Sanxian Besar Struktur Sanxian besar hampir sama dengan Sanxian kecil. Bagaimanapun, bunyi yang dihasilkannya lebih kuat dan padat. Maka ia selalu dimainkan sebagai alat muzik utama untuk mengiringi opera yang bercorak rap di bahagian utara. | Sanxian Kecil Oleh kerana bunyi yang dihasilkannya sangat kuat, jelas dan lantang, maka, Sanxian kecil ini sering dimainkan sebagai alat muzik untuk mengiringi Opera Kunqu, Jiangnan Sizhu dan muzik Guangdong. |
Sanxian Sanxian ialah sejenis alat muzik petikan klasik yang dicipta pada zaman Dinasti Qin, iaitu dinasti pertama pada zaman feudal China. Mengikut ceritanya, seawal tahun 214 Sebelum Masihi, iaitu selepas Maharaja Qinshihuang menyatukan China, ramai rakyat jelata telah dikerahk untuk membina Tembok Besar. | Paixiao Kononya, seawal lebih 4,000 tahun yang lalu, manusia mendapati bahawa mensiang yang patah di tepi kolam boleh menghasilkan bunyi apabila ditiup angin. Maka, dengan berilhamkan fenomena alam tersebut, orang pada masa itu memotong mensiang, dan meniupnya ketika aktiviti berburu dilakukan. |
Bawu (2) Tentang asal usul alat muzik Bawu ini, terdapat sebuah cerita yang sangat menarik. Kononnya, pada zaman dahulu kala, di kawasan etnik Hani, ada seorang gadis jelita yang sangat pandai menyanyi. Pada setiap malam, penduduk di kawasan tersebut akan berkumpul di halaman rumah gadis itu untuk mendengar dia menyanyi. | Bawu (1) Bawu ialah sejenis alat muzik tiupan yang disukai oleh masyarakat etnik Hani, etnik Yi dan etnik Wa di bahagian barat daya China. Struktur Bawu sangat ringkas. Ia terdiri daripada paip buluh dan rid. |
Lusheng Lusheng, alat muzik tiupan klasik yang diperbuat daripada buluh ini, sudah mempunyai sejarah kira-kira 800 tahun. Alat muzik ini sangat popular dalam masyarakat etnik minoriti di bahagian selatan China, terutamanya masyarakat etnik Miao dan etnik Dong. | Suona (3) Suona juga dapat meniru bunyi burung. Muzik yang paling klasik yang dimainkan dengan alat muzik ini ialah "Bai Niao Chao Feng", atau "Penghormatan kepada Burung Phoenix". |
Suona (2) Bunyi yang dikeluarkan oleh Suona lantang dan jelas, sangat merdu didengar. Nada rendah yang dihasilkannya padat, garau dan penuh perasaan, manakala, nada sederhana yang dihasilkannya pula agak terang dan kuat. | Suona (1) Suona yang mempunyai sejarah lebih 700 tahun ini, merupakan alat muzik tiupan klasik yang berasal dari kawasan Parsi dan Arab pada zaman silam. Sejak dibawa masuk ke bahagian utara China pada abad ke-13, ia selalu dimainkan dalam pancaragam kerajaan dan opera rakyat. |
Jinghu Pada mulanya, pemegang Jinghu ini sangat pendek, dan kotak resonansnya juga sangat kecil. Disebabkan tali penggeseknya sangat lembut, ia digelar "Ruangongjinghu". "Ruan" bermakna "lembut", manakala "Gong" pula bermakna "tali penggesek" dalam bahasa Mandarin. | Gendang Pinggang Bentuk gendang pinggang sangat unik. Bahagian tengahnya besar sedikit berbanding dengan kedua-dua hujungnya. Di kedua-dua hujungnya dipasang dua gelung untuk disambung dengan tali. Ketika membuat persembahan, gendang itu diikat pada pinggang pemain. |
Gendang Gendang mempunyai sejarah kira-kira 3000 tahun. Pada zaman purba, ia bukan sahaja sering dimainkan dalam upacara pemujaan dan persembahan nyanyian dan tarian, malah juga digunakan untuk mengarahkan gerakan tentera, dan menghalau binatang buas. Ia juga dijadikan alat untuk memaklumkan masa dan mengeluarkan amaran. | Gong (2) Gong besar ini saiznya paling besar antara alat muzik jenis gong, dengan garis pusatnya antara 30 hingga 100 sentimeter. Bunyi yang dihasilkannya sangat kuat dan padat. Oleh itu, ia sering dimainkan dalam pancaragam besar untuk menyempurnakan bunyi dan menguatkan irama. |
Gong (1) Gong merupakan sejenis alat muzik pukulan klasik China yang selalu dimainkan dalam pancaragam. Ia bukan sahaja dimainkan sebagai alat untuk menghasilkan muzik iringan dalam persembahan opera serta nyanyian dan tarian, malah juga sering dimainkan dalam majlis sambutan perayaan serta aktiviti lumba perahu naga dam tarian singa. | Bianzhong Zenghouyi Pada zaman purba, Bianzhong yang khusus yang dimainkan oleh golongan atasan menjadi simbol kuasa dan pangkat. Dari permakaman diraja dan bangsawan yang ditemui di Provinsi Yunnan, Shanxi dan Hubei, banyak Bianzhong yang telah digali keluar. Antaranya yang paling berharga ialah Bianzhong Zenghouyi. |
Bianzhong Bianzhong atau "set loceng bersusun" dalam bahasa Melayu, merupakan alat muzik pukulan klasik China yang dicipta pada zaman Dinasti Shang, iaitu 3500 tahun yang lalu. Pada ketika itu, ia selalu dimainkan dalam upacara pemujaan di kuil atau dalam jamuan diraja. | Qing (2) Qing terbahagi kepada dua janis, iaitu Teqing dan Bianqing. Teqing selalu dimainkan dalam upacara maharaja memuja dewa langit dan bumi, serta nenek moyang mereka. Bianqing pula terdiri daripada beberapa Qing yang digantung bersama pada satu rak kayu. |
Qing (1) Pada zaman masyarakat nasab ibu, Qing dikenali sebagai "Shi" dan "Ming Qiu", atau "batu" dalam bahasa Melayu. Pada zaman itu, manusia mencari rezeki dengan berburu dan memancing ikan. Selepas pulang dari kerja, mereka akan menyamar sebagai pelbagai binatang liar, lalu mengetuk batu sambil menari. | Kouxian Kouxian, yang telah mula dimainkan seawal zaman masyarakat primitif, iaitu pada abad ke-40 sebelum masihi ini, merupakan alat muzik etnik minoriti yang mempunyai sejarah paling lama di China. Pada zaman itu, ia dikenali sebagai "Huang". Alat muzik ini terdiri daripada beberapa jenis. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |