Cari:
• Yangqin
Yangqin, sebagai alat muzik klasik yang bertali di China, selalu dimainkan untuk persembahan solo atau berkumpulan, atau sebagai alat muzik iringan dalam persembahan opera. Ia lebih sesuai untuk dimainkan dalam persembahan muzik yang riang gembira.
• Seruling (2)
Alat muzik ini bukan sahaja dapat memainkan irama yang panjang dan tinggi, malah dapat memainkan muzik tarian yang riang gembira serta nada minor yang lembut dan halus. Ia juga dapat meniru bunyi burung.
• Seruling (1)
Seruling, yang mempunyai sejarah kira-kira 7 ribu tahun ini, merupakan alat muzik tiupan tradisional yang paling popular di China. Disebabkan alat muzik ini diperbuat daripada buluh, maka ia juga dikenali sebagai "Zhudi".
• Huluxiao (2)
Bunyi yang dihasilkan oleh Huluxiao agak kecil, tetapi sangat lembut dan halus, kedengaran seolah-olah kain sutera yang ditiup angin. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai "Huluxi". "Xi" bermakna "sutera" dalam bahasa Mandarin.
• Sheng (2)
Bunyi yang dikeluarkan oleh alat muzik ini sangat merdu didengar. Nada tinggi yang dihasilkannya lantang dan terang, nada sederhana yang dihasilkannya lembut dan halus, manakala, nada rendah yang dikeluarkannya pula agak padat dan menyentuh hati.
• Sheng (1)
Sheng, sebagai alat muzik tiupan tradisional China yang dicipta pada lebih 3 ribu tahun yang lalu, merupakan alat muzik yang paling awal menggunakan rid di dunia. Alat muzik ini telah memainkan peranan yang penting untuk mendorong perkembangan alat muzik Barat.
• Xun (2)
Alat muzik ini mempunyai mulut, tempat meniup di bahagian atasnya. Di bahagian "perut"nya pula ditebuk beberapa lubang. Asalnya, Xun hanya mempunyai satu lubang sahaja. Melalui evolusi, ia terus berkembang sehingga mempunyai beberapa banyak lubang.
• Xun (1)
Xun, yang mempunyai sejarah kira-kira 7 ribu tahun ini, merupakan salah sebuah alat muzik tiupan yang paling tua di China. Alat muzik ini dikatakan dicipta berasaskan sejenis alat berburu pada zaman kuno yang dikenali sebagai "Shiliuxing", atau "meteor batu" dalam bahasa Melayu.
• Guanzi
Guanzi merupakan sejenis alat muzik tiupan yang berid dua, yang berasal dari Parsi pada zaman silam. Lebih 2 ribu tahun yang lalu, iaitu pada zaman Han Barat, alat muzik ini menjadi alat muzik yang amat popular di Xinjiang China.
• Xiao
Struktur Xiao agak ringkas. Bentuknya mirip seruling, tetapi bahagian badannya lebih panjang berbanding dengan alat muzik itu. Ia diperbuat daripada buluh. Terdapat 5 buah lubang pada bahagian paipnya, dan sebuah lubang lagi pada atas bahagian belakangnya.
• Houguan
Houguan, yang juga dikenali sebagai "Zhuguan", merupakan sejenis alat muzik tiupan yang dicipta berasas kepada alat muzik jenis paip tradisional China. Pada mulanya, ia digunakan oleh penjaja di tepi jalan di Provinsi Guangdong untuk menarik perhatian pelanggan.
• Xibili
Xibili, sebagai alat muzik klasik masyarakat etnik Korea, sangat popular di kawasan kediaman Daerah Autonomi Etnik Korea Yanbian di Provinsi Jilin China. Bunyinya lantang dan jelas, dan penuh dengan ciri-ciri etnik Korea.
• Erhu
Erhu, yang mula-mula mucul pada zaman Dinasti Tang, iaitu abad ke-7 hingga ke-10 Masihi ini, sangat popular dalam masyarakat etnik minoriti di bahagian barat laut China. Ia selalu dimainkan untuk mengiringi lagu.
• Niutuiqin
Niutuiqin, sebagai sejenis alat muzik gesekan tradisional China, amat popular di kawasan etnik Dong, di Provinsi Guizhou dan Hunan serta Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.
• Leiqin
Leiqin bukan sahaja dapat meniru bunyi suara orang, dan bunyi pelbagai binatang, malah boleh meniru bunyi yang dikeluarkan oleh beberapa alat muzik bertali yang lain dan bunyi pelbagai gendung.
• Matouqin
Matouqin, sejenis alat muzik gesekan klasik yang disukai oleh masyarakat etnik Mongol, mempunyai sejarah yang lama. Ia mendapat nama "Matouqin" kerana pada hujung pemegangnya diukir bentuk kepala kuda.
• Banhu
Banhu, yang juga digelar Banghu atau Qinhu ini mempunyai sejarah kira-kira 300 tahun. Bentuknya mirip Erhu. Alat muzik ini selalu dimainkan dalam Bangziqiang, sejenis opera kalangan rakyat di bahagian utara China.
• Konghou
Konghou, alat muzik petikan klasik China yang dicipta pada zaman Dinasti Tang, iaitu kira-kira dua ribu tahun yang lalu, selalu dimainkan oleh pancaragam diraja, dan juga amat digemari oleh rakyat.
• Ruan
Ruan terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, pemegang dan badan. Kepalanya dihias dengan hiasan seni ukiran tulang seperti naga. Terdapat 4 batang tolok menala di kedua-dua belahnya.
• Dongbula
Dongbula, alat muzik petikan klasik etnik Kazak China, dicipta pada abad ke-3 sebelum Masihi. Dalam bahasa Kazak, "Dong" bermakna bunyi muzik, dan "bula" bermakna memasang tali-tali.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China