Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Bahagian III, Cadangan kepada Kerja Kerajaan pada Tahun Ini

Pertama: mempercepat transformasi model pembangunan ekonomi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lestari dan sihat.

Semua kejayaan dalam pembangunan pemodenan sosialis China dicapai berdasarkan pembangunan ekonomi yang lestari dan sihat. China masih dan akan berada pada peringkat awal sosialisme untuk jangka masa yang panjang. Pertentangan antara permintaan rakyat terhadap kebendaan dan kebudayaan yang semakin meningkat dengan tahap produktiviti yang ketinggalan tetap wujud, kedudukan China sebagai negara membangun yang paling besar di dunia tidak berubah. Oleh itu, isu pembangunan tetap merupakan kunci bagi menyelesaikan semua masalah di negara kita. Kerajaan perlu terus memberikan keutamaan terhadap pembangunan ekonomi, membangunkan negara dengan bersungguh-sungguh.

Kita perlu menjadikan strategi merangsang permintaan domestik sebagai tugasan utama dalam membangunkan ekonomi untuk jangka masa yang panjang, di samping memaksimumkan peranan perbelanjaan sebagai asas, dan peranan pelaburan sebagai kunci. Selain itu, syarat bagi akses modal swasta ke pasaran perlu terus dilonggarkan untuk merangsang pelaburan swasta.

Kerajaan akan berusaha menggalakkan transformasi model pembangunan ekonomi dan mempercepat penyusunan semula struktur perindustrian. Dalam hal itu, kita perlu mempercepat penaiktarafan industri tradisional, mempergiat pembangunan industri teknologi baharu dan tinggi, serta meningkatkan kualiti dan daya saing produk.

Kerajaan perlu memenuhi harapan rakyat terhadap persekitaran kehidupan yang baik, meningkatkan pembangunan ekologi dan perlindungan alam sekitar. Persekitaran ekologi berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan generasi-generasi yang akan datang, bahkan masa depan bangsa kita. Oleh itu, kita perlu mengekalkan dasar menjimakan sumber tenaga dan melindungi alam sekitar, teruatamanya menggalakkan pembangunan hijau, pembangunan berkitaran semula, dan pembangunan rendah karbon. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan benar-benar mengambil langkah pencegahan pencemaran, menggalakkan pengubahsuaian kaedah pengeluaran dan amalan hidup, menyelesaikan masalah pencemaran yang menonjol yang melibatkan kepentingan rakyat termasuk mutu udara, air dan tanah, membaiki alam sekiar, menjaga kesihatan rakyat, bertindak dengan sebaik-baiknya supaya rakyat penuh keyakinan terhadap masa depan.

Kerajaan akan terus melaksanakan strategi umum pembangunan kawasan dan mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara pelbagai kawasan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China