China ABC

Mahkamah Rakyat

 

Mahkamah rakyat merupakan badan perbicaraan negara. Negara menubuhkan mahkamah rakyat tertinggi, mahkamah rakyat tinggi ditubuhkan di pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan bandar dibawah pentadbiran kerajaan pusat, selain itu juga ditubuhkan mahkamah rakyat sederhana dan mahkamah rakyat basis. Mahkamah rakyat tertinggi merupakan badan perbicaraan tertinggi negara dan menjalankan hak perbicaraan secara bebas, sementera itu juga merupakan badan penyeliaan tertinggi terhadap kerja mahkamah rakyat pelbagai peringkat tempatan dan mahkamah rakyat khusus. Mahkamah rakyat tertinggi bertanggungjawab kepada kongres rakyat kebangsaan dan jawatankuasa tetapnya serta membuat laporan kerjanya. Pelantikan presiden dan naib-naib presiden mahkamah rakyat tertinggi serta pelantikan anggota-anggota suruhanjaya perbicaraan mahkamah rakyat tertinggi diputuskan oleh kongres rakyat kebangsaan.

 

Fungsi mahkamah rakyat tertinggi ialah bertanggungjawab terhadap kes-kes rayuan dan bantahan atas keputusan yang diambil oleh mahkamah tempatan serta mengadakan perbicaraan terhadap kes bantahan yang dikemukakan oleh jabatan peguam negara berdasarkan prosedur perbicaraan dan penyeliaan, mengesahkan hukuman mati, seandainya mendapati keputusan bersalah terhadap kes, maka berhak mengemukakan perbicaraan atau menyuruh mahkamah bawahannya mengadakan sekali lagi perbicaraan terhadap keputusan yang telah dikuatkuasakan oleh mahkamah rakyat pelbagai peringkat, bersesuaian seumpama tersebut, mempunyai hak pengesahan terhadap jenayah yang tidak termaktub dalam pasal tentang undang-undang jenayah, membuat penjelasan tentang bagaimana menggunakan secara konkrit undang-undangnya dalam perbicaraan dan lain-lain.