Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan perlu mengekalkan dasar fiskal yang proaktif dan dasar kewangan yang cermat.

Mengekalkan pelaksanaan dasar fiskal yang proaktif.

Pertama, meningkatkan skala defisit dan hutang negara pada kadar sederhana. Defisit kewangan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RMB 1.2 trilion yuan, meningkat RMB 400 bilion yuan berbanding dengan belanjawan tahun 2012. Antaranya, defisit kewangan pusat berjumlah RMB 850 bilion yuan, manakala hutang tempatan berjumlah RMB 350 bilion yuan. Walaupun defisit kewangan meningkat sebanya 2%, angka ini masih berada pada tahap yang selamat. Kedua, menyempurnakan dasar pengurangan cukai berstruktur dalam pembaharuan sistem percukaian. Dengan itu, mempercepat projek percubaan menggantikan kutipan cukai urus niaga dengan cukai nilai tambah. Ketiga, memperbaiki struktur pembayaran fiskal. Pembayaran dalam bidang pendidikan, perubatan dan kesihatan dan jaminan sosial akan diutamakan dalam perbelanjaan kerajaan. Di samping itu, mengawal dan mengetat pembayaran biasa dalam urusan pentadbiran supaya berbelanja dengan berjimat cermat. Keempat, meningkatkan kawalan terhadap hutang kerajaan tempatan.

Mengekalkan pelaksanaan dasar kewangan yang cermat.

Pertama, menyempurnakan rangka dasar makro dan mengoptimumkan peranan pengubahsuaian mata wang. Matlamat pertambahan M2 ditetapkan pada kadar 13%.

Kedua, menggalakkan pengalihan sumber kewangan dengan cermat. Memandu institusi kewangan memperhebat sokongan kewangan kepada usaha penyusunan semula struktur ekonomi terutamanya sokongan kepada pertanian, kawasan luar bandar dan petani, syrikat kecil dan mikro, dan industri strategik yang baru muncul. Selain itu, memperluas saluran pembiayaan bagi ekonomi sebenar dan mengurangkan kosnya. Ketiga, mengelakkan risiko kewangan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China