Cari:
• Perbezaan Budaya antara Orang China dan Orang Barat 2017-10-18
Orang China dan orang barat? Apakah perbezaanya? Perbezaan utama antara budaya China dan Barat ialah China adalah satu negara Timur, serta budaya tradisional dan berbeza dengan budaya Barat.
• Makanan halal di Beijing 2017-10-18
Untuk mencari makanan halal di Beijing, adalah tidak begitu sukar, kerana terdapat pelbagai kedai atau restoran yang menjual makanan yang halal khususnya untuk orang Islam.
• Loceng Besi 2017-09-01
Loceng Besi yang bersaiz amat besar ini telah dibina pada zaman Dinasti Jin iaitu pada tahun 1192. Bunyinya yang kuat boleh didengar sejauh 5 kilometer. Loceng Besi ini terletak berhampiran di muzium Xi'an dan juga Small Wild Goose Pagoda.
• Keunikan Small Wild Goose Pagoda di Xi'an 2017-08-31
Pagoda Angsa Liar Kecil atau dikenali sebagai Small Wild Goose Pagoda ialah salah satu daripada dua pagoda yang terletak di bahagian utara bandar Xi'an. Bangunannya yang unik seperti piramid dan kuno amat menakjubkan dan memikat hati sesiapa yang memandangnya.
• Muzium Sejarah Shaanxi 2017-08-30
Memandangkan Xi'an antara kota yang paling lama dan bersejarah, tidak lengkap jika tidak melawat muzium provinsi Shaanxi. Di muzium ini terdapat pelbagai artifak dan benda bersejarah sejak zaman neolitik sehingga zaman dinasti Qing iaitu dinasti terakhir sebelum China menjadi negara republik.
• Menara Loceng: Menara Bersejarah di kota Xi'an 2017-08-29
Kota Xi'an yang penuh bersejarah dan kaya dengan adat dan kebudayaan memang patut dilawati oleh setiap pelancong. Tidak hairanlah nama kota Xi'an kini makin dikenali disebabkan keindahan kotanya yang penuh bersejarah dan terpelihara sejak awal lagi.
• Kemeriahan Upacara Perkahwinan di Huaqing 2017-08-28
Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh kaum China sejak turun temurun. Saya berasa amat bertuah dan teruja apabila diberi peluang oleh pihak CRI untuk mengalami sendiri upacara perkahwinan yang telah diadakan di Hot Spring Huaqing di Xi'an.
• Urusan Niaga secara dalam Talian 2017-08-22
Di China, anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sekiranya mahu membeli barang, kerana urus niaga secara dalam talian semakin meluas di China, sama ada untuk membeli barang keperluan, dan urusan perbankan dapat dilakukan secara mudah dengan hanya menekan butang skrin. Saya diberitahu bahawa pasar yang menjual ikan atau buah-buahan juga menerima bayaran melalui telefon. Semua urus niaga dapat diselesaikan dengan hanya membuat bayaran di telefon anda yang sudah didaftarkan di akaun bank anda. Mudah bukan? Secara langsungnya ia dapat mengurangkan risiko kepada mereka yang suka membawa wang tunai yang banyak.
• Subway di Beijing 2017-08-22
Perkara yang menarik tentang subway di China adalah kemajuan sistem yang canggih dan pantas, memberikan perkhidmatan yang selesa dan selamat kepada pengguna. Subway ini adalah pilihan yang terbaik kepada penduduk tempatan atau pelancong untuk menuju ke suatu tempat dengan cepat. Tiket untuk subway boleh dibeli di kaunter yang disediakan atau beli satu kad yang dikenali sebagai Beijing Transportation Smart Card dengan deposit 20 Yuan. Kemudian, boleh ditambah dengan nilai yang anda mahu. Harga untuk ke destinasi berbeza dan mengikuti jarak perjalanan.
• Bas di Beijing 2017-08-22
Jika anda tinggal di Beijing atau Shanghai, tidak mempunyai kenderaan sendiri bukanlah masalah yang besar patut dirisaukan. Pengangkutan awam seperti bas dan subway sangat efisien dan boleh membawa anda ke mana sahaja ke destinasi yang ingin dituju dengan mudah dan cepat. Perkhidmatan bas awam di Beijing sangat efektif, dan tambang dikenakan ialah 1 yuan dengan menggunakan kad pengangkutan dalam satu perjalanan, dan stesen bas boleh didapati di mana-mana sahaja memudahkan anda untuk ke destinasi pilihan.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China