Cari:
v Ekonomi Indonesia Kekalkan Trend Perkembangan yang Positif 2011-10-25
Indonesia berjaya mengekalkan trend perkembangan ekonomi yang baik pada tahun ini, di samping mencapai hasil yang amat memuaskan dalam usaha menggalakkan pengambilan pekerja, menarik pelaburan asing, menerajui sektor pembuatan dan memperkemaskan pasaran kewangan.
v Produk ASEAN Dialu-alukan di Pasaran China 2011-10-25
Para pedagang dari negara ASEAN dalam Ekspo China-ASEAN ke-8 berpuas hati kerana produk mereka sama ada perabot kayu merah yang bernilai tinggi mahupun barangan perhiasan dan makanan ringan yang harga murah, mendapat sambutan hangat penduduk China.
v Ekspo China-ASEAN Sediakan Wadah Kerjasama Baharu 2011-10-20
Ekspo China-ASEAN yang dianjurkan bersama oleh badan perdagangan kedua-dua pihak serta Sekretariat ASEAN menyediakan wadah baharu untuk memperluas kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Encik Zheng Junjian baru-baru ini.
v Brunei-China Perluaskan Kerjasama Kebudayaan dan Sukan 2011-10-19
Memorandum Persefahaman, MOU antara Brunei dan China dalam bidang kebudayaan, belia dan Sukan amat signifikan kepada hubungan rapat antara kedua-dua negara. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam, Pehin Hazair Abdullah berkata, lebih memberangsangkan apabila mendapat jaminan daripada kerajaan China untuk melatih para athletnya bagi menggilapkan masa depan yang cerah dalam bidang kesukanan.
v Pertikaian Laut China Selatan Harus Diselesaikan Melalui Rundingan 2011-10-18
Forum Laut China Selatan yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Carlos P. Romulo untuk Perdamaian dan Pembangunan, Filipina dan Institut Kajian Asia Tenggara, Singapura telah ditutup di Manila, Filipina pada 17 Oktober lalu. Lebih 20 mantan pegawai kerajaan dan cendekiawan dari ASEAN, China, Australia, India, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menyampaikan ucapannya dalam forum kali ini.
v ASEAN dan India Bersedia Eratkan Hubungan 2011-10-17
Lawatan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang dan Presiden Myanmar, U Thein Sein ke India baru-baru ini telah menarik perhatian pelbagai pihak. Menurut media Barat, India sedang mempercepatkan proses untuk mempererat hubungan dengan ASEAN, manakala, ASEAN juga bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan India pada masa depan.
v Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Meningkat Sejak Penjalinan Hubungan Dialog 20 Tahun Lalu 2011-10-12
Kerjasama pendidikan antara China dengan negara-negara anggota ASEAN semakin meningkat sejak penjalinan hubungan dialog China-ASEAN pada 20 tahun lalu. Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China yang terletak berdekatan dengan negara-negara ASEAN menjadi destinasi yang popular kepada pelajar negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pelajaran.
v Banjir Jejaskan Ekonomi Thailand 2011-10-11
Banjir yang berterusan telah melanda kawasan utara dan tengah Thailand selama lebih dua bulan. Setakat ini, bencana tersebut menjadi lebih serius, sementara kematian ekoran banjir turut meningkat. Selain itu, banjir tersebut juga menjejaskan ekonomi Thailand.
v Indonesia Kekurangan Beras 2011-10-07
Pihak berkuasa Thailand baru-baru ini mengumumkan untuk membatalkan memorandum persefahaman untuk mengeksport beras seberat 300 ribu tan kepada Indonesia. Langkah tersebut disebabkan harga jual beras itu lebih rendah berbanding dengan harga beli yang dijanji oleh kerajaan Thailand kepada kaum tani domestiknya.
v Thailand Tangani Bencana Banjir 2011-10-06
Kawasan tengah dan utara Thailand dilanda bencana banjir yang terburuk dalam tempoh lebih 10 tahun yang lalu akibat hujan lebat yang menurun secara berturut-turut. Daripada 76 wilayah di negara itu, sebanyak 23 wilayah teruk dilanda banjir dan kehidupan 1.8 juta orang penduduk terjejas.
v Eksport ASEAN Tidak Lagi Bergantung Kepada AS 2011-09-30
Kemerosotan ekonomi AS memberikan impak negatif kepada ekonomi Asia Tenggara. Namun sistem ekonomi di kawasan ini sudah ditingkatkan berikutan krisis kewangan pada tahun 1997 dan 2008. Struktur perdagangannya menjadi lebih seimbang, pelaburan ekonomi dan perdagangan di kawasan ini berkembang secara positif dan pelaburan dari luar negara terus meningkat.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China