Keperluan Beragama Penduduk Xinjiang Dijamin 2016-06-02 Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan kertas putih mengenai hak kebebasan beragama di Xinjiang |
Radzi: Syiar Islam di Bumi China 2012-09-19 Kembara kami hari ini memberi fokus bagaimana agama Islam mula bertapak di tanah besar China dan juga melihat seni kebudayaan masyarakat tempatan. Lokasi pertama di Lorong Tong Zhen, wilayah Fujian, rombongan media Malaysia dan Indonesia dibawa melihat persembahan patung boneka. Menariknya persembahan yang dijayakan anak-anak tempatan Quanzhou ini tidak ubah seperti wayang kulit di Malaysia. Cara ia dimainkan ialah dengan mengawal boneka tersebut menggunakan tali dan diiringi dengan alunan muzik tradisional. Setiap cerita yang disampaikan mempunyai mesejnya tersendiri. |
Nadrizah: Catatan Perjalanan di Quanzhou 2012-09-19 Hari ini merupakan hari terakhir media Malaysia dan Indonesia tinggal di Quanzhou. Di sebelah pagi, kami telah pergi ke sebuah tempat yang agak terpencil dari kota... Selepas itu, kami dibawa ke satu tempat yang sangat saya nantikan iaitu makam pengikut Rasulullah S.A.W.Makam ini sangat dijaga rapi di sini. Satu kesan yang paling bersejarah. Alhamdulillah, saya berpeluang menyedekahkan Al-Fatihah bagi kedua-dua utusan Rasulullah ini. |
Radzi: Pengalaman Hari Pertama di Quanzhou, Terbaik dari Ladang 2012-09-18 Hari ketiga di China, kami menjelajah ke bandar Quanzhou! Perjalanan kami dari Xiamen ke Quanzhou mengambil masa kira-kira sejam melalui jalan darat. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan indah di samping udaranya yang sangat nyaman.Quanzhou atau nama lainnya 'Zaitun' merupakan salah satu daripada bandar bersejarah dan mempunyai budayanya yang tersendiri. Ia juga terkenal sebagai bandar pelabuhan selain mempunyai kuil-kuil kuno dan masjid-masjid yang sangat terkenal di serata dunia. |
Nadrizah: Kembara Muslim di Quanzhou 2012-09-18 Hari Ketiga Kembara Muslim 2012 , kumpulan media dari Malaysia dan Indonesia bepindah pula ke daerah lain iaitu sebuah bandar yang cukup kecil (Quanzhou). Di sini, tersimpan sejarah-sejarah peninggalan Islam di beberapa kawasan. Secara ringkasnya, Quanzhou merupakan sebuah pelabuhan besar China sejak Dinasti Tang lagi dan hubungan yang wujud antara Arab, China, India dan Malaysia menjadi platform umat Islam terdahulu menyebarkan agama suci ini. Jadi tidak hairanlah jika terdapat kesan-kesan penyebaran Islam di Bandar kecil ini. |
Farah: dari Xiamen ke Quanzhou 2012-09-18 Awal hari ini terpaksa kami ucapkan selamat tinggal kepada bandar Xiamen yang cukup menawan. Walaupun berat rasanya hati, tetapi pengembaraan mesti diteruskan. Setelah menaiki bas selama satu jam setengah, kami tiba di bandar Quanzhou yang nampaknya lebih kecil, tetapi tidak kalah hebatnya baik dari segi ekonomi dan perdagangan, mahupun sejarahnya. |
Aliban, Mulai Nikmati "Manisnya" Hasil Kebun Sayur-sayuran 2012-03-06 Aliban dari etnik Kirkiz, iaitu salah satu daripada 10 etnik yang beragama Islam di China. Beliau tinggal di mukim Sepaerbali, di Kirkiz Kezlesukerkiz, Xinjiang. Semua penduduk di sini ialah penggembala. Ternakan merupakan tunggak utama ekonomi di desa ini. |
Institut Pembangunan Strategik Kawasan Istimewa Kashgar Ditubuhkan 2011-12-15 Institut Pembangunan Strategik Kawasan Istimewa Kashgar telah ditubuhkan secara rasmi di Beijing hari ini. Setiausaha Jawatankuasa Bandar Kashgar Pusat Parti Komunis China, Chen Xuguang dalam sidang akhbar berkata, pihaknya akan mengekalkan struktur ekonomi dalam bidang kewangan, pelancongan, serta menarik lebih ramai tenaga profesional dari seluruh dunia untuk menggalakkan pembangunan urbanisasi. |
Kurniawati: Masih Terasa Dekat... 2011-11-15 Walaupun sudah tiga hari kembali ke Malaysia, namun ingatan saya tetap segar mengingati tiap kenangan yang dilalui sepanjang Kembara Muslim China 2011 yang berakhir pada Jumaat lepas. Saya masih terbayangkan menu kambing yang menjadi hidangan setiap hari sepanjang di China. Walaupun agak jemu menikmatinya selama 11 hari itu, namun ia tetap menjadi sebahagian kenangan terindah di sana, terutama apabila teringat bagaimana melihat ada rakan-rakan media lain yang merasa agak tertekan hingga tidak mampu untuk menelannya lagi terutama saat-saat akhir kembara itu. |
Abdul Ghani Abu: Keajaiban Dunia Kesinambungan Tamadun 2011-11-11 Kata orang tidak lengkap perjalanan ke Beijing, jika tidak mengunjungi ke dua tempat menarik dan bersejarah. Pertama, Kota Larangan, dan kedua, tembok keajaiban dunia, Tembok Besar China. Seawal lapan pagi penulis dan teman wartawan dari Malaysia dan Indonesia menikmati sarapan pagi di CRI Media Center. Masing-masing sudah teringat kampung halaman, sama ada di Jakarta atau di Bahau, Negeri Sembilan. Begitulah adatnya merantau, hati di kampung, tubuh sahaja di perantauan! |
Abdul Ghani Abu: Islam Teguh Di Tengah-tengah Pemodenan Beijing 2011-11-10 Hari ini masuk hari kesembilan penulis berada di China. Terasa pantas masa berlalu, maka teringatlah penulis pada pepatah, masa itu emas. Masa terus berputar, hanya mereka yang bijak dan oportunis dapat memaksimumkan masa. Begitulah pendakwah Islam dahulu kala yang menyebarkan Islam di China, sama ada di kawasan Barat China, Timur China atau Selatan China. Para pendakwah memandang masa hadapan, mereka meninggalkan legasi sejarah yang terus memekarkan Islam sehingga kini. |
Abdul Ghani Abu: 20 Yuan Harga Potong Rambut 2011-11-09 Awal pagi penulis sudah berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Lapangan Antarabangsa Yinchuan. Destinasi seterusnya ialah pulang ke Beijing selepas enam hari berkelana di wilayah Xinjiang dan Ningxia. Paling terharu, pagi tadi kami berlepas melalui pintu orang kenamaan! Terima kasih kepada Encik Guo Changjiang, Ketua Biro Berita CRI di Ningxia, dan Encik Li Chunlei, Timbalan Ketua Bahagian Hubungan Luar Jabatan Penerangan Wilayah Autonomi Etnik Hui atas layanan mesra dan istimewa yang diberikan sepanjang berada di Yinchuan. |
China Jamin Kebebasan Beragama 2011-11-09 Kerancakan pertumbuhan ekonomi dan kegiatan perdagangan di Bahagian Timur, China telah memperluaskan penyebaran Islam dari bahagian barat ke kawasan pertumbuhan baru. Kini bilangan umat Islam di Bahagian Timur termasuk di Shenzhen telah meningkat pesat. |
Abdul Ghani Abu: Suara Takbir yang Menyatukan 2011-11-08 Seawal 7.30 pagi penulis bergerak menuju Wuzhong salah satu daripada enam bandar di wilayah autonomi Ningxia. Suasana perjalanan dilitupi kabus pagi dan hujan rintik-rintik. Beberapa kali penulis mengelap cerpin bas bagi menjelaskan pandangan. Penulis teringat lagu Kembara di Tanah Gersang, nyanyian Zubir Ali. Ya benar, suasana di luar cermin tanah gersang yang meluas. Musim sejuk yang tiba menyebabkan aktiviti pertanian di luar kurang rancak. |
Kurniawati: Indahnya Beraya di Perantauan 2011-11-08 Sejak malam tadi saya memikirkan bagaimanakah suasana hari raya aidiladha yang akan dilalui bersama temab-teman kembara Muslim China 2011 di Ningxia. Adakah suasanaya semeriah di Malaysia? kerana ia merupakan pengalaman pertama saya berhari raya i perantauan jauh dari keluarga. Pepatah melayu ada menyebut "Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum" dan saya cuba mengaplikasikan pepatah iu dengan suasana raya dengan masyarakat di sini untuk bersama-sama masyarakat etnik Hui merayakannya. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |