Cari:
• Tianqin
Tianqin, yang juga dikenali sebagai Qin Harian atau Bing Ting ini, merupakan alat muzik petikan tradisional yang amat popular dalam masyarakat etnik Zhuang, yang kebanyakan mereka tinggal di kaunti Longzhou, bandar Chongzuo, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.
• Bilie
Bilie, atau juga dikenali sebagai "Bolie" ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang amat disukai oleh masyarakat etnik Zhuang yang tinggal di bahagian selatan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. Bentuknya mirip Suona, iaitu sejenis alat muzik tiupan klasik China yang berasal dari kawasan Parsi dan Arab pada zaman silam.
• Tudongxiao
Tudongxiao, yang juga dikenali dengan nama "Dilaonuo" ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Yi yang tinggal di provinsi Yunnan, bahagian barat daya China. Bentuknya mirip buah pear atau labu. Struktur dan prinsip bunyinya pula hampir sama dengan Xun.
• Gongqin
Gongqin yang sudah bersejarah lama ini, merupakan sejenis alat muzik petikan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Gaoshan di Taiwan China. Bentuknya mirip busur pemburu. Alat muzik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian busur dan tali.
• Huxitar
Huxitar, alat muzik petikan klasik etnik Uygur ini, mempunyai sejarah agak lama. Sebelum tahun 1970-an, alat muzik ini digelar "Aixitar". Nama yang ditransliterasikan dari bahasa Parsi itu bermaksud "lapan utas tali". Bagaimanapun, ketika itu, ia sudah lama pupus.
• Sataer
Seawal abad ke-14 hingga abad ke-15, alat muzik Sataer ini sudah wujud dalam masyarakat etnik Uygur. Dalam bahasa Parsi, "Sa" bermaksud "tiga", manakala "Taer" pula bermaksud "tali". Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa erti, "alat muzik yang bertali tiga".
• Zhuihu
Zhuihu, yang juga dikenali sebagai "Zhuiqin" atau "Zhuizi" ini, merupakan alat muzik bertali yang dihasilkan berasaskan Sanxian kecil. Alat muzik yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun ini, amat disukai oleh masyarakat di provinsi Henan, di bahagian tengah China. Ia sering dimainkan untuk mengiringi opera tempatan.
• Sibusi'e
Sibusi'e, yang juga dikenali sebagai Sibuzi'e dan Sibisi'e ini, ialah sejenis seruling yang sangat popular dalam masyarakat etnik Kazak yang kebanyakannya tinggal di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Sejarahnya dapat ditelusuri hingga ke abad ke-11.
• Tuliang
Orang etnik Jingpo menyatakan bahawa alat muzik Tuliang ini dicipta oleh nenek moyang mereka selepas mendapat ilham daripada dewa pujaan mereka, untuk meluahkan perasaan sedih dan rindu. Dengan bunyi yang rendah dan penuh perasaan sedih dan pilu, muzik yang dihasilkan olehnya cukup untuk menyentuh hati para pendengar.
• Tianluodi (Seruling Siput)
Tianluodi atau Seruling Siput yang mempunyai sejarah kira-kira 2,000 tahun ini, asalnya ialah sejenis mainan kanak-kanak dalam masyarakat etnik Zhuang di Kaunti Jingxi, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Melalui evolusi, ia terus berkembang menjadi sejenis alat muzik yang bunyinya padat dan bertenaga.
• Yingdi (Seruling Helang)
Yingdi atau "Seruling Helang" ini, merupakan alat muzik tiupan klasik dalam masyarakat etnik Tajik dan etnik Kirgiz, iaitu dua etnik minoriti daripada sepuluh etnik yang beragama Islam di China. Alat muzik ini mendapat nama "Seruling Helang" kerana ia diperbuat daripada tulang sayap burung helang.
• Sihu
Sihu atau "Hu yang bertali empat" ini, merupakan salah sebuah alat muzik jenis Hu yang bersejarah lama di China. Sebelum abad ke-18 lagi, ia sudah menjadi sangat popular dalam masyarakat etnik Han dan etnik Mongol di sebelah utara. Masyarakat etnik Han menggelarnya "Huqin" atau "Sixianhu", manakala orang etnik Mongol menggelarnya "Sixian", "Houle" atau "Huer".
• Zhonghu
Zhonghu ialah nama singkat kepada "Zhongyin Erhu" atau "Erhu yang bernada sederhana" ini. Ia merupakan sejenis alat muzik bertali yang dicipta berasaskan Erhu dan dihasilkan selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949.
• Zaikao
Zaikao juga merupakan sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar. Alat muzik ini diperbuat daripada tanah merah dan berbentuk bunga. Penggembala dan petani muda etnik Salar semasa bekerja di ladang, mereka suka bermain alat muzik ini semasa berehat.
• Kouxi
Kouxi merupakan sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar, khususnya di kalangan kaum wanita, yang tinggal di tebing Sungai Kuning di bahagian timur Provinsi Qinghai.
• Gaohu
Gaohu merupakan sejenis Erhu yang khusus untuk memainkan irama yang tinggi. Alat muzik ini sering dimainkan oleh orkes muzik tradisional China.
• Pi Pa
Pada Dinasti Tang, permainan Pi Pa berkembang dengan pesat. Dari istana ke tavern, bunyi alat muzik ini kedengaran di merata-rata tempat.
• Duxianqin
Duxianqin merupakan sejenis alat muzik klasik dalam masyarakat etnik Jing, di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, bahagian selatan China. Sejak abad ke-8, Duxianqin menjadi popular di negara-negara Asia Tenggara.
• Magu Hu
Magu Hu ialah alat muzik tradisional masyarakat etnik minoriti Zhuang. Alat muzik yang sudah bersejarah lebih 200 tahun ini, sangat popular di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di barat daya China. Dikisahkan secara turun-temurun bahawa pada masa dahulu kala, Raja Naga Laut suka makan sejenis kijang yang disebut "Jing" oleh rakyat etnik Zhuang.
• Guzheng
Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba. Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China