Kesempatan menyertai lawatan media ke studio pembuatan teko dan Pusat Warisan Budaya Bukan Benda Shantou ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, tidak akan disia-siakan begitu sahaja. |
Rupa-rupanya nun di bahagian paling timur provinsi Guangdong tersimpan khazanah negara yang amat berharga. Dalam keadaan daerahnya yang begitu tenang dan senyap, siapalah yang menyangka "kekayaan dan kekuatan" Chaozhou tidak pun kurang berbanding dengan kawasan-kawasan lain, bak kata pepatah Melayu, diam-diam ubi berisi. |
Teh adalah anugerah alam yang sangat bernilai dan menikmatinya dengan ditemani alam merupakan pengalaman yang sukar digambarkan dengan bait kata-kata. Khasiat teh memang tidak perlu diperdebatkan dengan panjang lebar, namun khasiat sahaja mungkin tidak cukup lengkap untuk menjamin sistem tubuh badan berfungsi dengan sempurna dan akal fikiran bertindak seiring dengan kewarasan |
Biasanya, kalau menyebut tentang Guangzhou pasti tidak dapat lari daripada aktiviti membeli-belah. Bermacam-macam cerita sering didengar tentang keseronokan ketika membeli-belah di sana. Namun, setelah perut mula "berkeroncong" |
Pada 7 Mei lalu telah berlangsungnya pameran lukisan anjuran Kedutaan Malaysia di Beijing yang bertemakan, "Melaka: Di sini Bermulanya Persahabatan, Memperkasakan Kesalinghubungan Laluan Sutera Maritim". Pameran lukisan tersebut mempamerkan kira-kira 48 buah lukisan hasil interpretasi 13 pelukis hebat Malaysia dari perspektif budaya dan hubungan diplomatik Malaysia-China dahulu dan kini. |
Pada 25 April yang lalu telah berlangsungnya Malam Tautan Kasih di Bumi China anjuran Education Malaysia Beijing (EMB), Kedutaan Malaysia di Bejing. Malam tersebut adalah untuk meraikan kira-kira 58 orang murid Tahun 5 dari 32 buah sekolah rendah di negeri Johor Bahru yang menyertai Program "Immersion" Pengantarabangsaan ke Beijing yang diadakan pada 22 hingga 27 April lalu. |
Apabila dimaklumkan akan mengunjungi Festival Layang-layang Antarabangsa Beijing 2016, secara tiba-tiba fikiran saya melayang ketika berada di tapak Festival Layang-layang Pasir Gudang kira-kira 13 tahun yang lalu. Pada ketika itu, pertama kali akan menyaksikan festival layang-layang yang turut disertai peserta dari luar negara. Dalam fikiran timbul pelbagai persoalan tentang festival tersebut kerana yang biasa dilihat hanya layang-layang yang bermain di halaman rumah dan dimainkan oleh orang Malaysia sahaja. |
Kini, hari yang dinanti-nantikan pun menjelang tiba. Pada hari ini bandar Jing Hong akan basah dan lembap sepanjang hari sempena bermulanya Pesta Songkran. Seawal pukul 8.30 pagi, penduduk tempatan sudah berhimpun di Sungai Lancang untuk upacara mengambil air suci kerana etnik Dai menganggap air Sungai Lancang sebagai air suci. Upacara tersebut dimulakan dengan bacaan mantera oleh ketua agama etnik Dai di tebing Sungai Lancang. |
Apabila dimaklumkan saya bakal mengunjungi Xishuangbanna, saya menjadi begitu teruja kerana pertama kali mendengar nama wilayah tersebut, kunjungan kali ini akan menjadi kunjungan pertama ke Xishuangbanna dan antara maklumat awal yang saya terima ialah wilayah tersebut didiami oleh etnik Dai atau Thai yang mana mereka turut meraikan Tahun Baharu Thai dan Pesta Songkran. |
Pada 3 Februari yang lalu telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Republik Rakyat China (RRC). Majlis ramah mesra tersebut adalah antara acara rasmi beliau dalam rangka lawatan kerja ke RRC. |
| Webradio | ||||
|
|
||||
| Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
|
||||
| Jadual Siaran |
| Menarik |
![]() Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
![]() Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
| Lagi>> |