Kedua: memperkukuh asas pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar, mendorong integrasi pembangunan bandar dan luar bandar.
Pada beberapa tahun yang lalu, pertanian China telah mencapai perkembangan yang amat pesat, kawasan di luar bandar mengalami perubahan yang ketara, kaum tani juga mendapat keuntungan yang banyak berbanding dengan masa yang lalu. Namun, pembangunan desa tetap merupakan cabaran bagi mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh di China pada masa ini. Dalam konteks ini, kerja yang berkaitan dengan perkembangan pertanian, peningkatan taraf hidup kaum tani dan pembangunan kawasan di luar bandar perlu diutamakan pada masa akan datang. Sistem tanah desa dianggap amat penting bagi kestabilan masyarakat di desa dan pembangunan negara dalam jangka yang panjang. Oleh itu, usaha menjamin hak dan kepentingan harta benda kaum tani perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, dan tanah pertanian perlu dikekalkan pada taraf 120 juta hektar di seluruh negara. Selain itu, kerajaan perlu meningkatkan peruntukan untuk menyempurnakan kemudahan infrastruktur dan sistem perkhidmatan awam di kawasan luar bandar untuk menggalakkan proses integrasi bandar dan desa dan menyediakan latihan kepada kaum tani.
Usaha urbanisasi dan pemodenan pertanian saling melengkapi. Proses urbanisasi ini perlu digalakkan secara sihat dan mapan dengan mematuhi hukum objektif.