Bahagian II, Tuntutan Umum Pembangunan Sosioekonomi, Matlamat Utama dan Dasar Ekonomi Makro Tahun Ini
Kini, pembangunan China berada pada fasa strategik yang penuh peluang, terdapat banyak syarat yang baik dan unsur yang positif dalam pembangunan sosioekonomi, namun terdapat juga banyak risiko dan cabaran. Pengaruh krisis kewangan antarabangsa masih wujud, proses pemulihan ekonomi dunia masih menghadapi unsur yang tidak menentu dan tidak stabil. Oleh itu, kita perlu melihat aspek yang positif dan menegakkan keyakinan, di samping mengetahui aspek yang rumit, berwaspada dan mengamil sikap yang teliti dalam menjalankan kerja.
Tuntutan umum kerja pada tahun ini adalah seperti berikut: mengutamakan kerja meningkatkan kualiti dan efisien pertumbuhan ekonomi, di samping mempergiat dasar pembaharuan dan pintu terbuka, melaksanakan strategi inovasi bagi merangsang pembangunan. Sementara itu, menggalakkan pembangunan ekonomi, politik, kebudayaan, masyarakat dan tamadun ekologi secara menyeluruh, mewujudkan pembangunan ekonomi yang lestari dan sihat, serta keharmonian dan ketenteraman masyarakat.
Matlamat utama pembangunan sosioekonomi pada tahun ini adalah seperti berikut: kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.5%, keseimbangan pembangunan terus ditingkatkan; kadar peningkatan Indeks Harga Pengguna (CPI) dikawal pada paras 3.5%; menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 9 juta orang di bandar dan pekan, dan kadar pengangguran di bandar dan pekan di bawah 4.6%; peningkatan pendapatan per kapita penduduk di bandar dan luar bandar selaras dengan pertumbuhan ekonomi nasional, peningkatan gaji selaras dengan peningkatan produktiviti. Selain itu, imbangan pembayaran antarabangsa terus dibaiki.