Cari:
• Xi Jinping Komited Berkhidmat Untuk Rakyat
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC baharu, Xi Jinping bersama-sama enam pegawai yang turut dipilih sebagai anggota tetap Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC bertemu dengan wartawan dari dalam dan luar China. Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa kumpulan pemimpin baharu itu akan komited dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap bangsa, rakyat dan parti.
• Kumpulan Pemimpin Baharu Jawatankuasa Pusat PKC Dibentuk
Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang berakhir di Beijing semalam telah membentuk Jawatankuasa Pusat dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat PKC penggal baharu. Xi Jinping dilantik sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang baharu. Ini menandakan PKC yang bersejarah 91 tahun dan mempunyai lebih 82 juta anggotanya kini dipimpin oleh kumpulan pemimpin Jawatankuasa Pusat PKC yang baharu.
• China Junjung Dasar Luar yang Utamakan Kerjasama dan "Menang-menang"
Laporan itu menegaskan China menggalakkan penjalinan hubungan baharu yang stabil, sihat dan berpanjangan dengan kuasa besar, dan berusaha membangunkan negara sendiri sehingga limpahannya dapat dikongsi negara jiran. Laporan itu adalah jawapan yang baik terhadap perhatian pihak luar terhadap dasar luar China yang sedang mengalami perubahan pesat.
• Ekuiti Sosial Ditekankan dalam Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC
Mewujudkan sistem jaminan ekuiti sosial bagi membolehkan semua rakyat menikmati hak, peluang dan peraturan dengan adil antara usaha yang ditekankan dalam laporan Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China(PKC) baru-baru ini. Usaha tersebut diharap akan mewujudkan persekitaran sosial yang lebih adil dan saksama.
• Pembangunan Sosialisme yang Bercirikan China Bawa Makna Penting
Sempena Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing sekarang, tokoh pelbagai lapisan masyarakat dan pihak media negara-negara Asia Tenggara menganggap bahawa tekad China untuk terus menjunjung sistem sosialisme yang bercirikan China amat bererti bagi pembangunannya sendiri, pada masa yang sama juga akan melahirkan pengaruh yang besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia.
• Cara Pemikiran Politik China
China berhasrat untuk mengembangkan sistem politik berdasarkan sejarah dan budaya tradisi, bersesuaian dengan keadaan negara sendiri dan menonjolkan ciri-ciri China, di samping menyesuaikan diri dengan arus zaman dan mempelajari daripada kelebihan negara lain. Inilah yang dikatakan cara pemikiran politik China.
• Laporan Hu Jintao Mendapat Sambutan Rakyat
Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan pada 8 November lalu. Rakyat pelbagai tempat telah menonton dan mendengar laporan yang dibuat Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao dalam sidang tersebut.
• Kongres Ke-18 PKC Kemuka Gagasan dan Konsep Baharu
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Hu Jintao dalam upacara perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 PKC yang diadakan di Beijing semalam, membentangkan laporan yang menghuraikan pengalaman dan pencapaian PKC dalam pembangunan China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan.
• Media Asia Tenggara Giat Buat Liputan Kongres Kebangsaan PKC
Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Beijing semalam. Wartawan dari pelbagai negara Asia Tenggara bertungkus lumus membuat liputan perasmian kongres tersebut, khususnya laporan yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao
• PKC Tetap Tempuh Jalan Sosialisme yang Bercirikan China
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Hu Jintao dalam upacara perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 PKC yang diadakan di Beijing hari ini menegaskan bahawa PKC akan terus memimpin rakyat China untuk menempuh jalan sosialisme yang bercirikan China.
• Pemimpin Asia Tenggara Beri Tumpuan Kongres Kebangsaan PKC
Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Beijing pagi tadi. Pemimpin negara-negara Asia Tenggara terus-menerus mengucapkan tahniah atas perasmian kongres tersebut
• Ke Arah Kegemilangan Perjuangan Sosialisme yang Bercirikan China
Akhbar Renmin Ribao menerbitkan rencana untuk mengucapkan tahniah atas perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang dirasmikan hari ini .Rencana itu menyifatkan Kongres Kebangsaan PKC ini sebagai membuka lembaran baharu dalam perjuangan parti tersebut dan negara.
• Lima Tumpuan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC
Lebih 2,000 orang wakil dari seluruh China telah tiba di Beijing untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang akan dirasmikan esok. Lima aspek dalam kongres tersebut menjadi tumpuan rakyat China dan masyarakat antarabangsa.
• Memahami PKC Kunci Mengenali China
Beijing kini menjadi tumpuan seluruh dunia menjelang Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (PKC) ke-18 yang bakal diadakan pada 8 November ini. Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, PKC sentiasa bersikap terbuka dan menjalinkan hubungan dengan lebih 600 buah parti dan pertubuhan politik daripada lebih 160 buah negara.
• Penyertaan Kedua Perwakilan Muda dalam Kongres Kebangsaan PKC
Golongan muda China yang lahir pada tahun 1980-an merupakan generasi yang lahir selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Mereka mendewasa seiring dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi dan transformasi sosial. Meskipun golongan tersebut dibesarkan dalam suasana yang bahagia, namun pada masa yang sama, mereka terpaksa menanggung tekanan yang besar.
• Wakil Golongan Bawah dalam Kongres Kebangsaan ke-18 PKC
Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (CPC) akan diadakan di Beijing pada 8 November nanti. Sebanyak 26 orang wakil pekerja migran akan pertama kali menyertai persidangan kongres tertinggi CPC untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan terhadap dasar penting parti.
• Laos Tumpukan Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC
Sempena Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC), Naib Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Savankhone Lasamoundi ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa Laos amat memberikan perhatian kepada panduan dan dasar yang akan dibentangkan dalam kongres tersebut dan yakin pemimpin baharu China dapat membimbing negara dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam komuniti antarabangsa.
• Kongres Kebangsaan CPC Ke-18 Membantu Dunia Memahami China
Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) Ke-18 yang bakal diadakan pada 8 November nanti menjadi tumpuan perhatian masyarakat antarabangsa. Perkhidmatan pusat penerangan berkenaan akan dimulakan esok.
• Kongres Kebangsaan Parti Komunis China Jadi Tumpuan Dunia
Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (CCP) yang bakal diadakan pada 8 November nanti menjadi tumpuan perhatian masyarakat antarabangsa. Malah, menurut media Singapura, persidangan itu setanding dengan pilihan raya Presiden AS yang dianggap sebagai peristiwa penting di dunia pada tahun 2012.
• BN Sanjung Tinggi Manifesto dan Keupayaan Pentadbiran CPC
Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (CPC) yang akan diadakan di Beijing pada 8 November nanti telah menarik perhatian parti pelbagai negara dan media antarabangsa. Pemimpin-pemimpin gabungan parti pemerintah Malaysia, iaitu Barisan Nasional (BN) ketika diwawancara oleh wartawan CRI berpendapat bahawa kejayaan pimpinan CPC diperlihatkan melalui percapaian besar dalam pembangunan sosioekonomi negara itu dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
• Presiden MCA Ucap Tahniah atas Pencapaian PKC
Parti Komunis China (PKC) mencapai kejayaan yang amat besar dalam bidang pembangunan negara, pengurangan kadar kemiskinan dan pembinaan infrastruktur. China membangun dengan pesat di bawah kepimpiman parti tersebut.
• Hubungan PKC-UMNO Kekal Kukuh
Hubungan persahabatan antara Parti Komunis China (PKC) dengan UMNO terus berkembang sejak dijalinkan pada tahun 1974. Kedua-dua parti saling mempelajari dan saling membantu dalam isu parti dan berkongsi pengalaman dalam bidang tadbir urus negara.
• Hubungan Parti Komunis China dengan Dunia Luar dalam Tempoh Sedekad
Baru-baru ini, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Jiarui menerima temu ramah wartawan menjelang Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China yang bakal diadakan di Beijing pada 8 November. Menurut beliau, kedudukan China di arena antarabangsa terus meningkat dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Di samping itu, Parti Komunis China juga telah menyaksikan prestasinya yang semakin tinggi di dunia.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China