China ABC

Kalendar 24 Musim

Kalendar 24 Musim merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Sistem kalendar tersebut merupakan hasil kajian rakyat China melalui cerapan cakerawala dan pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi. Sistem kalendar itu menjadi alat yang sangat berguna bagi petani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

 

Berdasarkan catatan sejarah, pada zaman Dinasti Han Barat (tahun 206 SM - 25 M), orang China telah menghasilkan Kalendar 24 Musim. Rakyat China pada zaman purba juga telah mencipta lagu 24 Musim dan sajak 24 Musim supaya orang ramai lebih mudah mengingati sistem kalendar itu.