Cari:
• Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Meihu
Meihu, yang juga dikenali sebagai Mei'e atau Mihu ini, ialah sejenis opera tempatan di provinsi Shaanxi yang terbentuk pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong Dinasti Qing. Opera ini juga sangat popular di beberapa kawasan di provinsi Shanxi, Henan, Hubei, Sichuan, Gansu dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia.
• Leyou
Leyou, yang juga dikenali sebagai Lelang ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Buyi dan etnik Miao yang tinggal di provinsi Guizhou di bahagian barat daya China. Ia sering dimainkan untuk meluahkan rasa cinta pada kekasih.
• Fangsheng
Fangsheng yang dicipta pada zaman Dinasti Qing (tahun 1644 hingga 1991 Masihi) ini, merupakan sejenis alat muzik jenis Sheng yang sangat popular di provinsi Henan di bahagian tengah China. Alat muzik ini mendapat nama yang sedemikian kerana embrionya berbentuk empat segi.
• Paisheng
Paisheng, alat muzik tiupan klasik etnik Dai ini, mempunyai sejarah agak lama. Ia sangat popular di beberapa buah provinsi di bahagian barat daya China. Bentuknya mirip Paixiao, yang terpilih menjadi lambang muzik kebangsaan China.
• Hulusheng
Hulusheng yang sudah bersejarah  kira-kira 2500 tahun ini, merupakan sejenis alat muzik tiupan klasik yang sangat popular dalam masyarakat etnik Yi di provinsi Yunnan, di bahagian barat daya China. Struktur Hulusheng hampir sama dengan Sheng, sejenis alat muzik tradisional bangsa Han.
• Dongba
Dongba, yang juga dikenali sebagai "Bike" ini, merupakan sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Jingpo yang tinggal di provinsi Yunnan, di bahagian barat daya China. Ia sering dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian ketika perayaan dan aktiviti hiburan diadakan.
• Jiemeixiao
Jiemeixiao, atau disebut "sister endblown flute" dalam bahasa Inggeris ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Buyi dan etnik Miao yang tinggal di provinsi Guizhou di bahagian barat daya China. Dalam bahasa Buyi, ia disebut "Lilewailian", manakala dalam bahasa Miao pula, ia disebut "Libu".
• Niujiaohu
Niujiaohu, yang juga dikenali sebagai Maweihu atau disebut "Zani" dalam bahasa Tibet ini, ialah sejenis alat muzik gesekan klasik yang sangat disukai oleh masyarakat etnik Tibet yang bertani dan menternak binatang di provinsi Qinghai.
• Niujiaoqin
Niujiaoqin ialah sejenis alat muzik bertali yang sangat popular dalam masyarakt etnik Tibet yang tinggal di Kaunti Maqu di bahagian selatan provinsi Gansu. Alat muzik ini mendapat nama yang sedemikian kerana pada asalnya, ia diperbuat daripada tanduk lembu liar.
• Hujia
Hujia, yang juga dikenali sebagai Chao'er atau Maodunchao'er ini, ialah sejenis alat muzik tiupan klasik yang sangat popular di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam serta kawasan Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.
• Qinqin
Qinqin, alat muzik petikan klasik yang bertali dua atau tiga ini, sangat pupolar dalam masyarakat etnik Han yang tinggal di provinsi Guangdong, bahagian selatan China. Ia selalu dimainkan dalam pancaragam etnik, atau sebagai alat muzik untuk mengiringi persembahan opera tempatan.
• Pipa Nanyin
Nanyin Pipa ini merupakan alat muzik jenis Pipa yang sangat popular di bahagian selatan provinsi Fujian serta kawasan Taiwan, China. Alat muzik ini mendapat nama yang sedemikian kerana ia merupakan alat muzik utama untuk mengiringi muzik Nanyin dari provinsi Fujian, yang digelar "fosil hidup" dalam muzik tradisional China.
• Tanbur
Tanbur, alat muzik petikan klasik dalam masyarakat etnik Uygur dan Uzbek yang tinggal di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China ini, mempunyai sejarah yang agak lama. Kononnya, seawal abad ke-14, sudah muncul seniman rakyat yang pandai memainkan alat muzik ini.
• Yu
Di China, terdapat peribahasa "Lan Yu Chong Shu", yang berasal daripada cerita tentang seorang lelaki yang tidak pandai langsung memainkan alat muzik Yu, berlagak sebagai salah seorang pemain dalam pancaragam diraja. Ini jelas menunjukkan betapa popularnya alat muzik Yu ini pada zaman purba China.
• Zhubanqin
Dengan bunyinya yang merdu dan penuh dengan perasaan, muzik yang dihasilkan oleh Zhubanqin ini membuatkan para pendengar seolah-olah mengecap air yang segar, jernih dan manis dari mata air pegunungan. Ia memang agak unik di dunia alat muzik etnik China.
• Mabu
Mabu ialah sejenis alat muzik tiupan yang berid, yang hanya terdapat dalam masyarakat etnik Yi di provinsi Yunnan dan Sichuan, di bahagian barat daya China. Dalam bahasa etnik Yi, "Ma" bermaksud "paip buluh", manakala "Bu" pula bermaksud "rid".
• Dongdi
Dongdi, atau juga dikenali sebagai "Jiege" dan "Jigesi" ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang hanya terdapat dalam masyarakat etnik Dong di bahagian selatan China. Bentuknya mirip Dongxiao, sejenis alat muzik tiupan tradisional China yang dicipta berasaskan Paixiao. Ia diperbuat daripada buluh.
• Awu
Awu, yang mempunyai sejarah kira-kira 7,000 tahun ini, merupakan alat muzik tiupan yang tertua dalam masyarakat etnik Yi yang tinggal di provinsi Yunnan, di bahagian barat daya China. Bentuknya mirip Xun, salah sebuah alat muzik tiupan yang paling tua di China.
• Kumuzi
Kumuzi merupakan alat muzik yang paling terkenal dalam masyarakat etnik Kirgiz. Terdapat satu pepatah di kalangan penduduk etnik Kirgiz yang menyebut, "Kumuzi akan menemani tuannya sepanjang umur".
• Zhamunie
Zhamunie, atau juga dikenali sebagai "Zhamunian", merupakan alat muzik petikan klasik dalam masyarakat etnik Tibet yang kebanyakannya tinggal di Wilayah Autonomi Tibet, serta provinsi Qinghai, Sichuan, Yunnan dan Gansu China. Dalam bahasa Tibet, "Zhamu" bermaksud "bunyi", manakala "Nian" bermaksud "merdu".
1 2 3 4 5 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China