Cari:
• Nelawati: Catatan Lawatan Hari Ke-3 di Jincheng--Pembangunan Jincheng Umpama Kebangkitan Sang Naga 2013-07-11
Hari ketiga ini bermula dengan iringan hujan lebat yang turun sejak malam tadi. Kami meninggalkan Hotel Chancellor Manor kira-kira pukul 8.30 pagi menuju ke kaunti Qinshui yang terletak kira-kira satu jam dari kaunti Yancheng. Hujan yang turun mendinginkan suasana selepas dua hari mengharungi panas terik di bumi Jincheng ini.
• Nelawati: Catatan Lawatan Hari Kedua di Jincheng-- Kota Hijau dalam kemodenan 2013-07-10
Negara China kaya dengan peninggalan sejarah, memiliki 38 buah tapak warisan dunia UNESCO, iaitu yang terbanyak di dunia. Tamadun China bermula sejak 5000 tahun dahulu. Oleh itu tidak hairanlah setiap provinsi atau bandar memiliki tapak tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan pelancong.
• Nelawati: Catatan Lawatan Hari Pertama di Jincheng--Jatuh Cinta Pandang Pertama 2013-07-09
Kali pertama mendengar nama kota ini, saya benar-benar terkedu. Jincheng? Tak pernah sekali pun saya mendengar namanya. Sebesar apakah kota ini? Cantikkah? Apakah yang menarik di kota ini? Saya cuba mencari maklumat bandar ini melalui internet namun apa yang saya temui tidak cukup untuk memenuhi rasa ingin tahu saya.
• Farah: Catatan Perjalanan Hari Kelima -- Nanjing, bandar lama yang memiliki banyak tarikan baharu 2013-07-06
Malam tadi kami semua ucapkan selamat tinggal kepada puan Ling Yan, pegawai Pejabat Seranta Jawatankuasa Pentadbiran SIP yang telah banyak membantu menguruskan perjalanan kami di Suzhou. Pada awal pagi ini, kami pun bertolak ke bandar Nanjing dengan menaiki van. Perjalanannya memakan masa lebih tiga jam. Boleh tahan lama juga ya?
• Farah: Catatan Perjalanan Hari Keempat di Suzhou 2013-07-05
Hari ini ialah hari keempat dan terakhir kami melawat ke Taman Perindustrian Suzhou (SIP) dan bandar Suzhou. Cuaca hari ini cerah, cukup baik untuk kami sebab hari ini macam biasa jadual kami padat dengan bermacam-macam lawatan. Untuk lebih memahami SIP, mula-mula kami dibawa bertemu dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran, encik Yang Jianzhong.  
• Farah: Catatan Perjalanan Hari Ketiga di Suzhou -- SIP Memang 'Bandar Yang Menakjubkan' 2013-07-04
Hari ini hari ketiga kami melawat ke Taman Perindustrian Suzhou (SIP). Kalau semalam kami dibawa melawat ke muzium, galeri dan universiti, hari ini lawatan kami berfokus pula kepada syarikat berteknologi tinggi dan peranan beberapa biro bawah Jawatankuasa Pentadbiran SIP. Mula-mula, kami mengunjungi kawasan "BioBAY", iaitu pusat bagi syarikat-syarikat inovatif di SIP.
• Farah: Catatan Lawatan Hari Pertama ke Suzhou--Terpegun dengan kemodenan SIP 2013-07-03
Kami memulakan hari kedua di Suzhou ini dengan lawatan ke Pusat Budaya dan Seni Suzhou pada waktu awal pagi. Memang awal, sebab waktu kami tiba di bangunan yang serba moden itu, masih belum ada pengunjung yang lain. Suasana di pusat ini cukup baik. Luarannya mengingatkan saya kepada Stadium Olimpik "Sarang Burung" di Beijing.
• Farah: Catatan Perjalanan ke Suzhou Hari Pertama 2013-07-02
Minggu lalu apabila diberitahu saya akan menyertai rombongan wartawan ke bandar Suzhou, saya berasa cukup teruja. Pada tahun 2009, saya pernah melawat ke bandar Suzhou, tetapi tidak dapat singgah lama-lama di sana kerana bandar Suzhou cumalah salah satu tempat persinggahan dalam perjalanan kami yang melawat ke Shanghai, Hangzhou dan Suzhou.
• Farah:Catatan untuk lawatan "Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China" 2013-07-01
Pada 26 Jun lalu, rombongan yang disertai hampir 50 orang wartawan dan staf CRI telah melawat ke Dewan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC). Antara yang mengikuti rombongan ini termasuklah staf dari bahagian bahasa Melayu, Indonesia, Kemboja dan lain-lain.
• Nelawati: Kehidupan Santai di Kampung Xidi 2013-03-24
Kembara kami sudah hampir sampai ke penghujung. Sebelum ke daerah Huangshan, rombongan kami singgah di Kampung Xidi, di kaunti Yi. Kampung ini mendapat namanya berdasarkan batu hitam yang banyak terdapat di bukit yang melingkungi bukit ini. Ketibaan rombongan kami disambut oleh bunga-bunga sesawi yang menguning.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China