Cari:
• Kerjasama China-ASEAN Makin Matang 2016-09-01
Kementerian Luar China menyifatkan kehadiran Perdana Menteri Li Keqiang dalam beberapa sidang berprestij di rantau Asia yang bakal membuka tirainya di Laos, minggu depan, sebagai pemangkin kepada ikatan kerjasama antara China dengan ASEAN yang melangkah ke fasa lebih matang, sekali gus kesempatan baik bagi Beijing mengemukakan saranan yang boleh membantu memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak.
• CAECW Buka Tirai di Guiyang 2016-08-01
Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN (CAECW) ke-9 yang bertemakan "Utamakan Pendidikan, Bersama Ubah Impian Jadi Kenyataan" membuka tirainya di Guiyang, provinsi Guizhou di barat daya China, hari ini. CAECW ini dianggap sebagai aktiviti perdana dalam program Tahun Pertukaran Pendidikan China-ASEAN, dan juga merupakan komponen penting dalam aktiviti memperingati ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog antara China dengan ASEAN.
• Kesahihan Hak China terhadap "9GP" 2016-07-05
Beijing sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa negara ini menikmati kekebalan terhadap kedaulatan maritim di Laut China Selatan sejak zaman dahulukala susulan dakwaan ketua peguam Filipina, Paul Reichler yang representasi bagi kes timbang tara berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan bahawa tuntutan China terhadap perairan tersebut yang dikemukakan berasaskan "sembilan garis putus-putus (9GP)" akan dinafikan dalam keputusan muktamad yang bakal diumumkan Tribunal The Hague pada 12 Julai depan kerana tidak mempunyai asas undang-undang.
• Hubungan Manila-Beijing Diharap Kembali ke Landasan yang Sihat 2016-07-04
Kerajaan baharu Filipina pimpinan Rodrigo Duterte masih berpeluang untuk membetulkan kesilapan bekas Presiden Benigno Aquino III yang membawa kes timbang tara mengenai pertikaian wilayah di Laut China Selatan ke tribunal The Hague, yang diyakini memberi impak negatif terhadap hubungan Filipina-China malah situasi rantau, sebelum keputusan muktamad tribunal itu diumumkan pada 12 Julai depan.
• Pakar Asing, Penyokong Beijing Berhubung Isu Laut China Selatan 2016-06-10
Keazaman kerajaan China turut mendapat sahutan daripada pakar dan sarjana negara asing, yang mengatakan bahawa tindakan Filipina mengemukakan secara sepihak kes timbang tara antarabangsa berhubung wilayah bertelingkah di Laut China Selatan sebagai tidak bermanfaat sama sekali bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan, sebaliknya, perundingan adalah hala tuju yang betul, sepertimana yang dikehendaki pihak China.
• Filipina, Pencipta Pertikaian Wilayah Maritim di Laut China Selatan 2016-06-09
Bekas Setiausaha Agung Pusat Hal Ehwal Maritim di Kementerian Luar Filipina, Alberto Encomienda ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini menyatakan bahawa yang memuncakkan ketegangan di Laut China Selatan adalah pihak Filipina, bukanlah China yang sentiasa dituduh oleh media Barat sejak sekian lama.
• Suara China Lantang dalam Dialog Shangri-La 2016-06-06
Dialog Shangri-La ke-15 berakhir di Singapura semalam, dengan tercapainya kesepakatan antara rantau Asia Pasifik untuk mengatasi ancaman ancaman yang dibawa oleh keganasan dan masalah keselamatan siber di samping memperkasakan kerjasama demi manfaat bersama.
• Pihak Berkuasa Filipina Digesa Gantungkan Kes Timbang Tara Berkaitan Isu Laut China Selatan 2016-05-17
Sarjana veteran undang-undang laut yang juga mantan Menteri Kehakiman Filipina, Estelito Mendoza kerap kali mempersoalkan kes timbang tara berkaitan isu laut China Selatan yang dikemukakan oleh Filipina secara sepihak. Baru-baru ini, beliau menggesa pihak berkuasa Filipina menggantungkan prosedur kes ini demi memberikan peluang kepada kerajaan baharu untuk membuat keputusan.
• Catatan Sejarah Laut China Selatan Ke-10: Orang Gila Filipina- Thomas Coloma 2016-05-17
Thomas Coloma, warga Filipina yang dilahirkan pada 1904, menjalani kehidupan yang "tidak siuman" sepanjang hayat.
• Catatan Sejarah Laut China Selatan ke-10: Niat Filipina untuk Menduduki Pulau Huangyan 2016-05-17
Pada bulan Januari 1935, Jawatankuasa Pemeriksa Peta China memeriksa dan mengumumkan 132 pulau dan pantai, antaranya, Pulau Huangyan sebagai sebahagian Pulau Zhongsha yang disenaraikan dalam peta wilayah China.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China