China ABC

Jabatan Peguam

 

Jabatan peguam merupakan badan penyeliaan perundangan negara. Jabatan peguam menyelesaikan tugas melalui penyeliaan guam. Ia menjalankan hak guam terhadap kes pendurhakaan negara, kes pemecahbelahan negara dan kes jenayah yang besar, mengadakan pemereksaan terhadap kes pengintipan badan keselamatan awam dan memutuskan apakah ditangkap, didakwa atau bebas dari dakwaan, mengemukakan wakwaan dan menyokong dakwaan atas kes jenayah dan mengadakan penyeliaan terhadap aktiviti apakah sah dari jabatan keselamatan awam, mahkamah rakyat serta penjara, lokap dan badan pendidikan semula melalui kerja berat.

 

Sama seperti mahkamah rakyat menjalankan hak perbicaraan secara bebas, jabatan peguam menjalankan hak guam secara bebas dan tidak terpengaruh oleh badan pentadbiran, pertubuhan masyarakat dan orang perseorangan berdasarkan undang-undang, dan sesiapa warga adalah sama rata yang sesuai di sisi undang-undang. Negara menubuhkan Jabatan Peguam Negara dan ditubuhkan jabatan peguam pelbagai peringkat tempatan, jabatan peguam tentera dan jabatan peguam khusus. Jabatan peguam China terbahagi dalam 4 peringkat iaitu jabatan peguam basis, tengah, tinggi dan negara. Jabatan peguam tinggi merupakan jabatan peguam negara, bagi pihak negara menjalankan secara bebas hak guam dan pekerjanya memikul tanggungjawab secara langsung kepada kongres rakyat kebangsaan. Tugas utama ialah memimpin jabatan peguam pelbagai peringkat tempatan dan jabatan peguam khusus menjalankan penyeliaan di sisi undang-undang, dan menjamin kesatuan dan pengamalan tepat undang-undang negara.