Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan--oleh PM Wen Jiabao
2013-03-05 10:53:09 CRI Cetak

Ketiga: mengutamakan kerja menjamin dan membaiki kehidupan rakyat, meningkatkan taraf hidup rakyat dari segi kebendaan dan kebudayaan secara menyeluruh.

Pembangunan sosioekonomi di China semakin seimbang melalui usaha gigih. Bagaimanapun, pertentangan dalam masyarakat semakin bertambah berikutan penstrukturan semula masyarakat, perubahan corak kepentingan masyarakat. Dalam konteks ini, usaha menjamin dan memperbaiki kehidupan rakyat perlu memberikan tumpuan kepada beberapa aspek sebagai berikut:

Usaha menyediakan lebih banyak peluang kerja.

Usaha menyempurnakan sistem jaminan sosial.

Usaha meneruskan pembaharuan sistem perubatan.

Usaha menyempurnakan dasar perancangan keluarga bagi memastikan ia selaras dengan perkembangan semasa keadaan populasi di negara ini, di samping menyelesaikan dengan sempurna masalah populasi dari segi jumlah, kualiti, dan struktur agar jumlah populasi meningkat dengan seimbang di pelbagai tempat dalam jangka panjang.

Usaha mengintensifkan pengurusan dan melakukan inovasi semasa menangani isu masyarakat. Kerajaan perlu menawarkan perkhidmatan awam dengan kaedah-kaedah yang lebih efisien, di samping menyempurnakan sistem pentadbir autonomi di desa dan bandar, bagi memastikan rakyat menikmati hak demokrasi mereka di sisi undang-undang dalam mengendalikan urusan awam dan kebajikan sosial. Selain itu, sistem penyeliaan dan kawalan terhadap keselamatan makanan dan ubat-ubatan perlu disempurnakan agar ia dapat diamalkan dengan ketat dalam proses pengeluaran, pengedaran dan penjualan. Di samping itu, sistem keselamatan awam dan kemudahan infrastruktur bagi keselamatan pengeluaran juga perlu disempurnakan untuk mengelakkan berlakunya insiden yang teruk.

Usaha kawalan pasaran hartanah dan projek pembinaan rumah kos rendah perlu diberikan tumpuan dalam kerja perumahan kerajaan. Sebanyak 4.7 unit rumah kos rendah akan siap dibina, manakala 6.3 juta unit rumah lagi akan mula dibina di seluruh negara pada tahun ini.

Pendidikan serta sains dan teknologi amat penting dalam usaha pemodenan negara pada asasnya, manakala kebudayaan juga perlu ditumpukan perhatian kerana ia dianggap sebagai warisan bangsa dan menunjukkan semangat rakyat. Pendidikan, sains dan teknologi serta kebudayan bersifat strategik bagi pembangunan negara.

Pendidikan moral dari segi masyarakat, vokasional, keluarga dan individu perlu terus diperkasakan bagi memucuk cita-cita yakin dan setia di kalangan masyarakat, khususnya dalam menyemarakkan semangat kejujuran untuk membentuk kemoralan masyarakat yang baik.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China