Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Keempat: memperhebat pembaharuan dan pintu terbuka dengan gagahan dan kebijaksanaan politik yang lebih besar.

Usaha pembaharuan dan dasar pintu terbuka merupakan peneraju asas kepada pembangunan negara. Kini, usaha pembaharuan China berada dalam tempoh kritikal. Cabaran-cabaran yang dihadapi pada masa ini perlu ditangani dengan fikiran yang lebih bebas, agar memastikan pembaharuan diteruskan dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, politik dan kebudayaan.

Sistem ekonomi pasaran sosialis perlu terus disempurnakan. Kerajaan akan terus memberikan bantuan dan sokongan bagi menjana perkembangan perusahaan milik kerajaan dan perusahaan swasta, di samping berusaha memastikan kedua-dua jenis perusahaan itu mempunyai kedudukan yang saksama ketika menikmati sumber produktif, menyertai persaingan pasaran dan mendapatkan perlindungan dari undang-undang. Usaha pembaharuan sistem cukai kewangan perlu dipercepat agar usaha kutipan cukai boleh memberikan sumbangan yang lebih besar dalam mengoptimumkan struktur dan mewujudkan keadilan masyarakat. Di samping itu, pembaharuan terhadap sistem kewangan perlu diteruskan, sistem kewangan yang moden hendaklah disempurnakan untuk merancakkan pembangunan ekonomi sebenar di negara ini, di samping memartabatkan prestasi mata wang RMB di pasaran antarabangsa. Selain itu, usaha pembaharuan juga perlu terus digalakkan bagi menyempurnakan sistem pelaburan dan pembiayaan serta mekanisme harga produk. Sistem pengagihan pendapatan merupakan sistem yang amat penting dalam proses pembangunan sosioekonomi, dan juga merupakan asas bagi sistem ekonomi pasaran sosialis. Kerajaan telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai pembaharuan terhadap sistem pengagihan pendapatan setakat ini. Dasar-dasar yang konkrit hendaklah dibentuk seawal mungkin bagi mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin dan memastikan hasil pembangunan negara boleh dinikmati oleh seluruh rakyat di negara ini.

Pembinaan sistem demokrasi dan perundangan sosialis perlu disempurnakan bagi menjamin rakyat boleh menikmati hak dan kebebasan yang lebih luas di sisi undang-undang. Di samping itu, pelbagai jabatan kerajaan mesti mematuhi Perlembagaan dan undang-undang semasa mentadbirkan negara. Kerja jabatan kerajaan perlu dijalankan dengan prinsip berkhidmat untuk rakyat, di samping ke arah yang lebih saintifik, efisien, bersih, cekap dan memuaskan hati rakyat. Dalam pada itu, gejala pembaziran, formalisme dan fahaman birokrasi perlu terus dibanteras, dan rakyat berhak untuk memantau usaha pentadbiran kerajaan. Selain itu, usaha membanteras rasuah perlu diperkasakan bagi mengelakkan kuasa terlampau pemusatan, malah tidak dapat terkawal.

Sebagai satu dasar asas kerajaan, strategi pembaharuan perlu diamalkan dengan lebih proaktif dan inisiatif. Dalam pada itu, usaha menstabilkan pengeksportan perlu digabungkan dengan usaha memperluas pengimportan, mengubah perhatian terhadap perdagangan dengan luar daripada mementingkan jumlahnya pada masa sebelum ini kepada kualiti dan keberkesanan ekonominya. Barangan yang diperdagangkan di pasaran antarabangsa perlu mempunyai daya persaingan dari segi teknolog, jenama, kualiti dan perkhidmatannya, bukannya hanya mempunyai kelebihan yang harga murah. Pelaksanaan dasar pintu terbuka China bukan sahaja menyasarkan negara maju, tetapi juga negara membangun, bagi memperoleh keuntungan bersama.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China