Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Tentang sasaran pertumbuhan ekonomi.

Pertama, kita perlu mengambil peluang untuk menggalakkan pembangunan.

Kedua, berdasarkan dasar pembangunan secara saintifik, mengalihkan tumpuan perhatian ke usaha mempercepat pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi dan penstrukuran semula ekonomi, meningkatkan kualiti dan efisien pertumbuhan ekonomi di samping menggalakkan pembangunan lestari. Justeru matlamat kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun ini ditetapkan pada kadar 7.5% adalah perlu dan sederhana, ia masih memerlukan usaha yang susah payah kita untuk merealisasikannya.

Tentang harga barangan.

Mengekalkan harga barangan yang stabil merupakan sasaran utama kawalan makro. Kerajaan menetapkan kadar peningkatan CPI di sekitar 3.5% selepas mempertimbangkan pelbagai unsur. Demi memelihara kestabilan harga barangan, kita perlu benar-benar menjamin pembekalan barangan utama yang mencukupi, melancarkan pengedaran barangan, mengurangkan kos pengedaran dan pengangkutan, di samping meningkatkan pengawalan dan penyeliaan terhadap harga di pasaran.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China