Cari:
• Lawatan PM Li ke Asia Tenggara Perlihatkan Keikhlasan China 2013-10-18

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengakhiri lawatannya ke Asia Tenggara baru-baru ini. Pakar dan sarjana yang berkenaan memuji lawatan beliau kali ini sebagai memperlihatkan keikhlasan dan usaha yang pragmatik oleh China.

• Lawatan PM China Jadi Tumpuan Media Asia Tenggara 2013-10-16
Perdana Menteri China, Li Keqiang selamat kembali ke Beijing semalam setelah menghadiri persidangan kemuncak Asia Timur dan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei, Thailand dan Vietnam. Lawatan beliau ini menjadi tumpuan media Asia Tengara.
• Cadangan Tingkatkan Pertukaran dan Kerjasama Keselamatan China-ASEAN Amat Bermakna 2013-10-15
Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 di Brunei Darussalam pada 9 Oktober yang lalu, telah mengemukakan cadangan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang keselamatan, termasuk terus menyempurnakan mekanisme Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan China-ASEAN, mengadakan dialog mengenai isu keselamatan serantau secara tetap serta mengintensifkan kerjasama dalam bidang keselamatan bukan tradisional.
• Perjanjian Persahabatan Berjiran dan Kerjasama Galak Hubungan China-ASEAN 2013-10-14
Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengemukakan cadangan untuk membincangkan pemeteraian Perjanjian Persahabatan Berjiran dan Kerjasama China-ASEAN ketika menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-16 di Brunei baru-baru ini. Cadangan tersebut turut mendapat perhatian umum.
• Kerjasama China-Vietnam Capai Kemajuan Penting 2013-10-14
Perdana Menteri China, Li Keqiang yang dalam rangka lawatan ke Vietnam mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari negara itu, Nguyen Tan Dung di Hanoi semalam. Kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan tiga kumpulan kerja termasuk kumpulan perunding pembangunan bersama marin bagi memperhebat kerjasama dalam bidang maritim, pesisir dan kewangan.
• PM China Usulkan "Rangka Kerjasama 2+7" 2013-10-12
Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 di Brunei telah membentangkan dasar China untuk mengembangkan hubungan dengan ASEAN dalam tempoh 10 tahun akan datang. Beliau mengusulkan "Rangka Kerjasama 2+7" yang mendapat tumpuan ramai. Antara kandungan usul itu termasuk dua persepakatan dan kerjasama dalam tujuh bidang.
• Cadangan Li Keqiang Dapat Pujian Tinggi 2013-10-11
Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyampaikan ucapan ketika menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-16 di Bandar Seri Begawan, Brunei petang kelmarin. Para pegawai kerajaan, ahli politik, sarjana dan wakil media dari negara-negara ASEAN menyatakan bahawa cadangan Li mengenai tindakan China untuk terus memantapkan kerjasama dengan ASEAN dalam tempoh 10 tahun akan datang pasti akan menggalakkan hubungan kerjasama dan jiran bersahabat antara kedua-dua pihak.
• PM Li Lakar Kerjasama China-ASEAN 2013-10-10
Perdana Menteri China, Li Keqiang yang menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 di Bandar Seri Begawan, Brunei petang semalam, telah mengemukakan rangka "2+7" bagi kerjasama China-ASEAN pada masa depan.
• ASEAN Hargai Cadangan China bagi Tingkatkan Hubungan Bilateral 2013-10-10
Dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 yang diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam semalam, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah membentangkan dasar luar kerajaan penggal baharu China untuk terus meningkatkan hubungan dengan ASEAN dan mengemukakan cadangan berkaitan rangka kerjasama China-ASEAN pada masa depan
• PM Li Keqiang Lawat Tiga Negara Asia Tenggara 2013-10-09
Perdana Menteri China, Li Keqiang bertolak ke Brunei Darussalam untuk menghadiri Persidangan Pemimpin Asia Timur hari ini. Selepas itu, beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei, Thailand dan Vietnam. Ini merupakan kali pertama beliau menghadiri persidangan tersebut sebagai Perdana Menteri. 
• "Dekad Keemasan" Hubungan China-ASEAN 2013-10-09
Hubungan antara China dengan ASEAN berkembang pesat dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Tempoh itu merupakan "dekad keemasan" bagi kedua-dua pihak.
• Lawatan PM Li Untuk Lakar Kerjasama China-ASEAN 2013-10-08
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri persidangan pemimpin Asia Timur dan membuat lawatan rasmi ke Brunei Darussalam, Thailand dan Vietnam pada 9 hingga 15 Oktober nanti.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China