Cari:
• Sidang Kemuncak APEC Berakhir 2014-11-12
Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-22 berakhir di Beijing semalam. Dalam sidang akhbar selepas persidangan itu, Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin anggota APEC telah mencapai persepakatan meluas untuk menggalakkan integrasi ekonomi serantau, mendorong inovasi, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, serta meningkatkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan yang menyeluruh.
• Media Indonesia Menilai Positif Sidang Kemuncak APEC 2014 2014-11-11
Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2014 yang sedang diadakan di Beijing menarik tumpuan perhatian media pelbagai negara di dunia. Media Indonesia di samping memberikan perhatian kepada Presiden baharu negara itu, Joko Widodo yang tampil untuk kali pertama di arena antarabangsa, turut memberikan penilaian positif terhadap hasil persidangan dan prestasi yang tercapai oleh tuan rumah kali ini.
• Ucapan Presiden Xi Jiinping pada Majlis Perasmian Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin APEC 2014-11-11
Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-22 telah dirasmikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di tepi Tasik Yanqi, bandar Beijing pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian persidangan tersebut.
• Sidang Kemuncak CEO APEC Bincang Integrasi Ekonomi Asia-Pasifik 2014-11-10
Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) selama dua hari dirasmikan di Pusat Konvensyen Negara di Beijing pagi semalam. Seramai lebih 1,500 pemimpin anggota-anggota APEC dan tokoh-tokoh ekonomi dan perindistrian serta sarjana dari rantau Asia-Pasifik menghadiri sidang tersebut.
• Pertumbuhan Ekonomi China Rangsang Pembangunan Dunia 2014-11-07
Duta Besar Indonesia ke China, Sugeng Rahardjo ketika diwawancara oleh wartawan CRI baru-baru ini berkata, pembangunan ekonomi di rantau Asia-Pasifik memerlukan negara-negara besar termasuk China dan Indonesia. Pertumbuhan ekonomi China akan merangsang pembangunan dunia. Pemulihan ekonomi dunia pada masa sekarang memerlukan pembangunan ekonomi di rantau ini.
• Ekonomi Asia-Pasifik Tugas Mustahak 2014-11-06
Sesi persidangan Pertubuhan Kerjasama Asia-Pasifik (APEC) dirasmikan di Beijing semalam. Sama ada para pemimpin anggota APEC dapat memperkasakan integrasi ekonomi serantau atau tidak amat menarik perhatian pelbagai pihak.
• Sesi Persidangan APEC Buka Tirai Hari Ini 2014-11-05
Mesyuarat pegawai kanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di Beijing pagi ini merupakan langkah awal persiapan merasmikan Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC dari 11 hingga 12 Oktober nanti. Ini juga menandakan bahawa Minggu Persidangan Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC 2014 dibuka tirainya. Selepas 13 tahun berlalu, China sekali lagi menjadi tuan rumah sesi persidangan APEC.
• China Nanti-Nantikan Kejayaan Persidangan APEC 2014 2014-10-30
Persidangan APEC 2014 yang bertemakan "membina perkongsian Asia-Pasifik yang menghadapi masa depan" bakal diadakan pada awal bulan November nanti. Dalam Forum Lanting yang diadakan oleh Kementerian Luar China di Beijing semalam, China dan para peserta bertukar-tukar pandangan mengenai prospek kerjasama APEC.
• AIIB Penting Demi Kesalinghubungan Serantau 2014-10-24
Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2014 sedang diadakan di Beijing. Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang diterajui China menjadi fokus media baru-baru ini
• Jalin Perkongsian Asia Pasifik Demi Masa Depan 2014-10-21
Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-22 yang bertemakan "Jalin Perkongsian Asia Pasifik Demi Masa Depan" akan diadakan di Beijing pada 10 dan 11 November nanti
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China