China ABC

Salji Besar

Penggal Salji Besar merupakan penggal ke-21 dalam Kalendar 24 Musim selepas Salji Kecil. Biasanya penggal ini jatuh pada 7 atau 8 Disember setiap tahun. Daripada nama penggal itu, kita tahu bahawa Salji Besar biasanya dikaitkan dengan fenomena cuaca, seperti Salji Kecil dan Hujan. Salji Besar bukan bermaksud salji turun lebat. Sebenarnya ia menunjukkan cuaca semakin sejuk dan kemungkinan salji turun semakin banyak selepas penggal ini.

 

Semasa penggal Salji Besar, suhu udara di kebanyakan kawasan di China menurun di bawah 0. Di China terdapat satu pepatah yang berbunyi salji turun menandakan penuaian makmur. Salji yang tebal membantu memelihara haba tanah dan tanaman yang hidup pada musim sejuk. Pencairan salji pula meningkatkan simpanan air dalam tanah supaya memenuhi keperluan pertumbuhan tanaman pada bagi bunga. Selain itu, pencairan salji kaya dengan zat pelemas, iaitu lima kali ganda daripada air tawar.

 

Semasa penggal Salji Besar, kecuali provinsi Guangdong, wilayah Guangxi, provinsi Hainan dan selatan provinsi Yunnan, iaitu kawasan tanpa musim sejuk, tempat yang lain sudah memasuki musim sejuk. Suhu udara di kawasan timur laut dan barat laut menurun kepada -10. Kawasan aliran Sungai Kuning dan kawasan utara China kekal kepada di bawah 0. Pada tahun yang iklimnya biasa, salji turun di kawasan aliran Sungai Kuning dan sebelah utaranya semasa penggal ini. Proses pertumbuhan gandum musim sejuk telah berhenti, namun gandum masih tumbuh di kawasan Delta Sungai Yangtze.

 

Semasa penggal Salji Besar, penduduk China suka membuat daging asin dan diasapi serta makan daging kambing untuk menahan kesejukan dan meningkatkan daya tahan tubuh.