China ABC

Keadaan Umum Diplomasi China

 

Penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949 menjadikan China memasuki fasa baru dalam bidang hubungan diplomatik.

 

Dari tahun 1049 sehingga penghujung tahun 1950an, China telah menjalinkan hubungan diplomatik dan mengembangkan hubungan kerjesama persahabatan dengan bekas Soviet Union dan pelbagai negara sosialisme. Selepas Sidang Asia-Afrika yang diadakan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955, sejumlah negara Asia dan Afrika telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Sehingga tahun 1956, sebanyak 25 buah negara telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

 

Dari penghujung tahun 1950an sampai penghujung tahun 1960an, China berturut-turut menandatangani perjanjian persahabatan dan perjanjian kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Guinea, Ghana, Mali, Kongo, Tanzania dan negara-negara lain dan menyokong perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh Angola, Guinea-Bissau, Mozambique, Zimbabwe dan Namibia untuk mencapai kemerdekaan dan perjuangan yang dilancarkan oleh rakyat Afrika Selatan untuk menentang rasisme orang kulit putih. China berturut-turut telah menyelesaikan masalah sempadan tinggalan sejarah dengan Myanmar, Nepal, Mongolia dan Afghanistan dan telah memeterai perjanjian sempadan dengan negara-negara tersebut. China telah menandatangani perjanjian sempadan dengan Pakistan dan telah menyelesaikan masalah dwikewarganegaraan tentang perantau China dengan Indonesia. Sampai tahun 1969, sebanyak 50 buah negara telah menjalin hubungan diplomatik dengan China.

 

Bulan Oktober tahun 1971 merupakan peralihan penting dalam urusan diplomatik China baru. Pada masa itu, dengan sokongan banyak negara membangun, Perhimpunan Agung PBB ke-26 dengan kebanyakan undi setuju telah meluluskan resolusi 2758 untuk memulihkan hak sah Republik Rakyat China di PBB dan segera mengusir wakil Parti Kuomintang daripada PBB dan segala cawangannya. Semanjak itu, China telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara barat.

 

Dari penghujung tahun 1970an sampai penghujung tahun 1980an, dengan bimbingan fikiran diplomatik Deng Xiaoping, China telah mengembangkan hubungan normal dengan Ameriak Syarikat, Jepun dan Eropah barat dan telah memperbaiki hubungan dengan bekas Soviet Union dan mengembangkan secara penyeluruh hubungan dengan negara dunia ke-3 serta memperbaiki dan mengembangkan hubungan dengan negara jiran dan negara-negara membangun lain. Demi menyelesaikan masalah Hong Kong dan Makau, China telah mengadakan rundingan dengan Britain dan Portugal dan secara berasingan menandatangani kenyataan bersama dengan kedua-dua negara tersebut pada disember 1984 dan April 1987, memastikan kerajaan Republik Rakyat China secara berasingan memulihkan kedaulatan terhadap Hong Kong dan Makau pada 1 Julai 1997 dan 20 Disember 1999.

 

Semenjak tahun 1990an, pucuk pimpinan generasi ke-3 China yang dipimpin oleh Jiang Zemin mewarisi dan mengembangkan fikiran diplomatik Deng Xiaoping dan dasar luar perdamaian telah mengembangkan hubungan kerjasama persahabatan dengan pelbagai negara di dunia berdasarkan 5 prinsip hidup bersama secara damai dan bersama-sama dengan negara tersebut mendorong penubuhan order politik dan ekonomi antarabangsa yang baru. China berturutu-turut memulihkan hubungan diplomatik dengan Indonesia, menjalinkan hubungan diplomatik dengan Singapura dan Brunei Darussalam dan mewujudkan penormalan hubungan dengan Vietnam dan Mongolia.

 

Pada tahun 1996, Pengerusi Jiang Zemin melawat 3 negara Asia selatan dan menetapkan menerusi perbincangan bahawa China dan India menjalinkan hubungan rakan membina yang menghadapi abad ke-21, China dan Pakistan menjalinkan hubungan rakan kerjasama menyeluruh yang menghadapi abad ke-21, China dan Nepal menjalinkan hubungan rakan jiran baik persahabatan. China dengan aktif mengembangkan hubungan dengan negara-negara Asia, Afrika, Amerika Latin, Eropah timur dan tengah. Hubungan China dengan negarapnegara Afrika di sebelah selatan Sahara diperkokoh dan ditingkatkan. Hubungan China dengan negara-negara Amerika Latin ditingkatkan berterusan. 19 buah negara Amerika Latin telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan sejumlah negara yang masih belum menjalinkan hubungan diplomatik dengan China sedang mempertimbangkan mengembangkan hubungan dengan China.

 

Tanda abad baru ialah dunia menjadi pelbagai pola dan globolisasi ekonomi berkembang terus. China merupakan negara membangun yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Pembangunan China memerlukan dunia dan pembangunan dunia juga memerlukan China. China dengan tulus ikhlas berharap meningkatkan kerjasama dan berkembang bersama dengan semua negara dan kawasan di dunia berdasarkan 5 prinsip hidup bersama secara damai.