Ekspo China-ASEAN Sediakan Wadah Kerjasama Baharu 2011-10-20 Ekspo China-ASEAN yang dianjurkan bersama oleh badan perdagangan kedua-dua pihak serta Sekretariat ASEAN menyediakan wadah baharu untuk memperluas kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Encik Zheng Junjian baru-baru ini. |
Ekspo China ASEAN Menyediakan Peluang Perniagaan 2011-09-08 Pameran khas untuk perkhidmatan perdagangan akan diadakan semasa Ekspo China-ASEAN ke-8 di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 21 hingga 26 Oktober depan. Pameran tersebut diadakan untuk mendorong kerjasama dan interaksi antara kedua-dua pihak dalam bidang kewangan, pelancongan dan perkhidmatan pendidikan. |
Kerjasama Ekonomi Kawasan Pan Teluk Beibu Ke Arah Lebih Pragmatik 2011-09-02 Kerjasama Ekonomi Kawasan Pan Teluk Beibu antara China dengan negara-negara ASEAN yang terlibat kini melangkah ke peringkat yang semakin pragmatik. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Perdagangan China, Chen Zhou, kerjasama ekonomi antara negara-negara di Kawasan Pan Teluk Beibu menyumbang kepada peningkatan hubungan rakan strategik China-ASEAN pada keseluruhannya. |
Semakin Banyak Syarikat China Berminat Melabur di ASEAN 2011-08-19 Tarif perdagangan antara China dengan negara ASEAN kini diturun kepada 1% daripada 9.8% selepas penubuhan CAFTA pada awal tahun 2010. Penurunan tarif perdagangan yang besar bukan sahaja meningkatkan perdagangan dua hala secara mendadak, tetapi juga menyediakan peluang kerjasama yang baru kepada korporat serantau dalam bidang perkongsian bahan mentah, proses pembuatan dan pelaburan. |
Kerjasama Pelancongan China-Vietnam Capai Hasil yang Memuaskan 2011-08-11 Mong Cai dan Teluk Ha Long antara destinasi pelancongan Vietnam yang sudah tidak asing lagi bagi pelancong China. Kini, pelancong China mempunyai lebih banyak pilihan ketika melawat Vietnam dengan beberapa pakej baharu yang ditawarkan oleh agensi pelancongan. Pakej itu memboleh warga China menghayati pemandangan yang indah lagi unik di bahagian selatan Vietnam, iaitu Sai Kung, Mui Ne dan My Tho. |
Kerjasama Ekonomi China-ASEAN Makin Luas 2011-07-28 Jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN hanya mencatat USD 7.96 bilion pada tahun 1991. Angka ini telah mencecah USD 100 bilion pada tahun 2004, dan mencatat 292.7 bilion pada tahun lepas. Angka ini ternyata memperlihatkan peningkatan perdagangan dua hala yang pesat, khususnya selepas penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada awal tahun 2010. |
Peningkatan Kerjasana China-ASEAN untuk Galakkan Pembangunan Ekonomi 2011-07-25 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum ASEAN baru sahaja berakhir di Pulau Bali. Menteri Luar China, Yang Jiechi menyatakan, kerjasama China-ASEAN yang melibatkan pelbagai bidang dan kalangan telah memperkukuh dasar saling menguntungkan, mewujudkan permuafakatan bestari dan membangun bersama-sama bagi pelbagai negara terlibat. |
CAFTA Membantu Wujudkan Rangkaian Industri Serantau yang Lebih Berdaya Saing 2011-07-12 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) yang beroperasi pada awal tahun lepas menyediakan peluang kepada syarikat serantau untuk bekerjasama mewujudkan rangkaian industri yang lebih berdaya saing. Demikian pandangan para peserta yang menghadiri Sidang Kerjasama Industri China-ASEAN di Kunming, provinsi Yunnan China baru-baru ini. |
Syarikat Negara ASEAN Dialu-alukan Menyertai Ekspo China-ASEAN 2011-06-29 Ekspo China-ASEAN Ke-8 akan diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pada 21 hingga 26 Oktober. Penganjuran ekspo kali ini dijangka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana sempena ekspo ini diadakan besama dengan ulang tahun ke-20 jalinan hubungan dialog China-ASEAN dan juga Tahun Persahabatan China-ASEAN. |
Peniaga ASEAN Berminat Melabur di Bahagian Barat China 2011-06-08 Kerjasama ekonomi dan pelaburan antara China dengan negara-negara ASEAN boleh terus ditingkatkan lagi dengan kelebihan masing-masing yang saling melengkapi dari segi sumber alam, struktur inudustri dan daya pengeluaran. Demikian pandangan dan juga hasrat yang dilahirkan oleh para peserta Sidang Promosi Pelaburan Peniaga Cina ASEAN di Bahagian Barat Daya China Ke-9 yang diadakan di Kunming, Provinsi Yunnan baru-baru ini. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |