Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Kelima: mengutamakan kepentingan rakyat, berusaha menjamin dan memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Kerajaan menganggap penyediaan peluang pekerjaan sebagai perkara yang paling penting untuk menjamin dan memperbaiai kesejahteraan rakyat. Hasil pelaksanaan dasar penyediaan peluang pekerjaan yang proaktif, situasi pasaran pekerjaan stabil pada keseluruhannya pada masa ini. Pembinaan sistem jaminan sosial dipercepat, sistem insurans pencen asas yang merangkumi semua penduduk di bandar dan luar bandar diwujudkan. Pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan diperincikan. Sistem perubatan kerjasama yang baharu di kawasan luar bandar dan insurans perubatan asas bagi penduduk di bandar dan pekan dibentuk. Sistem insurans perubatan asas yang merangkumi semua penduduk telah diwujudkan. Selain itu, sistem perumahan kos rendah di bandar dan pekan dibina dan disempurnakan. Jangkauan liputannya sudah mencapai 12.5% pada penghujung tahun 2012.

Keenam: memperincikan pembaharuan dalam bidang-bidang utama, meningkatkan kedinamikan pembangunan sosioekonomi.

Hasil daripada pembaharuan yang berkenaan, kita telah mencapai kemajuan yang besar dalam beberapa bidang utama.

Ketujuh: memperluas tahap keterbukaan, meningkatkan ekonomi yang bersifat terbuka secara menyeluruh.

Jumlah import dan eksport meningkat secara purata 12.2% setahun, dan melonjak ke tempat kedua di dunia daripada tempat ketiga sebelum ini, antaranya jumlah eksport menduduki tempat pertama di dunia. Jumlah penggunaan sebenar modal asing dalam tempoh lima tahun yang lalu mencatat USD 552.8 bilion. Struktur dan susun atur serta kualiti penggunaan modal asing dioptimunkan. Kerajaan menggalakkan pelbagai perusahaan melabur ke luar negara dan melaksanakan operasi rentas sempadan. Jumlah pelaburan langsung asing dalam sektor bukan kewangan meningkat kepada USD 77.2 bilion pada tahun 2012 daripada USD 24.8 bilion pada tahun 2007. Purata peningkatan tahunannya mencecah 25.5%, sekali gus menjadikan China negara pelabur asing yang besar di dunia. Pelaksanaan dasar pintu terbuka bukan sahaja memangkin pertumbuhan dan penambahbaikan struktur ekonomi negara, malah juga membawa masuk teknologi dan pengalaman pengurusan yang maju, dan menambah peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat kita. Ia sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi global.

Kelapan: memperkasakan pembinaan kerajaan, memperincikan pembaharuan sistem pentadbiran.

Usaha telah dilakukan untuk mempercepat pembaharuan agensi-agensi kerajaan dan mewujudkan rangka kerja jabatan besar yang fungsinya disatukan. Kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip yang melaksanakan penggubalan dasar secara saintifik dan demokratik, mentadbir negara di sisi undang-undang, menggalakkan keterbukaan hal-ehwal politik, menyempurnakan sistem kawal selia yang berkaitan serta meningkatkan pentadbiran yang bersih dan jujur. Sementara itu, kerajaan juga melaksanakan beberapa langkah yang baharu untuk menyeragamkan pelaksanakan kuasa pentadbiran bagi mewujudkan kerajaan yang berorientasikan perkhidmatan, bertanggungjawab, ditadbir berdasarkan undang-undang dan bersih.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China