dilakukan untuk meningkatkan pembangunan modal insan dengan mengutamakan tenaga profesional yang berkemahiran tinggi. Selain itu, seramai 540 ribu orang yang melanjutkan pengajian di luar negara kembali dan berkhidmat untuk tanah air.

Meningkatkan pembangunan kebudayaan. Jaringan kemudahan kebudayaan awam yang merangkumi bandar dan pekan dibentuk. Muzium, perpustakaan dan pusat kebudayaan dibuka kepada orang awam secara percuma.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China