Cari:
• Taman Tradisional di Suzhou (2) 2011-08-02

Taman di Suzhou yang paling awal adalah taman Raja Negeri Wu pada abad ke-6 sebelum masihi. Taman swasta yang paling awal yang tercatat dalam buku sejarah adalah Taman Pijiang yang dibina pada zaman Dinasti Jin Timur pada abad ke-4 masihi

• Groto Dazu, Khazanah Seni Pahtan Batu (2) 2011-08-01

Satu perbezaan nyata antara Groto Dazu dengan groto-groto lain di China ialah sejumlah besar pahatan batu di sana bukan berunsur agama dan merupakan satu-satunya groto sedemikian dalam seni pahatan batu groto di China

• Groto Dazu, Khazanah Seni Pahtan Batu 2011-07-29

Sudah lama saya bercadang untuk melawat Groto Dazu di Bandar Chongqing di barat daya China kerana ia terkenal di dunia dengan seni pahatan batu yang tinggi nilainya. Hasrat ini telah dipenuhi. Saya dan beberapa orang kawan telah mengunjungi groto tersebut pada Disember tahun 2009

• Taman Tradisional di Suzhou 2011-07-29

Di China terdapat satu pepatah seperti berikut "Suzhou dan Hangzhou merupakan syurga di bumi". Pepatah ini telah menggambarkan keindahan taman di Suzhou, sebuah bandar yang pemandangannya indah di Provinsi Jiangsu di timur China

• Keajaiban ke-8 di Dunia: Patung Tanah Liat Perwira Dan Kuda Makam Maharaja Qinshihuang 2011-07-01

Bagi orang asing yang telah melawat ke China atau yang bersedia untuk mengunjunginya, Terra Cotta atau Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda dari makam Maharaja Qinshihuang tentulah tidak asing lagi. Setelah muzium untuk mempamerkan patung tanah liat itu siap dibina dan dibuka kepada para pelawat, saya beberapa kali mengunjunginya dan setiap kali saya pun kagum ketika mengunjunginya

• Dujiangyan, Destinasi Pelancongan yang Manarik 2011-06-28
Saya seorang yang suka bersiar-siar. Yang paling memikat hati saya ialah destinasi pemandangan alam yang indah dan tinggalan sejarah yang penuh unsur budaya tradisional. Untunglah, China yang begitu luas wilayahnya dan sekian lama sejarahnya telah menyediakan tidak terbilang banyaknya sumber pelancongan sedemikian yang cukup menarik bagi peminat pelancongan
• Istana Potala 2011-06-17
Tibet merupakan satu tempat yang penuh dengan misteri bagi kebanyakan orang baik orang China ataupun orang asing. Kini, dengan siap dibinanya dan beroperasinya landasan kereta api Qinghai-Tibet, Tibet terbuka kepada dunia luar. Pada Mei tahun 2009, saya telah mengunjungi Tibet, yang digelar sebagai bumbung dunia yang mempunyai pemandangan alam yang indah, persekitaran ekologi yang lemah dan adat resam Etnik Tibet yang istimewa.
• Inxu dan Perkataan yang Dipahat pada Karapas Kura-kura dan Tulang Binatang 2011-06-10

Sebagai destinasi terakhir dalam perjalanan kami pada Februari 2009 di Henan, Bandar Anyang telah meninggalkan kesan yang mendalam bagi saya yang sentiasa berminat kepada budaya tradisional China yang cemerlang

• Luoyang, Satu Lagi Bandar Purba yang Cemerlang dalam Sejarah China 2011-06-03

Memang sudah lama saya tertarik oleh Luoyang, kota purba yang terkenal dan mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah China. Jadi, dalam rancangan saya melawat Henan pada tahun 2009, Luoyang sewajarnya disenaraikan sebagai destinasi utama selepas Kaifeng, kota purba pertama saya lawati dalam perjalanan itu

• Kaifeng, Bandar Purba yang Menarik 2011-05-27

Henan terletak di tengah China. Provinsi itu terkenal di China kerana ia tempat asal tamadun China. Sejarah yang begitu lama dan budaya purba yang amat cemerlang sungguh membanggakan orang China

• Groto Longmen Luoyang Memperlihatkan Tahap Tinggi Seni Pahatan dan Budaya Agama Buddha 2011-05-18

Dalam blog pada 20 April lalu, saya telah memperkenalkan pengalaman melawat Groto Yungang Datong di Provinsi Shanxi. Selain Groto Yungang Datong, masih terdapat sebuah groto yang juga terkenal dalam sejarah China dan berkaitan rapat dengan groto itu, itulah Groto Longmen Luoyang di Provinsi Henan di tengah China

• Bandar Purba Pingyao 2011-05-13

Provinsi Shanxi merupakan destinasi utama bagi saya dalam banyak kali perjalanan dengan memandu kereta kerana terdapat begitu banyak tapak peninggalan sejarah dan artifak yang bernilai tinggi di provinsi itu. Antara tapak peninggalan sejarah di sana, saya amat meminati bandar purba Pingyao dan telah tiga kali mengunjunginya masing-masing pada tahun 2000, 2009 dan 2010...Lagi>>

• Kuil Xuankong di Provinsi Shanxi China 2011-05-06

Sebagaimana yang diketahui umum, kuil biasanya dibina di tempat yang rata, tetapi di Provinsi Shanxi di utara China, terdapat sebuah kuil yang dibina di lereng gunung terjal yang hampir tegak lurus, namanya kuil Xuankong. Kuil Xuankong terletak di Kaunti Hunyuan kira-kira 60 kilometer dari Bandar Datong.

• Pagoda Kayu Kaunti Ying 2011-05-01

Setelah menyelesaikan kunjungan di Datong, bandar di utara Shanxi yang mempunyai sejarah begitu lama dan banyak tapak peninggalan sejarah yang memperlihatkan budaya tradisional China yang begitu cemerlang, saya meneruskan perjalanan ke Kaunti Ying menyusuri lebih raya Datong-Yuncheng ke arah selatan untuk mengunjungi Pagoda Kayu Kaunti Ying

• Groto Yungang Datong, Shanxi 2011-04-21
Provinsi Shanxi merupakan destinasi pelancongan yang saya minati. Ini kerana di provinsi itu terdapat artifak yang tidak terbilang banyaknya dan destinasi-destinasi di sana tidak begitu jauh daripada Beijing, kebanyakannya boleh sampai dalam masa satu atau dua hari dengan memandu kereta. Oleh sebab itu, saya menjelajahi Shanxi setiap tahun
1 2 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China