Warna dalam Budaya China 2018-01-24 Mengapakah masyarakat China suka akan warna merah? Tidak dinafikan warna merah amat sinonim dengan masyarakat China dalam kehidupan mereka. Warna juga mencerminkan keunikan serta kepercayaan sesuatu kaum atau negara. Ini amat penting untuk mengetahui serba sedikit mengenai warna dan pantang larang sesuatu kaum itu supaya kita lebih peka dengan tradisi mereka. |
Kenapa Kita Perlu Kuasai Bahasa Mandarin ? 2018-01-09 Bahasa Mandarin kini menjadi bahasa "international" yang kedua terbesar selepas Bahasa Inggeris. Tidak dapat dinafikan, bahasa Mandarin amat signifikan untuk memantapkan lagi hubungan antara negara Malaysia dan China. Di samping itu, menguasai bahasa Mandarin juga boleh memudahkan rakyat Malaysia untuk berkomunikasi dengan rakyat China terutamanya dalam bidang perniagaan. |
Opera Beijing 2018-01-02 Sesiapa yang mencintai kesenian dan kebudayaan tradisional China, pasti akan terpukau dengan persembahan Opera Beijing atau dikenali sebagai Opera Peking. Opera Peking adalah satu persembahan tradisional China berbentuk teater yang menggabungkan muzik, tarian serta akrobatik. Pada minggu lepas, saya menghadiri satu persembahan Opera Peking antarabangsa yang terletak di Yong'anli. |
Jenis-jenis Kereta Api di China 2017-12-25 Kereta api merupakan salah satu pengangkutan awam yang terpenting di sesebuah negara, kerana ia memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain selain sebagai pengangkutan barangan. Di China, kereta api laju tidak asing lagi kerana negara China memang dikenali mempunyai kereta api yang terpantas di dunia dengan teknologi dan kelajuan yang canggih. |
E-dagang Yang Kian Berkembang di China 2017-12-18 Jack Ma, pengasas Alibaba dari Hangzhou, China ialah ahli perniagaan yang terkenal di dunia dan telah transformasikan dunia perdagangan global dan kini telah memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di lebih 30 buah bandar raya di China, Hong Kong, Amerika Syarikat serta Switzerland. |
Makanan Tradisional China 2017-12-11 Negara China dikenali sebagai suatu negara yang mempunyai pelbagai makanan yang enak dan lazat. Setiap provinsi mempunyai makanan khas atau traditional yang patut dicuba kerana rasa makanan pada setiap provinsi amat berbeza disebabkan kedudukan geografik serta kebudayaan. |
Tempat Beli Belah di Beijing 2017-11-21 Sekiranya anda suka membeli belah, Beijing terdapat banyak tempat untuk membeli, tidak kira barangan murah atau barang yang berjenama. Dari barang antik, murah, dan eksklusif serta barang yang tidak terfikir pun boleh didapati. Sesiapa yang pernah ke Beijing, akan bersetuju dengan pendapat saya, bandar Beijing adalah bandar yang mempunyai pelbagai pusat membeli belah, dengan kemudahan subway yang disediakan akan lagi memudahkan anda ke destinasi berkenaan. |
Taman Geologi Nasional Wumeng- Pemandangan Hijau yang Memukau 2017-11-13 Pada hari ketiga di Guizhou, kami diberi peluang untuk berkunjung ke Taman Geologi Nasional Wumeng Liupanshui. Perjalanan dari bandar Panzhou ke Wumeng mengambil masa lebih kurang dua jam menaiki van yang dikhaskan untuk wartawan CRI. Apabila kami tiba ke puncak tersebut, saya kagum melihat dengan kebersihan di dataran tersebut yang dipenuhi dengan rumput yang hijau serta gunung ganang. |
Kampung Tuole – kampung yang unik dan asli 2017-11-11 Guizhou ialah tempat yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kaya dari segi budaya dan seni. Selain mempunyai pelbagai kaum etnik, pengunjung juga dapat merasai budaya hidup mereka yang asli serta unik. Rombongan wartawan CRI kali ini berkesempatan melawat Kampung Tuole, di kaunti Pan di provinsi Guizhou. Perjalanan dari lapangan terbang Guiyang ke kampung Tuole mengambil masa lebih kurang dari 4 jam. Walaupun kepenatan, saya terkesima dengan pemandangan indah di sepanjang perjalanan yang panjang itu. |
Musim Gugur di Beijing 2017-10-31 Saya diberitahu waktu yang paling sesuai untuk menikmati musim gugur di Beijing adalah bulan Oktober sehingga awal bulan November. Cuaca tidak terlalu sejuk, dan kebanyakkan daun akan bertukar menjadi warna kuning atau merah, dan saya terkesima melihat keindahan daun-daun yang berguguran serta pohonnya di sekitar The Summer Palace. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |