Persahabatan PLA, ATM Kukuh Menerusi Demonstrasi Pertempuran 2016-11-25 Eksesais Aman Youyi 2016, latihan ketenteraan bersama antara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki hari ketiga di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor, 24 November lalu. Eksesais yang dilaksanakan secara Staff Exercise (STAFFEX) dan Field Training Exercise (FTX) bermula pada 21 hingga 25 November itu membabitkan beberapa aktiviti penting, antaranya termasuk 'survival di hutan'. |
Eksesais PLA, ATM Perkasa Operasi Kemanusiaan 2016-11-23 Panglima Angkatan Tentera China, Jeneral Fang Fenghui dalam ucapannya pada majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi menyifatkan eksesais kali ini sebagai usaha melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, dan mekanisme penting bagi memperkasakan kerjasama dua hala dalam ketenteraan serta pendekatan utama untuk meningkatkan kemampuan bertempur. |
China Prihatin terhadap Situasi di Utara Myanmar 2016-11-21 Pertempuran sengit yang berlaku antara tentera kerajaan Myanmar dengan pemberontak etnik minoriti di kawasan bersempadan dengan China, Ahad lalu, memaksa sebahagian penduduk tempatan Myanmar melarikan diri ke provinsi Yunnan China. Beijing turut meluahkan rasa bimbang terhadap pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala beberapa lagi tercedera, di samping berharap agar pihak-pihak yang bertelagah supaya bertenang dan mengelak keadaan daripada menjadi lebih buruk serta kembali ke meja rundingan. |
14 MoU Termeterai China dan Malaysia 2016-11-02 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin lalu, menyaksikan pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Beijing berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan, selepas mempengerusikan rundingan rasmi dua hala bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam. |
Lawatan Najib Dijangka Buahkan Hasil Melimpah Ruah 2016-11-01 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan membawa matlamat mengukuhkan lagi hubungan akrab antara Malaysia dengan China yang sudah wujud sejak sekian lama, tiba di Beijing, Isnin lalu untuk memulakan lawatan rasmi enam hari yang dijangka membuahkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan pelaksanaan projek-projek ekonomi dan prasarana, bisnes dan eksport bernilai berbilion ringgit antara kedua-dua negara. |
Kunjungan Najib ke China Lonjak Hubungan Akrab 2016-10-31 Kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan tiba di Beijing, China hari ini untuk lawatan rasmi selama seminggu diyakini akan memperkukuh lagi jalinan diplomatik Malaysia dan China ke satu tahap yang lebih tinggi dalam meneruskan kesinambungan hubungan baik yang sudah wujud sejak sekian lama. |
Beijing, Manila Setuju Pulih Hubungan Secara Menyeluruh 2016-10-21 Beijing dan Manila bersetuju untuk menjernihkan dan memajukan hubungan dua hala secara menyeluruh, menangani isu Laut China Selatan secara baik melalui dialog, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjasama maritim. |
Hun Sen: Lawatan Xi Memperkasakan Perkongsian Strategik Kemboja-China 2016-10-13 Sempena Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah diwawancara oleh media China di Phnom Penh baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi kali ini akan memperkukuh persahabatan tradisional antara kedua-dua negara ini dan pasti akan menggalakkan perkongsian strategik Kemboja-China melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi. |
Pembangunan Mampan, Matlamat Bersama China dan ASEAN 2016-09-27 Simposium mengenai Pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, yang diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Vongthep Arthakaivalvatee, dan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Xu Haoliang, yang juga Ketua Pengarah Biro Kawasan Asia Pasifik Program Pembangunan PBB (UNDP). |
G20 Fokuskan Pertumbuhan Dipacu Inovasi 2016-09-02 Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal membuka tirainya di bandar Hangzhou di pesisir tenggara China, hujung minggu ini, dianggap berperanan penting dalam memecut pelaksanaan reformasi dan inovasi, meneroka dan memanfaatkan peluang baharu, mengoptimumkan pertumbuhan ekonomi global buat jangka sederhana dan panjang, serta membantu mengendalikan urusan ekonomi dunia dan sistem perdagangan global. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |