v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

• China Sempurnakan Kawalan Makro Ekonomi, Dorong Pertumbuhan Eknomi dengan Baik dan Pesat 2008-01-16
Sejak Sidang Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China diadakan pada bulan Oktober tahun lalu, kerajaan China telah mengambil beberapa tindakan yang mengawal peningkatan pelaburan dan harga barangan yang terlalu pesat serta meningkatkan kawalan makro ekonominya untuk mencegah pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat dan inflasi yang ketara.
• China Giat Dorong Pembinaan Landasan Kereta Api Eropah-Asia dan Pan-Asia 2008-01-14
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan pertukaran ekonomi dan perdagangan menjadi semakin rancak antara China dengan negara-negara Eropah dan Asia, jumlah pengangkutan kargo melalui kereta api antarabangsa juga meningkat. Demi memenuhi permintaan terhadap pengangkutan kereta api antarabangsa ekoran perkembangan ekonomi dan perdagangan, China sedang giat mendorong pembinaan landasan kereta api Eropah-Asia dan Pan-Asia.
• China Berusaha Tingkatkan Mutu Keluaran Pertanian 2008-01-08
Naib Menteri Pertanian, Gao Hongbin hari ini di Beijing menyatakan, tindakan pengawasan dan peningkatan mutu keluaran pertanian yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu telah mencapai matlamatnya, mutu keluaran pertanian banyak ditingkatkan. China akan terus membentuk mekanisme jangka panjang untuk menjamin mutu dan keselamatan keluaran pertanian, menyempurnakan sistem pengesan kembali dan hukuman terhadap mereka yang bertanggungjawab atas mutu produk supaya menjamin dan meningkatkan mutu keluaran pertanian.
• China akan Tingkatkan Penyeliaan Media terhadap Usaha Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber 2008-01-07
Simposium sambutan ulang tahun ke-15 pelaksanaan "Kempen Perlindungan Alam Sekitar China" telah diadakan di bandar Haikou, provinsi Hainan China baru-baru ini. Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Raidi dalam simposium itu menyatakan bahawa perlindungan terhadap alam sekitar dan sumber alam merupakan satu kerja yang mendasak dan perlu dilakukan dalam jangka panjang, China akan meningkatkan pemantauan media terhadap usaha perlindungan alam sekitar dan sumber agar mendorong perkembangan sosioekonomi secara berterusan.
• Shenzhen China Berusaha untuk Tingkatkan Perlindungan Alam Sekitar 2008-01-03
Zon Ekonomi Khas Shenzhen di kawasan pesisir pantai selatan China telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan perlindungan alam sekitar pada tahun 2007 agar mendorong perkembangan secara berterusan dalam bidang sosioekonomi di bandar tersebut.
• China Menguatkuasakan Undang-Undang Kontrak Pekerjaan untuk Melindungi Hak dan Kepentingan Pekerja 2008-01-02
Undang-Undang Kontrak Pekerjaan yang berkaitan rapat dengan semua pekerja di China telah bekuat kuasa bermula pada semalam. Undang-undang tersebut telah melibatkan semua perusahaan di China dan mengemukakan penetapan tentang konsep hubungan pekerjaan, pemeteraian kontrak pekerjaan, penanganan perselisihan pekerjaan dan lain-lain.
• China Keluarkan Kertas Putih Keadaan dan Dasar Sumber Tenaga China 2007-12-26
Jabatan Penerangan Dewan Negara China telah mengelurkan kertas putih "Keadaan dan Dasar Sumber Tenaga China" hari ini yang memaklumkan keadaan mengenai perkembangan sumber tenaga, strategi pembangunan dan matlamatnya di China. Kertas putih itu berbunyi bahawa China telah mencapai kejayaan dalam usaha menjimatkan penggunaan sumber tenaga pada tahun-tahun kebelakangan ini dan pelepasan sisa cemar dapat dikawal dengan berkesan.
• China Berusha Meningkatkan Reputasi Barangan Buatan China 2007-12-17
Baru-baru ini, produk-produk yang dikeluarkn oleh lebih 1,300 buah perusahaan China telah memperoleh kelayakan bebas pemeriksaan negara. Pegawai yang bertanggungjawab atas kualiti barangan buatan China menyatakan bahawa pelaksanaan sistem bebas pemeriksaan kualiti produk merupakan tindakan bagi meningkatkan kesedaran pihak pengilang terhadap peningkatan kualiti produk dan kejujuran mereka dalam perniagaan Perusahaan yang mendapat kelayakan bebas daripada pemeriksaan itu perlu terus berusaha meningkatkan kualiti produk dan menyempurnakan perkhidmatan mereka agar memastikan reputasi barangan "buatan China" terpelihara baik di pasaran antarabangsa.
• Jiangsu China Cari Saluran Baru bagi Bangunkan Kawasan secara Selaras 2007-12-13
Provinsi Jiangsu yang terletak di bahagian timur China merupakan salah sebuah provinsi yang ekonominya berkembang pesat di China. Tetapi, jurang perbezaan pertumbuhan ekonomi antara pelbagai tempat di provinsi itu agak luas. Dengan demikian, Jiangsu giat mencari saluran baru bagi membangunkan pelbagai kawasannya secara selaras, iaitu membangunkan ekonomi kawasan utara menerusi pembinaan taman industri bersama-sama oleh kawasan maju dan kawasan mundur.
• Majlis Perayaan Kejayaan Projek Penyelidikan Bulan Pertama China Diadakan di Beijing 2007-12-12
Majlis Perayaan Kejayaan Projek Penyelidikan Bulan Pertama China telah diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing hari ini. Presiden China Hu Jintao telah menghadiri majlis tersebut dan menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan bahawa kejayaan pelaksanaan projek tersebut menandakan bahawa China telah memasuki barisan negara yang menguasai kemampuan menyelidik angkasa lepas bebas, dan juga merupakan hasil penting bagi China dalam usaha membangunkan negara yang berorientasikan inovasi.
1 2 3 4
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |