Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 telah dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada pagi 5 Mac. Perdana Menteri, Wen Jiabao mewakili Dewan Negara membentangkan laporan kerja kerajaan. Berikutnya petikan laporan kerja berkenaan.

"Para perwakilan yang dihormati,

Sekarang saya mewakili Dewan Negara, membentangkan laporan kerja kerajaan dalam tempoh lima tahun lalu, dan memberikan cadangan berkaitan kerja pada tahun ini. Para perwakilan Kongres Rakyat Kebangsaan diminta membahaskan laporan, para anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat diminta memberikan cadangan dan pendapat.

Bahagian I, Mengimbau Kembali Kerja dalam Tempoh Lima Tahun Lalu

Lima tahun sejak Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 yang lalu merupakan tempoh yang istimewa dalam pembangunan negara kita. Kita berjaya menangani tempias krisis kewangan global, mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mapan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada 26.6 trilion yuan kepada 51.9 trilion yuan dan angka ini menduduki tempat kedua di dunia. Pendapatan kewangan awam meningkat daripada 5.1 trilion yuan kepada 11.7 trilion yuan. Sebanyak 58.7 juta peluang kerja yang baharu disediakan, pendapatan boleh guna per kapita bagi penduduk bandar dan pekan meningkat 8.8%, manakala pendapatan bersih per kapita penduduk di kawasan luar bandar meningkat 9.9%. Tuaian hasil bahan makanan mewujudkan peningkatan selama sembilan tahun berturut-turut. Pembaharuan dalam sektor-sektor utama mencapai kemajuan baharu, pembangunan negara inovatif mencapai hasil yang menggalakkan. Temasya Sukan Olimpik Beijing, Sukan Paralimpik Beijing dan Ekspo Dunia Shanghai diadakan dengan jayanya. Kita mencapai kejayaan yang besar dalam usaha menangani bencana alam seperti gempa bumi yang dahsyat di Wenchuan dan gempa bumi yang melanda Yushu, serta pembangunan pasca bencana. Produktiviti dan kekuatan bersepadu negara kita banyak meningkat, kedudukan dan pengaruh negara kita di arena antarabangsa turut meningkat. Kerajaan telah berjaya mencapai sasaran Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-11 dan melaksanakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12. Pembangunan dalam bidang ekonomi, politik, kebudayaan, masyarakat dan ekologi mencapai kemajuan yang memberangsangkan.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China