v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

• China akan Tingkatkan Usaha untuk Mencegah Pertumbuhan Ekonomi yang Terlalu Cepat dan Inflasi 2007-12-06
Sidang Kerja Ekonomi Tahunan Kerajaan Pusat China telah dirasmikan di Beijing pada 3 hingga 5 Disember lalu. Sidang tersebut telah membincangkan dan menggubal dasar ekonomi makro China yang akan dilaksanakan pada tahun depan dan mengemukakan bahawa tugas utama dalam kawalan ekonomi makro China tahun depan adalah mencegah pertumbuhan ekonomi yang terlalu cepat dan berlakunya inflasi.
• Provinsi Jilin China Dorong Pembangunan Perusahaan Milik Negara Berdasarkan Inovasi 2007-12-03
Provinsi Jilin yang terletak di timur laut China merupakan pangkalang industeri utama dan juga merupakan salah sebuah provinsi yang mempunyai banyak perusahaan milik negara di China. Sejak China melaksanakan strategik pembangunan kawasan timur laut China pada tahun 2003, provinsi Jilin telah meningkatkan pembaharuan perusahaan milik negara dan berkembang berdasarkan inovasi.
• Sistem Tanggungjawab Penjimatan Tenaga dan Pengurangan Pelepasan Pencemaran China Masuk Peringkat Pelaksanaan 2007-11-30
China telah mengambil siri tindakan yang berkesan dalam menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sejak awal tahun ini. Tindakan tersebut telah mencapai kesan yang ketara. Demikian dikatakan oleh Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Xie Zhenhua di Beijing pada 29 November.
• Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia Berusaha Wujudkan Kesamarataan dalam Bidang Pendidikan 2007-11-28

Sekolah Menengah Tinggi Liupanshan yang ditubuhkan oleh kerajaan bandar Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia di bahagian barat laut China merupakan sebuah sekolah separuh percuma bagi pelajar daripada keluarga yang miskin di kawasan pergunungan. Sekolah tersebut merupakan teladan usaha kerajaan Ningxia untuk mewujudkan kesamarataan dalam bidang pendidikan.

• Forum Peringkat Tinggi Keselamatan Makanan Antarabangsa Luluskan Perisytiharan Beijing 2007-11-28
Forum Peringkat Tinggi Keselamatan Makanan Antarabangsa telah ditutup di Beijing semalam. "Perisytiharan Beijing mengenai Keselamatan Makanan" telah diluluskan dalam forum tersebut. Perisytiharan tersebut menyeru pelbagai negara agar meningkatkan kerjasama dan pertukatan maklumat dalam bidang keselamatan makanan dan menggesa mereka supaya membentuk sistem penyeliaan terhadap keselamatan makanan, meningkatkan kemampuan dalam bidang memjamin keselamatan makanan.
• Bandar Shanghai Tumpukan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Moden 2007-11-27
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bandar Shanghai telah mempercepat langkah penyusunan semula struktur perindustrian dan memberi tumpuan terhadap pembangunan sektor perkhidmatan moden. Sehingga kini, bandar Shanghai telah berjaya menyediakan platform perkhidmatan yang memanfaatkan pembangunan ekonomi di kawasan Delta Sungai Yangtze dan menyasarkan pasaran seluruh negara bahkan dunia.
• Bandar Tianjin China Berusaha Tingkatkan Perlindungan Alam Sekitar 2007-11-23
Bandar Tianjin merupakan bandar terbuka yang terbesar di pantai bahagian utara China. Bandar itu turut merupakan pusat ekonomi dalam zon kawasan pesisir Laut Bohai. Perlindungan alam sekitar di bandar Tianjin memainkan peranan yang penting dalam perlindungan ekologi di teluk Laut Bohai. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Tianjin telah melaksanakan 6 buah projek untuk melindungi alam sekitar dan telah mencapai hasil yang menggalakkan.
• Shandong China Giat Kembangkan Projek-projek Mesra Alam 2007-11-21
Provinsi Shangdong, timur China sedang giat mengubah cara pertumbuhan ekonominya, iaitu menutup sebilangan besar perusahaan kecil yang penggunaan sumber tenaganya tinggi dan pencemarannya serius, sementara itu aktif membangunkan industri perlindungan persekitaran.
• Penanaman Ubi Kentang Baiki Kehidupan Kaum Tani di Kawasan Kemarau Bahagian Barat China 2007-11-20
Sekarang, industri ubi kentang telah berkembang dengan pesat di Mongolia Dalam, Gansu, Ningxia, Sichuan, Guizhou, Yunnan dan lain-lain, dan telah menjadi industri tonggak bagi kesemua tempat tersebut.
• Provinsi Hebei China Mengembangkan Ekonomi Kitar Semula Berorientasikan Taman Industri Caofeidian. 2007-11-14
Provinsi Hebei China berusaha mengembangkan ekonomi kitar semula yang berorientasikan Taman Industri Caofeidian berdasarkan konsep tentang penubuhan kawasan contoh pembangaunan saintifik dalam tahun-tahun kebelakangan ini, meningkatkan secara besar-besaran industri pelabuhan, logistik, besi dan keluli, petrokimia dan permesinan.
1 2 3 4
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |